Richard Arnold dalam pertemuannya dengan penyokong Manchester United mengesahkan bahawa dia telah menyingkirkan 2 tali barut yang telah membocorkan segala rahsia bilik persalinan Man United.
Pertemuan dengan peminat itu dibuat oleh Richard Arnold untuk menjadi orang tengah di antara penyokong dan keluarga Glazer.
Arnold mendengar sekumpulan peminat Man United mahu mengadakan protes di hadapan kediaman Arnold untuk membantah pemilikan Glazer. Lalu beliau segera menghubungi mereka dan bersemuka.
Dalam pertemuan tersebut, banyak perkara yang dijawab oleh Richard Arnold. Ini termasuk isu tiadanya amanah di kalangan pihak dalam Man United itu sendiri sehingga rahsia bilik persalinan pun bocor ke dunia luar.
Sebelum ini Gary Neville dan Rio Ferdinand mendapat tahu bahawa ada orang dalam pasukan Man United itu sendiri yang menjual cerita sulit dan persendirian dari bilik persalinan kepada wartawan.
Perkara itu sangat menyedihkan kerana ianya membuatkan bilik persalinan menjadi lebih teruk.
Rio Ferdinand turut menyindir beberapa ejen dan wakil pemain yang seolah olah terlalu mudah memberikan kenyataan media kontroversi secara terbuka. Seolah olah mahu menjaga periuk nasi sendiri sahaja dan menabur garam pada periuk nasi orang lain.
Ralf Rangnick sendiri sebelum ini menyatakan bahawa dia tidak gembira dengan isu rahsia kelambu United yang terlalu mudah sampai ke tangan media.
Richard Arnold: “The two sources of the dressing room leaks have now left the club." [@SmnLlyd5, @FootballJOE] #mufc
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) June 18, 2022
Selain daripada kebocoran maklumat bilik persalinan, CEO Man United itu turut mengakui Erik Ten Hag tak selesa dengan kebocoran maklumat tentang senarai pemain sasaran.
Ini akan menyukarkan kelab mereka dalam proses membuat bidaan dan rundingan.
Ada sesetengah media berspekulasi, namun ada laporan sesetengah media lagi adalah berdasarkan sumber dari dalam Old Trafford itu sendiri.
Man United masih belum menandatangani sebarang pemain bintang kali ini sejak perlantikan Erik Ten Hag.
Went to protest at Richard Arnold's house and he turned up at the pub. pic.twitter.com/xsNUJaKpnB
— Paul, Manc Bald and Bred (@MufcWonItAll) June 18, 2022
Richard Arnold menyatakan bahawa kelab sudah menetapkan dana perpindahan sebanyak GBP 200 juta. Dan mereka akan cuba memastikan bahawa kesemua sasaran mereka akan dapat ditandatangani.
Antara pemain yang masih dalam sasaran mereka pastinya Frenkie De Jong yang menjadi sasaran utama Erik Ten Hag.
Seorang peminat United memberitahu: “Arnold memberitahu kami Murtough sekarang ni sedang bekerja dari 6 pagi sampai 10 malam setiap hari untuk merealisasikan perpindahan De Jong. Ada £200 juta untuk dibelanjakan kali ini. Namun dia akan cuba memastikan semua sasaran perpindahan tidak terlepas.”
Seterusnya seorang penyokong mahu Richard Arnold segera menandatangani pemain. Dia membalas: “Kamu mahu saya membeli pemain? Bukankah itu macam sebelum ni [dilakukan Woodward]?”
Richard Arnold seolah olah memberitahu bahawa sebelum ini Woodward ada senarai pemain yang dia sendiri mahukan tanpa perlu mengambil kira sama ada pengurus mahukan pemain itu atau tak.
Richard Arnold: "Do you want me to buy players? Doesn't that ring a bell? (Ed Woodward)".
He's literally calling Ed Woodward out for putting us in this mess by signing players himself.
Won't praise him yet but Respect to Arnold. He's at least laying the right foundations.
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) June 18, 2022
Selepas pertemuan santai itu para penyokong United lembut hati mereka dan memutuskan untuk tidak meneruskan niat mereka untuk memprotes di hadapan rumah Arnold.
Paling menarik, Arnold tidak menghalang mereka melakukan protes kerana menurutnya itu hak penyokong. Selagi lagi protes itu aman, dia ok.
Ini selepas penyokong menerima penjelasannya bahawa dia tidak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku 17 tahun yang lalu. Kerana dia baru tiba di Old Trafford dan tugasnya adalah untuk mengembalikan kegemilangan kelab.
Penyokong United berkata: “Kami bukanlah nak menjulang si Arnold ni sebagai wira, namun kami hormati apa yang dia buat, sanggup bersemuka dengan kami.”
Penyokong United bagaimanapun berikrar akan meneruskan protes anti Glazer pada musim hadapan.
Mereka mahu Glazer berambus selepas didakwa menghancurkan kelab mereka sejak menjadi pemilik pada 2005.
🚨Exclusive: Richard Arnold met United fans planning a Glazer protest outside his home in a pub on Saturday.
Here’s what they spoke about, including:
•Dressing room leaks
•United’s transfer plans
•Fans’ right to protest✍️ @SmnLlyd5 https://t.co/mGWgugnQdN
— FootballJOE (@FootballJOE) June 18, 2022
Penglibatan Glazer dalam idea Liga Super Eropah menjadi kemuncak kepada kemarahan penyonkong yang melakukan tunjuk perasaan masuk ke padang sebelum aksi berdepan Liverpool pada masa itu. Di mana perlawanan terpaksa ditunda.