Rennes Malukan PSG, Mbappe, Neymar, Messi, Di Maria Beraksi, Namun 0 On Target

PSG dikejutkan oleh Rennes dalam aksi Ligue 1. Melihatkan kesebelasan ‘fantasy football alam nyata’ PSG pastinya musim ini ramai yang tidak menyangka perkara ini boleh berlaku.

Trio serangan yang dicanang sebagai trio serangan terbaik dunia ketika ini, Messi-Mbappe-Neymar kesemuanya beraksi.

Malangnya PSG mencatatkan 0 on target sepanjang perlawanan walaupun seperti dijangka mereka akan menjadi sangat dominan dalam perlawanan ini.

Angel Di Maria dan Donnarumma turut berada dalam kesebelasan utama. Namun masih belum cukup untuk PSG mengelakkan nasib yang menimpa mereka hari ini.

Rennes menjaringkan 1 gol dalam setiap babak.

Gaitan Laborde menjaringkan gol pada minit akhir separuh masa pertama. Manakala Flavian Tait pula menjaringkan gol pada minit pertama separuh masa kedua.

Messi sekali lagi gagal mencatatkan gol dalam aksi Ligue 1 walaupun sudah mencetak gol dalam aksi UCL bersama PSG sebelum ini.

Sebagai rekod, PSG kalah kali pertama dalam Ligue 1 selepas 10 perlawanan terakhir mereka. Messi merasai kekalahan pertama bersama dengan PSG.

Manakala Rennes menamatkan kemarau tanpa kemenangan mereka dalam 5 aksi Ligue 1.

Agak menarik kerana Bruno Genesio adalah sekali lagi menjadi pengurus yang menjadi mastermind di sebalik kekalahan PSG.

Genesio sebelum ini mencatatkan rekod cemerlang berdepan PSG. Beliau memenangi 4 perlawanan berdepan PSG dalam Ligue 1. 3 kali ketika bersama Lyon dan kali ini dengan Rennes.

Berikut adalah catatan 4 bintang serangan utama PSG malam ini.

Mbbape melakukan 4 shots dan kesemuanya kelaut.

Kemudian Messi melakukan 6 percubaan, 3 tak tepat, 2 dihadang dan satu terkena tiang.

Manakala Angel Di Maria turut melakukan 2 shot dan tak satu pun tepat.

Paling sedih, Neymar cuma ada 1 shots sahaja.