Revolusi Telefon Pintar Buatkan Olympus Tutup Kedai Selepas 84 Tahun

Ianya adalah hari yang menyedihkan bagi pencinta kamera.

Satu persatu tenknologi analog telah dimakan oleh ledakan revolusi digital. Syarikat kamera antara yang terkesan dengan perkembangan seperti revolusi kamera pada telefon pintar.

Salah satu daripada syarikat fotografi tertua di dunia telah memutuskan untuk menghentikan perniagaan kameranya.

Olympus, yang telah berkecimpung dalam perniagaan kamera selama 84 tahun, telah menghantar notis di laman webnya yang menyatakan bahawa ia telah menyusun memorandum persefahaman (MOU) untuk menjual perniagaannya.

Tetapi bagi sebilangan daripada anda yang meminati dunia fotografi, ini mungkin tidak mengejutkan.

Selama lebih dari satu tahun, khabar angin beredar bahawa syarikat itu ingin menutup dan menjual perniagaan kameranya.

Tetapi kali ini, ia benar benar berlaku.

Syarikat itu telah menyusun MOU dan akan siap menjual perniagaan tersebut kepada Japan Industrial Partners pada 30 September 2020.

Olympus gagal dalam penjualan kameranya terutama sekali disebabkan oleh peningkatan kamera telefon pintar, dan ia berusaha menumpukan perhatian pada pengurangan kos lensa yang boleh ditukar ganti.

“Olympus telah menerapkan langkah-langkah untuk mengatasi persaingan dengan pasaran kamera digital yang sangat parah, antara lain disebabkan oleh menyusutnya pasar yang cepat disebabkan oleh evolusi telefon pintar.”

“Olympus telah memperbaiki struktur kos dengan menyusun semula pangkalan pembuatan kami.”

“Kami memfokuskan kepada pengeluaran lensa yang dapat ditukar nilai tambah yang tinggi, yang bertujuan untuk memperbaiki jumlah pendapata untuk terus menjana keuntungan walaupun penjualan menurun,” kata syarikat itu.

Namun, ia masih tidak menghasilkan keuntungan yang diperlukan untuk terus menjalankan perniagaan, terutamanya sejak tiga tahun kebelakangan ini.

“Di sebalik semua usaha itu, perniagaan Imaging Olympus mencatatkan kerugian operasi selama 3 tahun fiskal berturut-turut hingga tahun kewangan yang berakhir pada bulan Mac 2020,” tambah syarikat itu.

Selain itu, penjualan kamera mereka turut merudum sekitar 50% pada bulan Mac 2020.

Menurut The Korea Times, syarikat itu akan menutup semua premis dan urusan dalam talian pada 30 Jun di Korea Selatan.

Tetapi pusat servisnya masih beroperasi sehingga 31 Mac 2026, bagi mereka yang perlu melakukan servis dan membaiki peralatan mereka.

Namun, Olympus tidak lenyap sepenuhnya. Ini kerana syarikat ini masih memiliki kekuatan yang kuat dalam bidang peralatan perubatan dan kini akan mengalihkan sebahagian besar usaha mereka ke segmen perniagaannya.

Korang ada tak kenangan dengan kamera Olympus?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di