Reus Menangis Alami Kecederaan Serius, Mungkin Terlepas Piala Dunia 2022

Marco Reus memiliki sejarah karier yang sangat baik di Dortmund. Namun di peringkat kebangsaan, dia sudah beberapa kali terlepas peluang beraksi dalam kejohanan major kerana kecederaan.

Hanya beberapa bulan sebelum Piala Dunia 2022 bermula, pemain antarabangsa Jerman itu mengalami satu lagi kecederaan yang serius.

Musim ini Reus bermula dengan sangat cemerlang. Menyumbang kepada 7 gol pasukannya secara langsung, sama ada daripada jaringan atau assist.

Reus mengalami kecederaan dipercayai di bahagian buku lali ketika aksi Revierderby antara Borussia Dortmund dengan Schalke 04.

Reus meraikan aksi ke-250 beliau dalam Bundesliga. Dan Bundesliga sempat memberikan penghormatan khas kepada pemain itu.

Reus sudah 11 musim bersama dengan Borussia Dortmund. Menjadi pemain yang sangat setia.

Dia berkata: “Sentiasa menjadi impian saya untuk beraksi untuk kelab ini. Di mana saya sangat dekat dengan para penyokongnya.”

Reus merupakan pemain yang lahir sebagai penyokong Dortmund.

Namun malangnya pada hari ini, Reus telah mengalami satu lagi kecederaan yang nampak mampu mengancam peluangnya bermain di Piala Dunia 2022.

Reus diusung keluar padang dengan dia menangis teresak esak.

Reus memiliki badi sebelum kejohanan besar yang sukar dijelaskan. Dia sudah beberapa kali mengalami kecederaan sebelum kejohanan besar berlangsung.

Reus terlepas Euro 2012 kerana kecederaan ketika aksi pemanas badan sebelum pertandingan bermula.

Kemudian pada Piala Dunia 2014, dia terlepas lagi kerana kecederaan. Dan dia terlepas daripada bersama sama meraikan kejuaraan Piala Dunia dengan generasi emas Joachim Low. Walaupun dia merupakan pemain penting sepanjang pusingan kelayakan.

Tahun 2016, kisahnya sama dengan Eurio 2012. Di mana dia cedera ketika aksi persahabatan sebelum Euro.

Mujur pada Piala Dunia 2018, Reus terlibat. Namun kempen itu untuk dilupakan oleh kem Jerman.

Pada 2021, Reus turut terlepas Euro 2020 kerana masalah kecederaan. Dia benar benar kecewa pada masa itu.

Dan kini, hanya 2 bulan sebelum Piala Dunia dia mengalami kecederaan di buku lali.

Ramai peminat berharap Marco Reus akan dapat sembuh sebelum Piala Dunia 2022 bermula.

Apapun, semoga Marco Reus cepat sembuh. Fokus kepada pemulihan, itu paling penting pada masa ini.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi