Reseller Menjual Balik PS5 Sehingga RM149k

Pra-pesanan untuk konsol perdana baru Sony, Playstation 5, baru-baru ini telah menjadi sensasi dan hype di seluruh dunia.

Di Malaysia misalnya, konsol tersebut habis dijual dalam beberapa minit selepas tempahan dibuka kepada umum.

Dan ada beberapa reseller yang membeli dan menjual semula PS5 di Ebay dengan harga yang tidak masuk akal.

Hanya beberapa jam selepas Sony PS5 rasmi dilancarkan, di Ebay, harganya sudah mencanak.

Di mana satu iklan memaparkan seorang resller menjual konsol PS5 miliknya dengan nilai $10,000 untuk Playstation 5. Dan itu belum termasuk bayaran penghantaran $113.

Ada juga yang menjual PS5 dengan harga $25k kepada mereka yang berminat memiliki set terbaru PS5 lebih awal. Harga itu bersamaan dengan lebih RM100k.

Di Facebook juga semakin ramai yang menawarkan set PS5 dari Hong Kong yang didakwa jauh lebih murah daripada set Malaysia.

Harga untuk set dari Hong Kong adalah $968 (RM3,999) dan $1,089 (RM4,499) untuk Edisi Digital dan Fizikal.

Ianya mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut mereka.

Itu belum cukup ganas lagi. Ada yang menawarkan harga PS5 mereka dengan nilai AU$ 50,100 di Australia ataupun sekitar RM149,000. Ada ke yang sanggup membeli sebijik Playstation dengan harga sebuah kereta mewah?

Sebenarnya, Sony sudah mengingatkan agar para peminat PS5 bersabar sekiranya terlepas untuk memiliki PS5 pada kumpulan / batch awal ini.

Kerana selepas ini akan lebih banyak PS5 akan diedarkan di pasaran.

Baca yang lain