Ultras Inter Milan telah memberikan respon yang brutal ke atas kenyataan maaf Lukaku. Bekas penyerang Inter Milan itu meminta maaf di atast tindakannya keluar dari Inter Milan sebelum ini.
Lukaku menyertai semula Chelsea pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan bernilai £97.5 juta. Pemain antarabangsa Belgium itu baru baru ini mengakui bahawa beliau tidak gembira dengan peranannya di Chelsea.
Lukaku turut menuduh Tuchel sebagai punca dia gagal mendapatkan lebih banyak gol. Lukaku menyatakan bahawa Tuchel telah mengubah sistem taktikal yang menyukarkannya.
Selain itu Lukaku turut mempersoalkan tindakan Tuchel yang menyisihkannya dalam beberapa perlawanan walaupun dia cergas dan dalam kondisi fizikal terbaik.
Komen yang membuatkan Tuchel sangat marah dan menganggap kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana mana pemain secara terbuka.
Lukaku sebelum ini meminta keluar dari Inter Milan selepas menerima tawaran Chelsea. Walaupun sebelum itu berjanji akan terus kekal bersama Inter meskipun Antonio Conte keluar.
Dalam wawancara tersebut Lukaku berkata, dia meminta keluar selepas melihat bintang bintang seperti Achraf Hakimi dan juga pengurus Antonio Conte angkat kaki.
Selain itu Lukaku juga menjangkakan Inter Milan akan berada dalam masalah secara ekonomi. Maka dia memutuskan untuk angkat kaki.
Komen itu ternyata membuatkan penyokong ultras Inter lagi. Lukaku ternyata bukan pemain yang setia ketika kelab benar benar memerlukannya untuk terus kekal.
Malah dia angkat kaki ketika kelab sedang bergelut dengan krisis kewangan.
Sambil Curva Nord menyindir Lukaku dengan ayat pada banner: “Tidak kisahlah siapa yang lari ketika hujan, tetapi paling penting adalah mereka yang terus kekal ketika guruh.”
#Inter banner for #Lukaku, here my photos 👇🔵⚫ https://t.co/IMboLXoas3 pic.twitter.com/QqzPQOLfso
— Luca Bendoni (@LucaBendoni) December 31, 2021
“Bye Romelu.”
Mereka tidak mahu Lukaku kembali lagi ke kelab mereka. Atas apa yang dia telah lakukan. Selepas Inter memberikan kebangkitan semula dalam kariernya.
Lukaku sendiri mengakui Inter telah membantunya keluar dari detik sukar kariernya di Manchester United.
Namun sejak tiba semula di EPL, Lukaku bergelut untuk mendapatkan semula prestasinya.
Lukaku tiba tiba meluahkan benda yang bukan bukan kepada umum. Ini termasuk bertekad mahu kembali semula ke Inter Milan yang dia sayangi walaupun dia gembira menyertai Chelsea. Kelab yang dia sokong sejak dari kecik.
Malah Lukaku menyatakan bahawa Lautaro tak perlu datang ke Chelsea. Kerana Lukaku akan kembali semula ke Inter selepas ini untuk bergandingan semula dengan rakan baiknya itu.
Baca juga: Tuchel Sound Lukaku: “Saya Tak Suka Dia Bising Tak Kena Tempat “
Thomas Tuchel jelas sekali tak gembira dengan kenyataan yang dibuat oleh Lukaku baru baru ini. Di mana Lukaku menceritakan banyak perkara yang menurut Tuchel sebagai tak perlu dan bising.
Antara perkara yang membuatkan penyokong Chelsea tidak gembira adalah apabila Lukaku menyatakan bahawa dia merasakan detik di Inter Milan sebagai detik terbaik dalam kariernya kerana dia sayangkan kelab itu.
Lukaku turut berterus terang menegaskan bahawa dia merancang untuk kembali semula ke Inter pada suatu hari nanti.
Romelu Lukaku to Sky Sport: "Now it's the right time to share my feelings. I have always said that I have Inter in my heart: I know I will RETURN to Inter, I really hope so. I am in love with Italy, this is right moment to talk and let people know what really happened". 🔵 #CFC pic.twitter.com/Gnn6ulWHlG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 30, 2021
Seterusnya Lukaku turut bercerita tentang bagaimana beliau menolak tawaran Manchester City yang lebih besar dari Chelsea. Lukaku menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di Inter kerana kelab itu mengeluarkannya dari detik sukar di Man United.
Dan paling mengejutkan adalah Lukaku menyatakan dia tak suka dengan situasi beliau di Chelsea ketika ini.
