‘Rice Overrated Dan Overhype, Dia Tidak Bertaraf Dunia’ Kata Pemain Ireland Ini

Pemain kebangsaan Ireland, James McClean telah melabel Declan Rice sebagai overrated oleh media Inggeris dan bukan pemain berkelas dunia.

Menurut McCleane lagi, pemain seperti Rodri dan Toni Kroos barulah layak dilabel sebagai berkelas dunia kerana merena mengawal permainan.

Sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Declan Rice. Dia cuma pemain yang bagus namun media Inggeris telah terlebih memuji pemain itu.

Declan Rice sebelum ini menjadi pemain Inggeris termahal dalam sejarah apabila dia menyertai Arsenal dari West Ham. Di mana perjanjian itu melibatkan kos harga mencecah £110 juta.

Rice menjadi pemain penting di Arsenal dan England musim ini. Membantu Arsenal menjadi pencabar kejuaraan sehingga ke hari terakhir Liga Perdana Inggeris.

Rice adalah pemain no.6 yang memberikan kestabilan kepada pasukan. Dia menjadi pemain pilihan utama Southgate untuk beraksi di tengah.

McClean dalam ulasannya berkata: “Saya dapati Musiala telah membuktikan dia bagus seperti digembar-gemburkan, dan saya rasa Declan Rice sangat overrated.

“Jangan salah faham, saya fikir dia seorang pemain bola sepak yang sangat bagus tetapi cara media Inggeris menulis lirik mengenainya adalah melampaui batas.

“Bagi saya, dia bukan kelas dunia. Pemain berkelas dunia, bagi saya, adalah seseorang yang boleh bermain di mendapat tempat di mana mana pasukan di dunia dan dia [Rice] tidak mampu.

“Saya tidak fikir kualitinya dengan dengan pemain Man City, Rodri, saya tahu Toni Kroos akan bersara tetapi bagi saya dia bertaraf dunia kerana dia menentukan permainan, Rodri menentukan perlawanan – saya tidak fikir Declan Rice melakukannya.

“Dia bukan seorang yang boleh membuat half turn dan bermain hantaran ke hadapan.”

Ditanya sama ada Rice adalah jenis pemain yang berbeza dengan Rodri dan Kroos, McClean berkata: “Mereka memainkan posisi yang sama. Mereka memainkan peranan yang sama jadi mengapa mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama?

“Jika anda mahu memberikan hype melampau dan reputasi sebanyak ini maka sudah pasti dia boleh melakukan apa yang mereka lakukan dengan bermain half turn, bermain hantaran ke hadapan dan menguasai tempo permainan tetapi saya tidak fikir dia melakukannya.

“Dia bagus dalam apa yang dia lakukan – dia melihat bahaya dan ‘memadamkan api [ancaman]’, tetapi untuk gembar-gembur melampau yang ada di sekelilingnya saya rasa ia tidak wajar.”

Rice menghabiskan masa ketika usia remajanya mewakili Republic Of Ireland dan juga membuat tiga penampilan senior untuk Boys In Green sebelum menukar ikrar taat setianya kepada England.

Sejak itu, pemain tengah itu telah memenangi 52 caps untuk Three Lions, menyebabkan peminat England merasakan McClean sebenarnya emosi dan sakit hati ketika memberikan komen tentang Rice.

Seorang peminat berkata: “Saya akui Rodri adalah yang terbaik. Namun Rice juga berkelas dunia di belakang pemain itu.”

Yang lain mengingatkan McClean: “Jika Rice tidak berkelas dunia, takkanlah Pep Guardiola pernah mahu mendapatkannya. Secara mudah dia adalah 3 terbaik untuk pemain tengah di EPL dan saya terjemahkannya sebagai berkelas dunia.”