Richard Arnold Benci Memikirkan United Terbakar Bersama Duit £1 Billion Namun Hasil Tak Ada

Ketua Eksekutif Manchester United Richard Arnold berkata musim lalu adalah “mimpi ngeri” untuk kelab itu dan mengakui mereka telah “membakar wang”.

Arnold dilantik untuk menggantikan Ed Woodward pada Februari, dengan langkah besar pertamanya untuk menandatangani Erik ten Hag menjadi pengurus baharu kelab.

Kenyataan jujur ​​Arnold, di mana dia mengakui bahawa kelab itu telah “membuang sejumlah besar wang” dan tidak mempunyai apa-apa hasil untuk ditunjukkan. Kenyataan itu telah dirakam secara rahsia oleh peminat yang bercakap dengan Arnold di sebuah pub di Cheshire.

Dia memberitahu kumpulan penyokong United: “Kita membelanjakan satu bilion pound untuk pemain, lebih daripada sesiapa sahaja di Eropah.”

“Saya tidak teruja di mana kita berada. Ia tidak mudah bagi saya dan saya bimbang bagaimana kita menyelesaikan perkara ini untuk masa hadapan. Apa yang berlaku ialah kita telah terbakar dengan wang kita.”

Richard Arnold mahu peminat United menerima hakikat memang kelab mereka berbelanja jauh lebih besar daripada mana mana kelab Eropah lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini, malangnya hasilnya tak ada.

“Kamu tidak boleh pergi ke tempat latihan kami dan berkata “tunjukkan saya di mana [hasil] £1 bilion itu” kerana kita tidak membelanjakan wang dengan baik dalam sejarah perbelanjaan kita. Kita telah mengeluarkan sejumlah wang yang sangat besar.”

United masih belum membuat tandatangan pada musim panas ini dan peminat bimbang mereka semakin jauh di belakang Liverpool dan Manchester City, yang telah pun memperoleh ketibaan hebat Darwin Nunez dan Erling Haaland pada musim panas ini.

Tetapi Arnold meredakan kebimbangan itu, menegaskan Ten Hag mempunyai wang yang tersedia untuknya untuk menandatangani pemain musim panas ini.

Dia menambah: “Untuk musim panas ini, wang yang pengurus dan pengarah bola sepak [John Murtough] mahukan, itu ada.”

Seterusnya Richard Arnold mendedahkan bahawa kompleks latihan Man United indah khabar dari rupa. Ianya cuma indah dari segi kosmetik dari pandangan luar. Hakikatnya, mereka perlukan pusat latihan lebih canggih dan terkini daripada apa yang mereka miliki sekarang.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa, kelab harus memikirkan soal stadium. Sebelum ini terdapat beberapa pilihan untuk United. Sama ada membina stadium baharu atau membuat renovasi besar besaran dekat Old Trafford.

Stadium tersebut semakin usang. Dan ketika hujan ada beberapa bumbung stadium bocor.

“Untuk masa hadapan, melabur dalam stadium baharu dan tempat latihan terkini dan terbaik, kita perlu melakukan sesuatu. Kita kena bawa pelabur masuk. Saya perlukan itu untuk melakukan apa yang saya mahu untuk kelab.”

“Saya perlu mempunyai lebih banyak wang daripada yang kita ada sekarang. Tiada kelab di dunia yang mempunyai wang untuk membuat stadium baharu tanpa mendapatkannya daripada seseorang. Anda sama ada meminjamnya atau seseorang melaburkannya.”

“Wang itu mesti datang dari suatu tempat, dan kamu mungkin tidak menyukai pemilik kita sekarang, itu saya tak boleh cakap apa la. Tetapi jika kamu mahu orang lain masuk, mereka perlu melihat dan berkata ‘okay peminat mereka suka kelab dan sayangkan pasukan, itu positif’.”

“Saya melihat tahun lepas sebagai mimpi ngeri. Ia adalah mimpi ngeri. Saya membenci setiap perlawanan, ia adalah beberapa perkara. Salah satunya protes [penyokong]…”

 

Baca yang lain