Reuters Kantoikan BNG: ‘Photoshop Gambar Obama, Office Atas Kedai Mamak’

Sebuah syarikat gergasi yang berasal dari Singapura iaitu Bellagraph Nova Group (BNG) kini dilaporkan semakin hampir untuk menjadi pemilik Newcastle.

BNG telah melakukan bidaan rasmi untuk mendapatkan Newcastle selepas rundingan kelab tersebut dengan PIF daripada Arab Saudi gagal.

BNG sedang berbincang untuk pengambilalihan £300 juta yang ditetapkan oleh Mike Ashley. Mereka mendakwa isu sekarang adalah hanyalah berkaitan dengan harga.

BNG turut berhasrat unutk melantik Alan Shearer dan Michael Chopra sebagai individu yang akan menjadi nadi perhubungan mereka dengan penyokong dan bandar tersebut.

Lebih mengejutkan apabila BNG mahu mendapatkan Cristiano Ronaldo kerana pemain itu dikatakan memiliki segala ciri ciri syarikat mereka.

Reuters jadi detective Conan

Namun isu dia sekarang menjadi panas, apabila ada sekeping gambar yang digunakan BNG dalam promosi menguatkan profil mereka adalah diphotoshop.

Reuters UK telah membuat penelitian tentang gambar tersebut dan ternyata ianya disunting dengan kepakaran yang tinggi.

Selepas ditanya tentang kebenaran kenyataan oleh Reuters itu, pihak BNG dengan pantas mengakui bahawa gambar itu memang disunting.

Satu gambar menunjukkan pemilik Bellagraph Nova Group, Terence (kanan) dan Nelson (kiri) Loh serta Evangeline Shen duduk di sebelah mantan Presiden AS, dan mendakwa gambar itu dimuatnaik ke laman web mereka pada 19 Ogos 2020.

BNG kemudian menyatakan gambar tersebut dimuatnaik kerana ada isu teknikal. Selepas siasatan oleh Reuters, pihak BNG didapati terlibat secara langsung dalam gambar yang telah disunting itu.

Jurucakap BNG, Nereides Antonio Giamundo de Bourbon, yang merupakan ketua perhubungan pelaburan menyatakan, dia sudah tahu gambar itu disunting untuk memperlihatkan gambar itu benar benar asli.

Pengakuan itu dibuat pada Rabu lalu selepas dihubungi oleh Reuters. Dan selepas itu, BNG menurunkan gambar itu daripada laman sesawang mereka.

Namun begitu, Bourbon menyatakan bahawa, itu perkara biasa di dalam perniagaan. Sambil menyifatkan gambar seperti itu tidak akan mempengaruhi kredibiliti mereka sebagai sebuah syarikat gergasi.

Tahun lalu, BNG meraih keuntungan bernilai $12 billion. BNG menganggap gambar seperti itu adalah salah satu material pemasaran / marketing yang digunakan oleh BNG yang turut mengklaim diri mereka sebagai syarikat konglomerat paling cepat membangun di dunia.

Bourbon menyatakan tujuan utama gambar itu adalah untuk menunjukkan bahawa mereka pernah ada pertemuan secara peribadi dengan Obama.

“Kami orang yang serius, cuma perkara yang melampau kami buat adalah gambar yang sudah disunting itu. Bagi saya, tiada apa pun yang memudaratkan daripada gambar seperti itu.”

Reuters cuba meminta penjelasan daripada Evangeline dan dua sepupunya tentang perkara itu.

Evangeline sudah menyatakan dia menolak untuk memberikan komen, sementara dua lagi sepupunya masih belum memberikan respon.

Reuters turut menghubungi jurugambar yang mengambil gambar tersebut. Ianya diambil ketika malam gala anjuran Novena Global Lifecare, syarikat produk penjagaan kesihatan yang ditubuhkan mereka pada 2010.

Namun ketika Reuters menghubungi pihak Obama tentang perkara itu, mereka tidak memberikan sabarang jawapan.

Tiada nama BNG didaftkarkan di Perancis

Seterusnya Reuters juga pelik kenapa BNG mendakwa mereka adalah syarikat yang didaftarkan di Paris.

