Review EPL Musim 2020/2021: Pembelian Terbaik

Pandemik yang melanda seluruh dunia memberi impak kewangan yang besar kepada pasukan di Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam merancana strategi pembelian pemain mereka.

Pengurusan kelab perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang transaksi agar kewangan kelab tidak terjejas selain memantapkan barisan pemain mereka.

Mari bersama penulis kita jejak 7 pembelian terbaik sepanjang kempen EPL musim 2020/2021.

1. Ruben Dias | SL Benfica – Manchester City | £60 juta

Guardiola semakin terdesak untuk mencari pengganti lagenda kelab, Vincet Kompany setelah melepaskan 5 gol ketika menentang Leicester City. Barisan pertahanan yang rapuh menjadi masalah utama City selepas pemergian Kompany.

Benfica bersetuju melepaskan Ruben Dias dengan nilai £60 juta disamping membeli Nicolas Otamendi dengan nilai £13 juta sebagai sebahagian dari transaksi.

Pelaburan besar City ternyata membuahkan hasil. Mereka merupakan antara pasukan yang paling kurang dibolosi dalam 5 liga utama eropah.

Kepemimpinannya dan gandingan beliau bersama John Stones yang kembali pada prestasi terbaik adalah antara katalis pada City dalam usaha mereka menjuarai EPL dan Piala Liga serta layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

2. Wesley Fofana | Saint Etienne – Leicester City | £30 juta

Proses adaptasi yang pantas terhadap liga baru memberi kelebihan buat pemain Muslim Perancis ini.

Krisis kecederaan pertahanan memberi laluan untuk lebih beraksi dengan lebih kerap dan beliau membalas kepercayaan Brendan Rodgers.

Aksi kentalnya mengekang barisan serangan Chelsea pada perlawanan akhir Piala FA mencuri tumpuan peminat bola sepak. Ada yang mengatakan itu merupakan aksi terbaik sepanjang menyarung jersi The Foxes.

Tidak menghiraukan tanda harga besar yang dibayar oleh Leicester, Fofana menunjukkan aksi pertahanan berkelas dunia. Turut dianggap antara pertahanan terbaik EPL buat musim ini.

3. Edouard Mendy | Rennes – Chelsea | £22 juta

Kelibat beliau di atas padang kembali memberi keyakinan kepada barisan pertahanan Chelsea yang sebelum ini longlai dibawah jagaan Kepa Arizzabalaga.

Mendy mempamerkan ketangkasan mengawal ruang udara, aksi menyelamat yang mengkagumkan yang sebelum ini gagal dilakukan oleh Kepa.

Menamatkan saingan liga dengan 16 cleansheets hanya dibelakang Ederson, jelas pengaruh kuat yang dibawa oleh pemain antarabangsa Senegal ini.

Tidak dilupakan beliau mengumpul 9 cleansheets di pentas UCL dan turut membantu The Blues memenangi kejohanan elit eropah itu.

4. Emiliano Martinez | Arsenal – Aston Villa | £20 juta

Seorang lagi penjaga gol yang mencuri tumpuan adalah Martinez. Pemain Argentina itu dibida The Villains setelah mempamerkan aksi konsisten pada penghujung musim lepas menggantikan Bernd Leno yang mengalami kecederaan.

Villa pantas mengambil kesempatan membida Martinez dengan tanda harga £20 juta yang pada awalnya dianggap terlalu mahal bagi penjaga gol simpanan. Namun, segala pelaburan dibalas dengan prestasi yang konsisten sepanjang musim.

Ketibaannya menyusun semula pertahanan goyah Villa dan menyaksikan mereka bolos 21 gol lebih sedikit musim ini daripada yang sebelumnya.

Mencatatkan 142 saves serta 15 cleansheets, sudah pasti Arteta akan menyesali tindakannya menjual Martinez.

5. Raphinha | Stade Rennais – Leeds United | £17 juta

Menyertai Leeds pada hari terakhir jendela perpindahan, Raphinha dibida dari Stade Rennais tatkala pasukan Ligue 1 itu menaruh harapan kepada pemain baru mereka, Jeremy Doku yang dipercayai lebih berpotensi untuk menyinar.

Selepas menandatangani kontrak bersama Leeds United, Raphinha memberitahu wartawan bahawa beliau hanya diberi waktu selama 20 minit untuk membuat keputusan sama ada untuk menyertai dengan Leeds United atau tidak.

Keputusan yang mudah untuk dibuat kerana memang impiannya untuk bermain di EPL sejak kecil. Cliché sangat.

Raphinha dan Leeds melalui musim yang hebat setelah menamatkan kedudukan ditangga ke-9. Gaya counter pressing yang digunakan Bielsa sangat mudah diadaptasi oleh pemain Brazil itu.

Bermain kebanyakannya di sayap kanan, dia memimpin pasukan dengan 64 peluang diciptakan dan 9 assists. Pemain Brazil itu juga turut menjaringkan 6 gol sepanjang kempen musim ini.

6. Vladimir Coufal | Sparta Praha – West Ham United | £5 juta

Sama ada bermain di wingback atau bek kanan, Coufal amat jarang memberikan persembahan buruk. Impian pengurus, tidak pernah cedera, hanya terlepas 1 perlawanan. Itu pon kerana menyambut kelahiran anak pertamanya.

Amat kental ketika bertahan, memberi ancaman di bahagian serangan dengan hantaran lintang ke dalam kotak penalti.

7 assists dari bek kanan, kedua di belakang Aaron Cresswell dengan 8 assists antara bukti kekuatannya dalam aspek serangan.

The Hammers boleh dianggap berjaya mendapatkan jackpot dengan nilai pelaburan yang digunakan untuk mendapatkan Coufal dan hasilnya yang lumayan; layak ke saingan eropah pada musim hadapan.

7. Edinson Cavani | PSG – Manchester United | Percuma

Kemasukan penyerang berusia 34 tahun pada awalnya dipandang sinis oleh pemerhati kerana dianggap akan menjadi next Radamel Falcao. Lebih-lebih lagi dengan keberanian beliau memilih untuk memakai jersi bernombor 7 United yang dianggap suwey.

Ketepikan gajinya dan yuran ejen yang besar, kecederaan berulang serta penggantungan 3 perlawanan kerana menggunakan istilah ofensif di Instagram, Cavani memberikan pengaruh yang besar buat United musim ini.

El Matador berjaya membuat haters menelan kembali kata-kata mereka apabila berjaya menjaringkan 17 gol dan 5 assists dalam semua pertandingan. Statistik itu jelas menunjukkan beliau masih lagi mempunyai naluri seorang penyerang elit.

Pengalamannya yang luas juga membantu skuad muda United dalam meningkatkan prestasi mereka dalam aspek serangan.

Honourable Mentions

Ollie Watkins | Brentford – Aston Villa | £28 juta
Thomas Soucek | Sparta Praha – West Ham United | £19 juta
Pierre-Emile Hojbjerg | Southampton – Tottenham Hotspurs | £15 juta
Matheus Pereira | Sporting CP – West Bromwich Albion | £7 juta
Thiago Silva | PSG – Chelsea | Percuma