Dia seolah olah menyindir pengurusan Tuchel yang menyisihkannya dalam beberapa perlawanan walaupun dia sudah benar benar dalam kondisi terbaik.
Selain itu Lukaku mempersoalkan taktikal Tuchel yang menyukarkannya. Agak ironi kerana Tuchel pernah memuji Lukaku sebagai lebih mudah diuruskan berbanding Neymar dan Mbappe. Dan sekarang pemain itu pula membuatkannya marah.
Lukaku berkata:
“Dari segi fizikal, saya bagus. Namun saya tidak gembira dengan situasi di Chelsea. Tuchel memutuskan untuk bermain dengan sistem yang lain.”
“Tetapi saya tak akan mengalah. Saya seorang profesional. Saya tak suka dengan keadaan sekarang tapi saya seorang profesional. Dan saya tak boleh mengalah sekarang.”
Romelu Lukaku to @SkySport: "Physically I am fine. But I'm NOT happy with the situation at Chelsea. Tuchel has chosen to play with another system – I won't give up, I'll be professional. I am not happy with the situation but I am professional – and I can't give up now". 🔵 #CFC pic.twitter.com/KGNoJ10cwp
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 30, 2021
Tuchel berterus terang mengatakan bahawa Lukaku membuat kenyataan yang tidak sepatutnya. Pada masa yang tidak sesuai.
Hal ini kerana kenyataan Lukaku akan memberikan implikasi negatif apabila ada pihak cuba membuat spekulasi daripada kenyataan itu.
Tuchel berkata: “Mari kita jujur sahaja. Saya tak sukakannya. Saya tak suka sebab itu akan membawa benda bising yang kita tak suka.”
“Sangat mudah untuk orang memanipulasi kenyataan itu di luar konteks. Dah tentu saya tak sukannya. Bunyi bising macam tu kami tak perlukan dan tidak membantu pasukan.”
Tuchel on Romelu Lukaku sentences: "Let's be honest – I don't like it because it brings noise we don't need. It's easy to take lines out of context – of course I don't like it, it's noise we don't need and it does not help". 🔵 #CFC pic.twitter.com/BW2sPGHg1n
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2021
Tuchel sudah menyatakan bahawa pengurusannya akan bersemuka dengan Lukaku secara terbuka di peringkat dalaman kelab.
Mereka mahukan penjelasan daripada Lukaku kerana pemain itu tidak menunjukkan sebarang tanda dia tidak gembira seperti yang dia katakan.
Chelsea sekarang ini fokus kepada banyak perkara melibatkan isu Squad depth. Ramai pemain cedera dan kelab dilanda wabak.
Oleh itu, Lukaku tidak sepatutnya menambah lagi tekanan kepada kelab.
Baca juga: Inter Selamatkan Saya Daripada Situasi Teruk Di Manchester United
Romelu Lukaku menyatakan bahawa sebelum ini beliau mendapat banyak tawaran daripada kelab lain ketika di Inter Milan.
Di mana Lukaku menunjukkan prestasi terbaik dalam kariernya setakat ini di peringkat kelab. Membantu kelab itu menamatkan musim selaku juara Serie A.
Manchester City antara kelab yang pernah cuba mendapatkan Lukaku musim lalu. Namun beliau menolaknya kerana terhutang budi dengan Inter Milan.
Lukaku sebelum ini tidak terfikir bahawa beliau akan menyertai semula Chelsea. Kerana pernah dilepaskan oleh kelab itu ke Everton sebelum ini.
Ketika Chelsea menunjukkan minat ke atas beliau, Lukaku terus bertekad bahawa destinasi seterusnya beliau adalah Chelsea.
“Ada 3 team di tahap tertinggi, Barcelona, Real Madrid dan Bayern. Semua pemain berimpian mahu bermain untuk mereka. Itu hakikatnya. Saya sendiri pun terfikir mahu ke salah satu kelab tersebut selepas Inter.”
“Namun itu tak berlaku, macam yang saya cakap sebelum ini. Sebab saya hanya memikirkan sebuah kelab sahaja [untuk destinasi seterusnya] iaitu Chelsea.”
Lukaku to Sky: “There are 3 teams at top level: Barcelona, Real, Bayern. All the players dream of them, that's the truth. I thought I was going to one of those clubs after Inter".
"This didn’t happened and I said: there is only one club where I can imagine myself, it's Chelsea”. pic.twitter.com/kZwfdYl4kB
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2021
Selain itu, penyerang antarabangsa Belgium itu turut mendedahkan bahawa Manchester City cuba memancingnya dengan tawaran gaji lebih tinggi ketika dia di Inter.
