Aku tak tahu nak ringkaskan review ni macamana, so korang baca je lah.
Sains Sukan
Kalau kau nak anak kau ada sumbangan kepada sukan khasnya bola sepak, kau campak buku ni atas muka isteri kau. Cakap kat dia, dalam ni ada contoh kenapa Sains Sukan itu penting.
Bisikkan pada dia nama-nama seperti Michael Edward, Pep Ljinders, Kornmayer dan lain-lain staf kejurulatihan Liverpool yang bersandarkan kepada Sains Sukan.
Bidang ni akan jadi bidang penting dalam negara kita dimasa akan datang terutamanya bagi mengubah perjalanan liga bolasepak kita menuju dinamik.
Pupukkan minat terhadap Sains Sukan dengan membaca buku ni, lenturkan anak² dengan info yang ada dalam buku ini.
Perincian Atau Detailing
Salah satu elemen yang memberi kejayaan kepada kelab Liverpool sekarang adalah sikap mementingkan Perincian atau Detailing dalam setiap perkara yang ada pada Jurgen Klopp.
Dalam buku ini baru kau nampak betapa benda sekecil-kecil latihan atau rutin boleh mengubah nasib seseorang pemain dan tuah sesuatu kelab.
Benda yang dianggap kecil dan tiada impak bila diberi perhatian akan menjadi Intan Permata kepada kelab.
Perincian yang disebut dalam buku ini pula diserahkan kepada yang pakar untuk digilap supaya berkilat.
Dipijak-pijak Tak Mampus
Liverpool dalam saingan Liga Juara² atau UCL adalah kelab yang sangat liat.
Berbanding di EPL, Liverpool sangat cemerlang di UCL dengan meraih 2 trofi dalam masa 15 tahun, dan 4 kali final.
Dalam buku ini Axello mendendangkan sekali lagi kisah Liverpool yang nyawa-nyawa ikan akhirnya menjadi Killer Whale yang profilik memburu mangsa termasuk ikan emas belaan Uefa.
Penyokong Liverpool wajib beli buku ini untuk mengenang kisah klasik untuk masa depan, berbaloi untuk kau baca bab ini bagi menghargai lelah kau menyokong kelab Merseyside berwarna merah.
Pemain Yang Tepat
Membeli pemain yang betul dan ada penasihat yang betul ketika tingkap perpindahan adalah benda yang paling kritikal dalam menentukan kedudukan kelab.
Di sini Klopp sangat bertuah kerana visinya untuk mendapatkan pemain untuk menentukan hala tuju Liverpool direalisasikan oleh mereka yang berwibawa.
Fabinho dan Shaqiri contoh bagaimana pemain yang betul dibeli dan diletakkan ditempat yang betul, menjadi aset kepada kelab.
Dalam buku ini menceritakan kenapa Klopp mahu pemain itu, beli pemain ini tapi tidak membeli secara lambak. Kena ada visi untuk mendapat pemain yang tepat.
Barcelona B****
Dua kali aku baca kisah separuh masa kedua di Nou Camp dan Anfield, dua kali aku cakap Barcelona ni bodoh.
Punca kekalahan Barcelona di separuh akhir UCL adalah kerana mereka yakin dengan kebodohan mereka.
Sebelum ini aku menganggap Liverpool bernasib baik dan pakai bomoh kerana berjaya menyingkirkan Barcelona, tapi kalau korang baca bab ni kau pun rasa macam Liverpool menang memang berhak malam tu.
Kita harus salahkan Barcelona, Velverde dan Messi kerana menghadiahkan Liverpool UCL dan projection dari UCL itu mereka dapat EPL dengan bergaya.
Persetan Dengan Taktikal
Bab ini bercerita tentang formasi yang terlalu nak mengikut dan melayan rentak tuan rumah ini memberi kesan tak bagus kepada Liverpool, yang akhirnya Klopp persetankan rancangan tersebut dan balik ke pangkal jalan.
Ya, aku suka sikap Klopp yang mempergi mampus lah nak mengikut rentak orang, kelab kita, cara kita, main lah ikut kehendak kita sebab yang nak menangnya kita bukan pihak lawan.
