Respon Rangnick Kepada Tuduhan Keane: “Takkan Saya Nak Paksa Mereka Bermain”

Ralf Rangnick telah memberikan respon kepada komen Roy Keane yang mempersoalkan kebenaran di sebalik alasan Cristiano Ronaldo tidak dapat diturunkan kerana kecederaan dalam aksi derbi Manchester menentang Manchester City.

Ketiadaan Ronaldo dan Cavani membuatkan United cuma ada Rashford sahaja sebagai pemain yang boleh bermain di posisi no.9. Namun Rangnick memutuskan untuk menjadikan Bruno Fernandes sebagai false 9.

Ralf Rangnick menyatakan bahawa tidak tidak boleh memaksa pemain yang tidak boleh beraksi. Di mana jabatan medikal Manchester United melaporkan bahawa pemain itu mengalami kecederaan. Rangnick menegaskan bahawa beliau mempercayai jabatan perubatan kelab tanpa ragu ragu.

Ronaldo dikatakan mengalami kecederaan di bahagian pinggulnya. Berita itu kurang menyenangkan Roy Keane yang berkata: “Kita bercakap tentang Ronaldo yang ibarat mesin dan sangat jarang sekali dia cedera. Ini alasan yang tidak boleh saya terima.”

Kakak Cristiano Ronaldo sebelum itu mengetik suka pada post di Instagram yang menulis bahawa Ronaldo sebenarnya telah digugurkan oleh Rangnick daripada tugasan derbi walaupun tidak cedera.

Itu yang telah menimbulkan perdebatan tentang situasi sebenar Cristiano Ronaldo.

Di mana dalam post tersebut, ditulis: “Cristiano Ronaldo tidak cedera dan tidak sakit. Beliau 100% [cergas]. Selamat pagi kepada kamu yang seperti saya, dan marah kerana Rangnick memutuskan untuk merosakkan Ahad kita dengan mengugurkan CR7 daripada pertarungan klasik menentang Manchester City – atas sebab taktikal semata mata, untuk mempertahankan dirinya lebih daripada [mempertahankan] perlawanan ini.”

Walaupun seringkali dianggap pemain yang menyukarkan sistem permainan. Namun hakikatnya Ronaldo merupakan penjaring terbanyak Manchester United pada ketika ini.

Pemain berusia 37 tahun itu juga dianggap penting dalam aksi derbi seperti ini kerana pengalamannya.

Keane pula menegaskan seolah olah ada perkara yang tidak kena dalam ketiadaan Ronaldo dalam senarai pasukan yang beraksi dalam perlawanan paling penting mereka musim ini.

Rangnick kurang senang mendengar kenyataan Keane itu dan berkata: “Saya harus percayakan staf jabatan medikal kami. Doktor saya datang berjumpa saya pada pagi Jumaat sebelum latihan bermula dan memberitahu bahawa Cristiano Ronaldo tak boleh berlatih kerana ada masalah di bahagian pinggulnya.”

“Dan ianya benar benar cedera di situ pada Sabtu. Itulah sebabnya dia tak menjadi sebahagian daripada skuad kami.”

Seterusnya Rangnick menyatakan dia tak boleh memaksa pemain yang cedera untuk bermain. Edinson Cavani memberitahu Rangnick bahawa dia tak boleh beraksi kerana merasakan dia tak cukup cergas. Itu yang membuatkan Man United tanpa penyerang yang tajam di hadapan gol. Dan gagal mencatatkan sebarang percubaan pada separuh masa kedua.

Menurut Rangnick, Cavani berlatih dengan baik dalam beberapa sesi latihan sebelum perlawanan. Namun terpaksa digugurkan kerana pemain itu menyatakan dia tak boleh bermain kerana merasakan dirinya cedera.

“Adakah keadaan menjadi lebih baik kalau saya menyatakan bahawa saya kecewa? Itu adalah hakikatnya! Jika pemain memberitahu doktor atau staf perubatan bahawa mereka cedera dan tak boleh bermain, saya harus menerimanya sebagai pengurus.”

“Saya tak boleh memaksa pemain bermain jika dia merasakan dia tak boleh tersedia kerana cedera.”

Rangnick kemudian memberitahu bahawa beliau tidak pasti bila Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani akan kembali semula ke dalam pasukan.

Manchester United kalah 4-1 dalam derbi Manchester United di Etihad. Dengan pasukan United sempat mengikat City 1-1 menerusi Jadon Sancho. Namun selepas itu Man City sangat dominan dan menambah 3 lagi gol.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan