Respon Jahat Tranmere Untuk Roy Keane Tentang Trent Alexander Arnold

Roy Keane telah mengkritik Trent Alexander Arnold selepas aksi buruk bek kanan itu ketika menentang Man United di Anfield.

Menurut Kane, persembahan Trent Alexander Arnold itu langsung tidak layak untuk bermain di Real Madrid. Merujuk kepada berita yang hangat mengaitkan pemain antarabangsa England itu dengan Real Madrid.

Trent menjadi lubuk serangan Man United, sehingga satu ketika Virgil Van Dijk menunjukkan kemarahannya ke atas pemain itu.

Trent terlalu mudah kehilangan bola dan gagal untuk menghalang hantaran lintang.

Keane berkata: “Peluang peluang Man United pada malam ini terlalu muda. Hanya dengan beberapa bola di atas.

“Kita bercakap tentang betapa hebatnya Trent ketika menyerang. Trent bertahan hari ini? Ya Tuhanku, dia mempamerkan aksi budak sekolah.

“Ada cakap cakap bahawa dia akan pergi ke Real Madrid. Dengan cara dia bertahan hari ini, dia akan pergi ke Tranmere Rovers selepas ini. Dia harus beraksi lebih baik daripada ini.”

Tranmere Rovers yang merupakan sebuah lagi kelab di Merseyside telah memberikan respon kepada kenyataan Keane itu.

Kelab yang bermain di League 2 itu memuat naik tweet: “Trent ke Tranmere, Roy? Tak payahlah, kami baik baik sahaja, terima kasih.”

Masa depan Trent Alexander Arnold di Liverpool masih belum diselesaikan. Pemain itu kini memasuki 6 bulan terakhir kontraknya. Dan dia dikaitkan dengan perpindahan percuma ke Real Madrid.