RFEF kini mahu mengkaji semula perjanjian baharu dengan kerajaan Arab Saudi untuk pengagihan wang tajaan penganjuran Piala Super Sepanyol.
Pada ketika ini, Gerard Pique menerusi syarikatknya Kosmos mendapat wang lebih banyak daripada Athletic Club dan Mallorca, hasil daripada penganjuran Piala Super Sepanyol.
Pique sebelum ini menjadi individu penting bersama sama dengan bekas presiden RFEF, Rubiales dalam usaha mereka memindahkan Piala Super Eropah dari Sepanyol ke Arab Saudi.
Pique menjadi orang tengah dan broker kepada rundingan mereka. Dan akhirnya Piala Super Sepanyol dianjurkan di Saudi.
Kerajaan Arab Saudi dilaporkan membelanjakan sekitar EUR40 juta untuk menampung kesemua kos penginapan, penerbangan dan hadiah pertandingan Piala Super Sepanyol.
Rafael Louzán, Presiden Persekutuan (RFEF) yang baharu, mahu memperbaharui kontrak dengan kerajaan Saudi daripada penggal 2029 sehingga 2034.
Walaupun diakui ianya antara perjanjian paling menguntungkan dalam sejarah bola sepak Sepanyol, namun begitu ada beberapa kelab tidak berpuas hati dengan bayaran yang mereka terima.
Misalnya beberapa tahun lalu, Valencia menegaskan bahawa mereka tidak ada untung daripada penyertaan pertandingan ini di Arab Saudi.
Pique ketika ini menerima 10% baripada perjanjian EUR40 juta itu. Bermakna dia mendapat EUR4 juta. RFEF mendapat 21 juta euro lagi , untuk dikongsi antara jumlah yang disimpan oleh badan itu sendiri untuk kegunaan piramid bola sepak di Sepanyol.
Real Madrid dan Barcelona dianggap kelab eksklusif. Jika layak ke final kejohanan di Saudi ini, automatik mendapat EUR1 juta.
Kedua dia kelab diberikan wang EUR6 juta dengan penyertaan atau kelayakan mereka dalam pertandingan ini.
Pemenang Piala Super Sepanyol, musim ini milik Barcelona, menerima bonus EUR2 juta lagi menjadikan total milik mereka EUR6 juta.
Sementara itu 2 lagi kelab lain hanya menerima pakej EUR850 ribu sahaja jika gagal ke perlawanan final. Secara terkumpul Athletic Club dan juga Mallorca hanya menerima EUR 1.7 juta. Jauh lebih rendah daripada apa yang Pique dapat. Jika kedua dua kelab ini layak ke final, mereka layak mendapat bonus tambahan dan jika juara mereka berhak mendapat wang kemenangan EUR2 juta.
Paling gila dalam kontrak menuyatakan, jika salah satu daripada pasukan Real Madrid atau Barcelona gagal layak ke Piala Super Sepanyol ini, kerajaan Saudi akan menarik balik EUR5 juta.
El Clasico terus menjadi produk utama La Liga. Dan pastinya setiap kali Piala Super Eropah, La Liga dan RFEF mahu melihat Barcelona vs Real Madrid di final.
Pembahagian wang ini dianggap tidak adil oleh banyak kelab lain. Jadi, RFEF mahu penstrukturan semula pengagihan wang itu pada kontrak baharu nanti.
Terutama sekali bayaran EUR4 juta kepada Kosmos yang dianggap lebih baik disalurkan terus kepada La Liga untuk diagihkan kepada kelab kelab mereka.
Namun begitu, Pique tak akan berdiam diri jika rombakan kontrak ini dibuat. Hal ini kerana dia sudah bersusah payah bersama Rubiales sebelum ini cuba membawa Piala Super Sepanyol ke Arab Saudi.
Tebas yang sebelum ini lantang mengecam penganjuran Piala Super Sepanyol di Arab Saudi, kini lebih banyak berdiam sahaja sejak dilantik menjadi naib presiden RFEF dan selepas La Liga menjalinkan kerjasama dengan Visi Saudi.