Report Card: Kejohanan Basikal Lajak Anfield

Semalam berlangsung aksi Basikal Lajak Tajaan Carabao, sebuah jenama air tenaga di Thailand. Carabao ni memang maksud dia Kerbau.

Pertandingan basikal lajak antara Liverpool dan Arsenal ni bermula pukul 3.30 pagi kau tau. Milner sanggup tinggal anak bini dia kat rumah demi mendalami ilmu baru walaupun muka tak kena dengan aktiviti.

Berikut hasil pencapaian setiap individu yang terlibat:

1. Comyn Kelleher – B

Dia bermula dengan lajakan lancar. Sehinggalah beberapa aksi lajak daripada Sepp Van Der Berg dan James Milner membuatkan dia eksiden sampai 5 kali.

Melakukan beberapa kawalan yang bagus ketika menuruni bukit, dan dia eksiden pun sebab orang lain. So bagi B untuk kejayaan dalam lajakan penentuan.

Kelleher sempat mengadakan klinik basikal lajak kepada James Milner serta Adam Lallana

2. Neco Williams – A

Pelumba basikal lajak yang paling cemerlang semalam. Dia benar-benar definisi wonderkid basikal lajak di Anfield.

Menjadi pelumba yang paling banyak mengayuh, melakukan lintasan ke laluan bertentang arus, melakukan pemotongan di selekoh dan menghalang bebuda basikal lajak London yang menggunakan Saka dalam acara ini.

Tak lupa jua, dia yang membantu bang Origi (generasi terakhir BMX) dalam usaha lajakan terakhir yang menyelamatkan Liverpool.

3. Joe Gomez – C

Ada la sedikit basic pasal basikal lajak ni sebab dia generasi blackberry. Cuma tu la, dia kena pertajamkan lagi skill wikang dia.

4. James Milner – C

Hancur juga Milner ni bila diarahkan bermain basikal lajak. Antara yang jelas dia menyebabkan kemalangan kepada si Kelleher. Milner dengan mudah dibuli oleh bebudak lajak Arsenal iaitu Maitland Niles.

Tapi ayahanda Milner tetap meneruskan aktiviti lajak sampai pukul 6 pagi waktu Malaysia.

5. Adam Lallana – C+

Lallana melihat bebudak lajak Arsenal melakukan skil

Banyak sekali dilepasi oleh geng lajak dari London di tengah. Dan membiarkan pelajak wonderkid Arsenal, Willock melakukan Wheelie.

6. Naby Keita – D

Terlalu tak faham erti sukan basikal lajak. Sukan ini masih belum bertapak di negaranya. Dia keluar awal kerana mengalami kecederaan kerana salah kayuhan.

7. Oxlade Chamberlain – A-

Dia efektif walaupun dia bukan generasi sebenar basikal lajak. Kena juga orang dengan skill menyelekoh dia semalam. Kena boo dengan bekas pasukan, mungkin sebab dia memulakan pecutan terlalu awal dan mengelirukan Mustafi.

8. Harvey Elliot – A

Pelajak yang paling agresif semalam. Walaupun melakukan kesilapan yang membawa kepada kemalangan, namun pada pusingan kedua dia menggerakkan basikalnya dengan sangat baik.

Lajakan Harvey telah dihadang

Laju dia ni melajak. Sehingga memberikan Liverpool penalti kerana basikal dia kena rembat dengan Martinelli.

9. Divock Origi – A

Mengambil masa untuk mendalami ilmu lajak ni. Misalnya dia blur ketika sepakan percuma yang membawa kepada gol Arsenal.

Namun dia cepat belajar dan pada pusingan kedua berjaya mendapatkan 2 skor yang hebat.

Origi mengucapkan terima kasih kepada mentor basikal lajak beliau

10. Rhian Brewster – C+

Pusingan pertama dia hancur sikit. Pusingan kedua baru mulai memberikan tekanan kepada pelajak pelajak dari London Utara.


Pelajak simpanan

Curtis Jones – A

Ni merupakan pelumba basikal lajak anak jati Merseyside yang sangat faham dengan semua jalan dan bukit di sana.

Masuk menggantikan Naby Keita dan dia memberikan dimensi berbeza kepada kategori lajak beramai-ramai turun Broga.

Pedro Chirivella – B-

Atlet basikal lajak yang membuatkan kelab basikal lajak Liverpool hampir disingkirkan daripada Piala Kerbau ni.

(tiada gambar untuk Chirivella kerana dia tak nak kantoi dengan emak dia)


Skor keseluruhan – B

Huru hara juga mereka ni semalam. Tapi oklah mara ke next round.

3 Pelajak terbaik

1. Neco Williams

2. Divock Origi

3. Harvey Elliot

Kesian Kelleher. Bapa dia datang office persoalkan kenapa anak dia tak top 3. Ni semua salah Milner.

Baru perasan tiada laporan untuk Van Der Berg. Ni sebab dia tak hantar kad laporan sebelum ni. Jenis tak nak tunjuk kat mak ayah dan suka sign sendiri.

Korang bagilah sendiri markah.