Namun Lukaku terus kekal di Inter Milan. Lukaku menganggp Inter Milan sebagai penyelamat kepadanya ketika dia melalui detik yang teruk di Manchester United.
“Pada musim panas 2020, saya menolak tawaran daripada Manchester City. Mereka menawarkan gaji lebih tinggi daripada yang Chelsea tawarkan. Saya menolak tawaran itu kerana saya tak boleh meninggalkan Inter Milan hanya selepas setahun sahaja. Ianya [Inter Milan] adalah kelab yang menyelamatkan karier saya ketika saya berasa teruk di Manchester United.”
Lukaku to Sky: “In summer 2020 I turned down an offer from Manchester City. It was a higher offer than Chelsea's one. I refused because I couldn't leave Inter after just one year – it's the club that saved my career when I was feeling bad at Manchester United”. 🔵 #CFC #MCFC pic.twitter.com/YXxzAoFJJ7
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2021
Lukaku seterusnya mengiktiraf detik beliau di Inter Milan adalah detik terbaik di dalam kariernya.
“Saya sentiasa memikirkan tentang Milano, Milano, Milano… Penyokong Inter adalah yang terbaik di dunia. Saya sukakan bandar Milan. Dan detik terbaik di dalam karier saya adalah ketika di Inter. Saya dah jatuh cinta dengan Itali. Inter sentiasa ada di dalam hati saya.”
Lukaku to Sky: “I’m always thinking about Milano, Milano, Milano… Inter fans are the best in the world. I love the city and the best moment of my career was at Inter. I am in love with Italy – I have Inter in my heart”. 🔵 #CFC pic.twitter.com/bfLb6Mdpr2
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2021
Malangnya Lukaku terpaksa meninggalkan Inter Milan selepas kelab tersebut bergelut dengan masalah kewangan. Di mana Inter meminta Conte menjual beberapa bintang mereka untuk mengurangkan beban hutang mereka.
“Jika mereka tiada masalah kewangan mengekalkan pemain pemain bintang, saya akan 100% kekal di Inter Milan. Tak perlu berbincang lagi. Kemudian, Conte pergi, diikuti Hakimi, kelab kemudian diramalkan dalam masalah.”
Sky: "Can we say that you would have stayed Inter if the club had the economic power to keep top players?". ⤵️
Lukaku: "In that case I would have stayed at Inter 100% last summer! No need to discuss that. Then Conte left, then Hakimi, the club was rumored to be in trouble…". pic.twitter.com/rEw8Trvl6y
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2021
Lukaku mengakui bahawa beliau tidak terfikir langsung untuk meninggalkan Inter Milan pada awalnya. Lukaku juga sangat selesa dengan Simone Inzaghi yang mengambil alih jawatan pengurus.
Jika Inter ketika itu menawarkan Lukaku kontrak, beliau akan setuju.
“Musim panas lalu, saya langsung tak terfikir akan ke Chelsea sehinggalah mereka benar benar memberikan tawaran. Simone benar benar baik dengan saya.”
Wartawan bertanya sama ada Lukaku akan melanjutkan kontrak jika ditawarkan ketika itu.
Lukaku berkata: “Ya!”
Lukaku: "Last summer I didn't think about going to Chelsea until they really came with an offer. Simone Inzaghi behaved very well with me”. 🔵⤵️
Can we say that if Inter had offered me a new contract I would have stayed? “Yes (Romelu nods two times)”. pic.twitter.com/5I4B42wYSn
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2021
Lukaku menambah, sangat sukar untuk menolak tawaran kembali semula ke EPL. Lebih lebih lagi sudah 8 tahun beliau bermain di sana tanpa pernah merasai kejuaraan.
“Ketika Chelsea menghubungi saya, ianya satu cabaran buat saya. Saya juga agak ternganggu kerana tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan EPL sepanjang 8 tahun di sana.”
“Sukar nak menolak tawaran untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris dan tawaran dari kelab yang saya sokong sejak dari kecil.”
Lukaku to Sky: "When Chelsea contacted me it was a challenge for me. Also because it bothered me a lot to have ever won Premier League titles in 8 years. It was hard to turn down the chance to return to the Premier League in the club I support since I was a child”. 🔵 #CFC pic.twitter.com/aQ5JbJPALP
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2021
Lukaku menjadi pemain yang dikehendaki Antonio Conte untuk menguatkan lagi serangan beliau.