RESPECT! Sebenarya Aubameyang Tak Beraksi Kerana Arsenal Berikan Pelepasan Khas Sebab Ibunya Sakit

Jurgen Klopp pernah berkata: ‘Ada benda penting dalam hidup ini lebih penting daripada bola sepak’. Mungkin agak janggal nak memulai artikel tentang Arsenal dengan kata kata Klopp.

Cuma itu sebagai salah satu perbandingan dan pegangan pengurus profesional yang menguruskan bola Sepak.

Pierre Emerick Aubameyang kini sudah beberapa perlawanan tidak terlibat dalam aksi Arsenal. Ada juga yang sangsi dan bertanya, apa yang sebenarnya berlaku?

Aubameyang tidak beraksi dalam kedua dua aksi berdepan Southampton sebelum ini dalam saingan Piala FA dan Liga Perdana Inggeris.

Dan terbaru, beliau juga tidak beraksi dalam aksi perlawanan besar berdepan dengan Manchester United.

Kapten Arsenal tersebut sebenarnya diberikan pelepasan khas oleh kelab kerana ibunya sedang sakit. Awalnya Arsenal cuma menjelaskan bahawa pemain itu diberikan pelepasan khas itu

Pierre-Emerick Aubameyang sendiri tampil menyatakan bahawa ibunya ada masalah kesihatan dan memaksa beliau meminta pelepasan khas daripada tugasan bola sepak.

Pemain antarabangsa Gabon itu mengucapkan terima kasih kepada kelab dan penyokong Arsenal yang memberikannya sokongan ketika ini.

Menerusi Twitternya Auba berkata: “Hey gais, terima kasih banyak banyak atas segala mesej dan panggilan korang dalam beberapa hari ini.”

“Ibu saya sedang melalui beberapa masalah kesihatan dan saya perlu berada di sisinya. Dia kini bertambah baik dan saya akan balik pada malam ini.”

“Saya lebih daripada berterima kasih kepada doktor, jururawat yang membantunya melalui semua ini, dan sudah pastinya, terima kasih kepada keluarga Arsenal untuk kasih sayang kamu semalam! Saya lebih bersemangat untuk terus mengekalkan momentum kita.”

“Terima kasih sekali lagi kepada semua, saya sangat bertuah menerima sokongan sebanyak ini daripada anda semua dan sudah tak sabar untuk kembali.”

Aubameyang mengesahkan dia kembali pada Rabu. Namun tidak terlibat dalam tugasan berdepan dengan Man United.

Selepas ini Arsenal akan berhadapan dengan Wolves. Dan Aubameyang mungkin boleh kembali semula beraksi.

Namun sebelum ini Mikel Arteta menyatakan beliau tidak mahu mendesak pemain itu untuk memikirkan untuk kembali.

Aubameyang musim ini bergelut dengan prestasinya di atas padang. Hanya menjaringkan 5 gol dalam liga pada musim ini.

Apapun tabik hormat kepada Arsenal. Di dalam mereka memikirkan soal prestasi di atas padang, mereka tetap mengutamakan nilai kemanusiaan dalam pengurusan mereka.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan