Ric Flair (73 Tahun) Di-Suplex Ketika Berlatih, Bekas Announcer Gesa Kerajaan Hentikan ‘Comeback’ Beliau

Ric Flair, yang pernah 2 kali diangkat ke WWE Hall of Fame, dikhabarkan akan membuat kemunculan semula yang sensasi ke dalam gelanggang WWE, pada usia 73 tahun.

Ric Flair sudah tentunya dianggap sebagai salah seorang penggusti penting dalam eranya. Sama ada untuk WWE ataupun untuk WCW serta tak kuranng juga untuk TNA.

Dia memiliki personaliti yang sangat kuat sama ada di dalam gelanggang mahupun di luar gelanggang.

Legasinya kini disambung oleh anak perempuannya, Charlotte Flair yang dianggap sebagai salah seorang penggusti wanita terbaik dalam jenama WWE.

Ric Flair sudah lama tidak bergelut di atas ring. Di mana perlawanan terakhirnya, mungkin pada 2011 semasa beliau bersama TNA (kini IMPACT Wrestling), tetapi senario itu mungkin akan berubah.

Ric Flair mahu kembali ke gelanggang?

Laporan daripada Dave Meltzer melaporkan bahawa Flair sedang mempersiapkan diri untuk kembali semula ke gelanggang untuk pertarungan gusti profesional, walaupun berusia 73 tahun hanya beberapa bulan lalu.

Laporan itu turut menyebut Flair akan bekerjasama dengan FTR untuk menentang Rock ‘N’ Roll Express dan lawan lain pada satu pertarungan tahun ini.

Flair telah berkongsi video dirinya berlatih dengan Jay Lethal dari AEW di media sosial sejak beberapa minggu lalu, jadi nampaknya dia kelihatan benar benar sedang bersiap sedia untuk kembali ke gelanggang.

Dalam video tersebut, Rick Flair turut menerima submission suplex daripada rakan sparing beliau itu.

Netizen kagum dengan semangat dan juga ketahanan Ric Flair menerima suplex tersebut pada usianya 73 tahun.

Malah ada yang beranggapan, hanya Ric Flair yang mampu menerima impak sekuat itu di atas gelanggang dari kalangan manusia berusia 73 tahun.

Dalam kapsyennya, Ric Flair menulis: “Juara ulung akan bangkit daripada ketinggalan dengan kebangkitan! WOOOO,”

Kapsyen itu menimbulkan banyak persoalan bahawa Flair memang benar benar mahu kembali seperti yang dilaporkan oleh Dave Meltzer sebelum ini.

Peminat Ric Flair terharu melihat penggusti veteran itu dan memberikan sokongan mereka kepada Flair walau apa sahaja yang dia mahu lakukan selepas ini, termasuk kembali semula ke ring.

Itu bukanlah pertama kali Flair berkongsi video dan dengan Jay Lethal berlatih secara serius. Sebelum ini dia memuat naik video pertarungannya di ring latihan dengan penggusti itu.

Cruise mahu halang hasrat Flair

Bagaimanapun, Christopher Cruise, yang pernah bekerja sebagai announcer dengan WCW, kini cuba menghentikan hasrat Flair yang mahu kembali ke gelanggang.

Ini kerana Rick Flair telah bergelut dengan beberapa masalah kesihatan yang agak serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sehinggakan dia telah koma dua kali.

Mengambil kira isu kesihatan dan umurnya, Cruise telah menulis pendapatnya di Facebook. Dia sedia melancarkan kempen untuk menghentikan Flair melangkah masuk semula ke gelanggang.

Cruise berkata bahawa Juara Dunia 16 kali itu tidak sepatutnya dibenarkan melangkah masuk ke dalam gelanggang lagi, dan menunjukkan e-mel yang dihantarnya kepada Suruhanjaya Olahraga Negeri Maryland agar menghentikan hasrat penggusti legenda berusia 73 tahun itu.

Dalam catatannya, bekas penggusti WCW itu menggesa peminat yang membaca siaran facebook dia untuk melakukan perkara yang sama dan menghantar e-mel kepada suruhanjaya olahraga untuk mencuba dan menghentikan rancangan untuk kemunculan semua Flair dalam gelanggang.

Cruise menggesa suruhanjaya itu untuk tidak memberikan Flair, yang merupakan bapa kepada Charlotte Flair, lesen untuk bergusti, dengan menyatakan bahawa: “Dia sudah berumur 73 tahun, dalam kesihatan yang teruk, seorang peminum alkohol dan mempunyai alat bantuang jantung”.

Setakat ini, Flair tidak mengulas tentang hantara facebook oleh Cruise itu. Malah dia tidak langsung mengatakan secara rasmi bahawa dia sedang bersiap untuk kembali semula ke dalam gelanggang.

Mungkin atas sebab itu, Suruhanjatawa Olahraga Negeri Maryland tidak dapat mengambil tindakan atau memberikan respon kepada Cruise.

Cruise kemudian menegaskan dia bukannya sakit hati dengan Flair seperti didakwa sesetengah pihak. Namun dia sayangkan Flair dengan hashtag #CareaboutFlair.

Dalam catatan terbarunya Cruise berkata:

“Kadang-kadang orang dewasa tidak cukup mengambil berat tentang diri mereka sendiri dan mereka memerlukan orang lain untuk menjaga mereka, untuk mengambil berat tentang mereka lebih daripada mereka sendiri mengambil berat tentang diri mereka.”

“Saya tahu di mana saya bercakap. Terdapat masa dalam hidup saya apabila saya tidak mengambil berat tentang diri saya dan orang lain melangkah masuk dan mengambil berat tentang saya daripada saya mengambil berat tentang diri saya sendiri, cukup lama untuk saya membina kekuatan yang cukup untuk dapat bertahan.”

“Saya di sini kerana orang lain melangkah [masuk dan mengambil berat]. Itulah orang yang Ric Flair perlukan sekarang. Kita bukannya pulau, kita bukan buat untuk diri kita sendiri; kita adalah sebahagian daripada masyarakat yang boleh mendapat manfaat daripada keberadaan kita.”

“Kadang-kadang pertimbangan kita menjadi kabur, fikiran kita mula memperdayakan kita, kita mula mempercayai pembohongan tentang diri kita sendiri dan kita memerlukan rakan untuk membantu kita membawa kita ke tahap yang kita sekali lagi boleh dipercayai untuk menjaga diri kita sendiri.”

“Itu sahaja. Tidak benar bahawa kita mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang kita mahu. Tanpa penyakit terminal atau kesakitan fizikal yang tidak tertanggung, kita tidak mempunyai hak untuk mengambil nyawa kita sendiri.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di