Jika korang menjadi satu drama Korea Selatan yang power, Reply 1988 yang ditayangkan pada 2015 adalah naskah yang harus dalam senarai tonton.
They are talking about the best kdrama. For me, Reply 1988 is the best kdrama🥰😭 pic.twitter.com/zUYBtRTa0N
— Samanthaaaaaaa⁷ 🐻🐯 (@wintersam7) May 19, 2022
Ianya berlatarkan era lewat 80-an. Jadi kanak kanak 80-an dan 90-an pasti akan agak sentimental melihat cerita ini. Banyaklah perkara perkara yang berkaitan masa kecil atau remaja korang yang akan korang ingat.
Ini termasuk kegilaan kepada fesyen pada ketika itu. Tak lupa juga zaman di mana kamera ibarat iphone dan walkman ibarat ipod paa ketika ini. Tidak lupa juga kegilaan kepada filem dan drama dari Hong Kong.
happy 6th anniversary to one of my favorite dramas, reply 1988 😭 missing ssangmundong squad so much pic.twitter.com/9NrvCApYe7
— angel (@kdramadump) November 6, 2021
Pasukan produksi drama Reply 1988 benar-benar berusaha menyajikan suasana Korea Selatan era 80-an dan kita boleh mengaitkannya dengan kehidupan kita di Malaysia pada era yang sama, lewat 80-an dan awal 90-an.
Ianya berlatarkan tempat di sebuah kejiranan kecil. Di mana kehidupan pada masa itu digambarkan dengan sebaiknya. Emak menjerit memanggil anak mereka makan.
Lepas tu saling bertukar tukar makanan dengan jiran. Saling bantu membantu, menjaga aib jiran dan banyak lagi.
Selain itu trend pakaian, kenderaan, teknologi dan sebagainya, menghidupkan suasana lwat 80-an kembali. Malah pasukan produksi dilaporkan menempah hartanah khas dari tahun 80-an untuk menjadikannya benar benar menepati suasana 80-an yang sebenar.
My fav duo stfu #Reply1988 pic.twitter.com/XKfFIxVWAJ https://t.co/iwxzKm47qZ
— lala👷♀️ (@yugbeomhoe) November 7, 2021
Walaupun drama ini berkaitan dengan kisah percintaan remaja. Namun tema kekeluargaan lebih kuat terkandung dalam drama ini.
Di mana setiap keluarga ada latar yang berbeza. Ada yang berharta, ada yang hidup susah. Ada yang berniaga dan ada juga yang bekerja mengambil upah.
Setiap ibu bapa ada cara mereka tersendiri membesarkan anak mereka. Dan setiap anak ada cara mereka tersendiri menyatakan kasih sayang mereka kepada orang tua mereka. Contohnya Sun Woo yang sentiasa gembira dan memuji masakan ibunya. Walaupun ibunya tak pandai masak.
Dan setiap seorang daripada 5 watak tersebut ada cara tersendiri melindungi sahabat mereka termasuk buat benda bukan bukan.
Seterusnya, kisah persahabatan 5 watak dalam drama ini diolah dengan sangat baik. Membuatkan kita akan teringat kepada rakan kita masa kecil dan zaman sekolah dahulu.
Kawan bertepuk tampar, berkongsi makanan dan minuman tanpa rasa ragu. Banyak adegan kelakar yang mencuit hati. Itu yang akan memberikan pengalaman tontonan korang sangat seronok.
deoksun and junghwan from reply 1988 were a legend and everybody knows it !
<3 #Reply1988
pic.twitter.com/S488b70fgL— a;🤺 (@luvKdrama_) March 19, 2022
Pada masa yang sama, ada juga adegan air mata. Misalnya Sung Bo Ra yang seringkali dianggap Deok Sun sebagai lebih beruntung dan sentiasa dilebihkan oleh ibu dan ayahnya.
Namun akhirnya dia melihat sendiri kehidupan kakaknya ketika di Universiti. Baru dia tahu kakaknya merupakan seorang yang tak suka merungut perkara perkara yang remeh.
Bo Ra seorang kakak yang sangat tegas dan garang. Dia dan ayahnya masalah untuk menyatakan rasa sayang mereka kepada satu sama lain.
Ketika dewasa mereka cuba terus berhubung antara satu sama lain. Namun kisahnya tidak akan pernah sama ketika mereka melalui kehidupan remaja di kejiranan mereka dahulu. Masing masing sudah berkerjaya. Dan hanya bertemu kalau ada reunion sesama mereka.
Bukan itu sahaja, penonton juga akan meneka siapa sebenarnya suami Deok Sun. Jangan risau, di akhir cerita akan diberikan jawapannya, tidak seperti drama Twenty Five Twenty One yang kekal misteri, siapa laki si Na Hee Do.
Apa yang pasti ramai yang akan terikut ikut sekali dengan persahabatan 5 watak itu. Sehingga kita pula terasa sedih apabila mereka berpisah ketika dewasa.
Ketika satu shot yang memaparkan keadaan kejiranan yang riuh itu menjadi lenggang kerana masing masing sudah meninggalkan tempat itu, membuatkan kita terasa seperti kita yang pernah melalui zaman kecil dan remaja di kejiranan tersebut.
Apa yang pasti, korang akan susah nak move on dari cerita ini.
Kalau korang belum tengok, boleh cari drama ni. Kat Netflix ada tu.