Formasi 4-3-3 sememangnya paling efektif untuk sistem Gegenpressing gaya Klopp. Result? Bayern mampus, Barcelona mampus, Liverpool dapat trofi keenam.
Simulasi
Kalau yang biasa follow Axello akan tahu hal Liverpool pernah buat Dummy Match dan juga latihan rahsia yang menduplikasikan skuad lawan.
Benda ni kalau saintis dia panggil eksperimen dan kalau arkitek dia panggil design development dan komposer muzik dia humming dulu untuk tahu rentak dan melodi tu ok ke tak, dengan cara kita jalankan satu calculation berdasarkan data dan info yang ada ditangan kita.
Jadi kita dah ada result kasar atau anggaran berkesan atau tidak rancangan yang kita mahu jalankan tu, sebelum pergi ke final level. Cara kerja yang cukup smart.
Klopp Adalah Zach De LaRocha
Jurgen Klopp pada aku adalah seorang Rebellious bolasepak dengan sentuhan seni.
Dia memberitahu seluruh EPL bahawasanya bolasepak ada banyak cara untuk bermain dan ia seharusnya dimainkan secara entertaining.
Sama seperti De LaRocha yang bermain fast tempo muzik bersama RATM, Klopp juga bermain fast tempo football dipanggil Counterpressing atau Gegenpressing bersama pancaragam Liverpool susunan beliau.
“If you have guts, heart and vision you could accomplished anything and change the world” – Zach De LaRocha.
Axello Yang Gifted
Buku ni adalah bukti bahawa kerja keras bukanlah benda sia-sua, Axello bekerja keras untuk sampai ke tahap ini.
Dia bagi aku adalah seorang yang gifted dalam penulisan sukan terutamanya bolasepak, dia well known pasal taktikal, formasi, numbering, data.
Beza dengan aku yang bercakap bolasepak based on hati dan perasaan, Axello lebih kepada fakta dan teknikal.
Beli lah buku Liverpool-Mahkota Eropah ini sebagai satu penghargaan kita terhadap Axello.
Sebagai orang yang mengaku minat bolasepak dan kelab Liverpool, pergi dapatkan sekarang buku ini. Beli dua, satu untuk kau baca, satu untuk kau framekan.
Bagaimana nak mendapatkan buku Liverpool Mahkota Eropah?
Korang boleh terus ke gedung atas talian The Patriots. Korang klik pautan ini untuk pembelian.
Beli buku Liverpool Mahkota Eropah Di TP Store.
Sekarang ini Axello Tacts Sedang bekerjasama dengan RK Jersey Center.
Terdapat pakej menarik ditawarkan. Sama ada korang nak buku dengan baju sekali, atau nak buku sahaja atau nak baju sahaja.
RK Jersey Center berpeluang tuk kolaborasi dengan Axello Riise untuk jualan buku Liverpool Mahkota Eropah hasil penulisan beliau dan tshirt khas Edisi Axello tuk peminat Liverpool seluruh Malaysia.
Seawal 9:30 pagi pada hari Jumaat baru ni, aku post pasal pakej buku dan tshirt. Bermula jam 11:30 pagi sampai sekarang tak berhenti whatsApp masuk. Bayangkanlah kurang 24 jam 40 buah buku Axello terjual. Baju pula dah cecah 100 helai lebih.
Sekarang jumlah tempahan semakin meningkat dan terus meningkat. Sebenarnya produk Liverpool selalu je aku jual 1 barang pergi sampai 200 pcs tapi tidaklah selaju ini.
Ketika Liverpool Champion UCL adalah aku sempat jual dalam 250 pcs tapi ambil masa dalam masa 2 minggu. Padahal mendakap piala Eropah yang keenam.
Mungkin kegembiraan memenangi EPL bagaikan keajaiban dunia ke-8 buat semua penyokong Liverpool sekaligus meletupkan jualan kali ni.
Jadi apa lagi tunggu? Jom dapatkan set lengkap Liverpool Mahkota Eropah dan Axello’s Edition Tshirt sebagai kenangan anda semua sementara stok masih ada. Klik sahaja link di bawah dan jangan lupa bgtau jiran sebelah okay!
https://liverpoolchampione.wasap.my