Semalam aku tengok filem TENET arahan Christopher Nolan, ini memang filem wajib tengok bagi aku.
Selama aku tahu kewujudan filem ni, aku tak tengok trailer, tak baca sinopsis, tak baca apa-apa forum. Aku masuk dengan tak ada prediction langsung pasal Tenet, cuma berpegang pada kredibiliti Nolan.
Review kali ni aku pecahkan kepada tiga bahagian, jemput baca.
1. Filem
Pertamanya aku nasihatkan kepada sesiapa yang tak pernah tengok Inception dan Interstellar, bersiap sedia lah untuk pening.
Tapi Tenet tak ada lah seberat Interstellar. Kalau kau nak fokus tengok filem ni, jangan bawak awek. Masa kau akan habis nak explain elemen-elemen yang ada dalam cerita tu.
Kalau kau peminat naskah Nolan terutamanya Inception, kau akan rasa seronok sebab Nolan sekali lagi bermain dengan teori Fizik dan dia improvised sekali lagi tema Penerokaan Masa dalam Tenet.
Nolan masih Nolan, filem Tenet ni adalah satu improvasi dari filem Inception tapi dengan tema Agent atau Machineries tapi agak Twisted. Entrance filem ini masih lagi gaya The Dark Knight + Dark Knight Rises tapi dengan mood yang menggila.
Kalau entrance TDKR tu dia punya atmosfera agak perlahan² menyesakkan pernafasan kau, Tenet punya entrance bagi kau serangan jantung, terus dia bagi kau tanpa hint.
Time is running out. Watch the new trailer and listen to @trvisXX’s soundtrack single “The Plan” now. #TENET only in theaters. Tickets now available: https://t.co/XP5RPbT7Vb pic.twitter.com/4YL8kazDGv
— TENET (@TENETFilm) August 22, 2020
Aku mulanya tak faham kenapa Nolan ambil John David Washington sebagai pelakon utama, kenapa tak kekal bekerja dengan Tom Hardy & Joseph Gordon Levitt?
Bila filem ni berjalan sampai pertengahan baru lah aku tahu yang Nolan mahukan aura Danzel Washington yang cool dan cold blood untuk watak Protagonis ni. Tapi nak ambil Danzel dia dah tua, maka terpaksalah ambil anak dia.
Kalau John David boleh copy 100% gaya Danzel, filem Tenet ni gila babi cool.
Robert Pattison memegang watak kedua sebagai Neil, rekrut kepada Protagonis (John David). Aku tak pernah tengok filem lakonan Pattison, atau aku lupa, jadi aku tak tahu level lakonan dia.
Tapi dalam filem ni Pattison pada aku sangat bagus dan agak natural. Kalau filem ini menggambarkan gaya lakonan Pattison untuk Batman, bagi aku it’s quite good.
Tiada lagi imej vempire bermekap, Pattison telah berkembang seperti mana berkembangnya Leonardo DiCaprio.
Mungkin pihak produksi atau Nolan mahu mencuba muka baru untuk Tenet, memandangkan Inception berada pada kelas tersendiri.
Agaknya mereka tidak mahu terlalu Inception-esq yang akan mengundang kritikan tidak sihat. Tapi bagi aku, memberi watak utama kepada orang kulit hitam satu percubaan yang tidak berbaloi dan boleh hilang markah persembahan.
2. Fizik
Tenet membawa tema Time Travel dengan lebih kompleks, Nolan mengupas teori Fizik dalam filem ini dengan baik sekali.
Frasa “Hai saya dari masa depan” ada digunakan dalam filem ini, nampak macam main-main kan? Tapi Nolan olah benda yang kita bergurau tu pergi pada tahap yang buat kau terkesima.
Siapa yang suka Sains dan Fizik akan rasa excited dengan setiap plot cerita. Ada sahaja teori Fizik yang dijelaskan dalam filem ini, contohnya Grandfather Paradox, Inverse Entropy, Mekanik Kuantum, Born-Oppenheimer Approximation dan lain-lain teori yang buatkan korang pening.
Sebab tu aku tak suggest korang tengok filem ini sambil bercinta dalam panggung.
Kupasan-kupasan teori Fizik ini membuatkan kau rasa macam faham apa yang orang-orang Fizik duk bercerita selama ni.
Gaya olahan Nolan dengan cara persembahan filem ini pada aku jarang orang boleh buat. Entah berapa banyak pakar Fizik dia rujuk dalam masa pembuatan Tenet ni. Kesungguhan dan genius Christopher Nolan memang tiada banding lagi.
3. Nolan
Filem Tenet ni Nolan peram hampir 10 tahun iaitu selepas kelahiran Inception. Gaya persembahan kali ini memang sangat detail, kau akan terkejut dengan perincian-perincian yang Nolan buat untuk setiap plot.
Nolan masih lagi bermain dengan teknik visual Separate Timeline, yang mana permainan visual ini menambah adrenaline semasa menonton Tenet. Kau akan rasa tak senang duduk untuk ambil tahu pasal dua universe yang berjalan serentak.
Bila filem Tenet berjalan hampir 3/4 keseluruhan cerita, takkan terlepas dari mulut kau untuk menyebut Fak, Shit, Damn, Oh! Sebab masa tu Nolan tunjuk apa terjadi, kau takkan dapat jangka apa sebenarnya berlaku.
Orang cakap Nolan dan pakar skor muzik iaitu Hans Zimmer tak boleh dipisahkan, hampir semua filem Nolan akan diatur muzik latarnya oleh Hans Zimmer. Tapi untuk Tenet, Nolan mencuba pengarah muzik muda dari Sweden iaitu Ludwig Goransson.
Filem ni dah intense gila babi, muzik latar dia lagi buat orang tak senang duduk. Nak melompat je rasa tiap kali intense plot dimainkan dengan muzik latar yang agak bad ass. Boleh tahan juga gaya persembahan muzik dia, level Hans Zimmer jugak lah.
Aku kalau boleh nak tengok lagi Tenet, aku suggest korang tengok. Memang twisted gila babi punya cerita. Berbaloi aku bayar RM12 untuk satu filem yang bersandar pada satu nama yang gah.
Christoper Nolan is Wor.
Tenet is Barey. Rate 8.5/10.