Respon Sinis Kroos Atas Komen Rooney: “City Akan Hancurkan Madrid”

Wayne Rooney yakin bahawa Manchester City bukan sahaja mengalahkan Real Madrid, namun kelab Inggeris itu akan menghancurkan Real Madrid.

Menerusi satu kolum khas Rooney menyatakan bahawa Real Madrid memiliki sejarah dan tradisi dalam UCL.

Namun mereka kali ini terlalu sukar untuk mengawal Erling Haaland yang sedang dalam prestasi terbaiknya.

Rooney tidak melihat sebarang masalah untuk Man City mara ke final mengatasi Real Madrid.

“Manchester City bukan sahaja akan menewaskan Real Madrid di separuh akhir Liga Juara Juara Eropah, namun mereka akan menghancurkan pasukan itu.”

“Mereka bergantung kepada pertahanan seperti Rudiger. Pemain yang sangat kompetitif dan suka bersaing satu lawan satu. Namun Haaland akan menjadi terlalu sukar dikendalikan pertahanan Real Madrid.”

Toni Kroos yang sudah memenangi beberapa kejuaraan UCL bersama Real Madrid tidak hairan dengan komen Rooney itu.

Di mana pemain  Jerman itu mejelaskan bahawa, tahun lalu, pundit dan media dari England memberikan komen yang sama, di mana dia meramalkan bahawa Man City akan memusnahkan Real Madrid.

Akhirnya, City dikalahkan Real Madrid, yang kemudian ke final dan menjuarai UCL ke-14 kelab itu.

Kroos dalam sidang media sebelum perlawanan berkata: “Rooney cakap, Manchester City akan menghancurkan kami? Mereka [media Inggeris] menyatakan perkara yang sama musim lepas. Dan akhirnya kami menjuarai UCL.”

“Komen komen seperti ini tidak mengganggu kami langsung. Kami sudah cukup bermotivasi untuk perlawanan ini.”