Tiada syarikat bernama Bellagraph Nova Group didaftarkan di Perancis seperti mana yang diketahui Reuters selepas mereka membuat semakan dengan badan berwajib di Perancis.

Cuma yang ada adalah alamat ibu pejabat mereka yang berada di Perancis di 10 Place Vendome.

Secara ringkasnya, Bellagraph Nova Group adalah syarikat yang didaftkarkan di Singapura namun beribu pejabat di Perancis. Namun kenapa mereka tidak mahu memberikan informasi sebenar? Itu sepatutnya bukan menjadi masalah bukan?

Reuters kemudian menghantar individu untuk melakukan lawatan ke pejabat mereka pada Khamis lalu. Dan menurut pegawai penyambut tetamu yang berkerja di sana. BNG disahkan sebagai salah satu daripada penyewa mereka di bangunan yang dikendalikan oleh Regus.

Hasil daripada siasatan Reuters itu, mereka mendapati pejabat itu biasanya staff mereka tak datang bekerja.

Kenyataan itu dijawab oleh Bourbon yang mengesahkan bahawa mereka ada pejabat yang tetap di alamat tersebut.

Hydra X

Pada bulan lalu, BNG menyatakan bahawa, firma kewangan dan teknologi iaitu Hydra X merupakan salah sebuah entiti dalam perniagaan global mereka yang menjalankan sistem perniagaan mereka di Singapore Exchange.

Namun paling mengejutkan Hydra X telah menafikan kenyataan tersebut. Begitu juga Singapore Exchange yang turut menafikan bahawa Hydra X ada berurusan dengan pasaran di Singapura menerusi saluran mereka.

Namun Bourbon ketika bercakap kepada Reuters, berkeras menegaskan bahawa Hydra merupakan salah satu syarikat milik BNG. Cuma sekarang ini masih dalam proses untuk penggabungan / merging.

Bourbon mendedahkan segala maklumat perkara itu adalah sulit.

Projek NEXT

Menerusi instagram rasmi mereka, BNG mengumumkan mereka memiliki sebuah lagi anak syarikat iaitu NETX, yang merupakan syarikat robotik.

Mereka mendakwa syarikat itu disenaraikan dalam Bursa Saham Singapura dan Nasdaq.

Reuters menjalankan satu lagi siasatan. Dan mendapati tiada nama NETX di kedua dua bursa saham tersebut.

Bourbon menjawab, pengumuman itu masih pramatan / “prematurely” tetapi on the way katanya. Sebagai sebuah badan koporat yang berkaliber seperti Megah Holding, takkanlah BNG membuat pengumuman seperti itu menerusi IG rasmi mereka?

Bourbon enggan menjelaskan lebih lanjut perkara itu.

Nasdaq pula tidak memberikan respon kepada Reuters lagi berkenaan perkara tersebut.

Office atas kedai mamak

Reuters kemudiannya menyatakan bahawa, syarikat BNG di Singapura berada di tingkat atas bangunan 4 tingkat di atas kedai haiwan peliharaan dan juga kedai mamak. Alamat yang sama dengan anak syarikat mereka yang lain iaitu Novena Global Lifecare.

Mereka turut berkongsi bangunan dengan syarikat wain dan pakar perlaburan. Ishh teringat pulak pakar perlaburan anda, tak hensem takpe janji kaya.

Reuters menghantar stafnya melawat pejabat tersebut minggu lalu dan tiada orang di kaunter penyambut tetamu. Di depan pejabat mereka memang ada robot paras bahu yang digunakan dalam kempen promosi NETX.

Seorang wanita keluar menyambut krew reuters dan menyatakan bos dia tak ada pada hari itu.

Bourbon sekali lagi menjawab dengan menyatakan: “BNG di Singapura, adalah alamat ‘parents firm’ kami. Kami bermula di Singapura, dan berpindah secara total ke Eropah.

Sebagai rekod ini bukan pertama kali Newcastle discam. Sebelum bidaan daripada puteran Mahkota Arab iaitu Mohamed bin Salman, Newcastle pernah dibida oleh seorang lagi kerabat UAE iaitu Mohammed bin Zayed Al Nahyan, yang ternyata sengaja memberikan harapan palsu dan bermain main dalam bidaannya.

Sumber — Reuters