Richarlison: Van Dijk Bukan Bek Terbaik Dunia Pun, Tak Sabar Nak Tembus Gawang Liverpool

Everton menjadi tuan rumah kepada Liverpool pada hari Ahad dalam derbi Merseyside sebagai menandakan sambungan semula kempen kedua dua pasukan.

Everton pasti lega kerana Man City sah menangguhkan kejuaraan Liverpool di Goodison walau apa yang berlaku dalam aksi Ahad ini.

Penyerang Everton Richarlison telah memberikan kenyataan tentang pemain tengah Liverpool, Virgil van Dijk menjelang pertembungan itu.

Beliau mengatakan bahawa Van Dijk tidak layak berada dalam senarai 3 teratas sebagai pemain pertahanan terbaik di planet ini pada ketika ini.

Pemain Brazil itu juga telah mengingatkan semua orang tentang bagaimana dia sudah pernah menggelecek bintang The Reds itu sebelum ini.

Dan kedua-dua pemain pasti saling mengawasi antara satu sama lain pada Ahad ini.

“Orang banyak bercakap tentang dia, ya dia adalah pemain pertahanan yang hebat tetapi saya sudah pernah menggeleceknya,” kata Richarlison mengenai Van Dijk dalam wawancara dengan saluran YouTube terkenal, Desimpedidos.

“Dia terpilih sebagai salah seorang daripada tiga pemain terbaik di dunia kerana dia memiliki musim yang sangat baik. Tetapi ya, bagi saya ada pertahanan yang lebih baik.”

“Thiago Silva, Marquinhos dan Sergio Ramos. ”

https://twitter.com/i/status/1273778924338548736

Richarlison menyatakan beliau tidak gentar dengan Van Dijk. Malah sudah tak sabar nak menggelecek dan menembusi pemain itu sekali lagi.

Richarlison telah menjaringkan 10 gol liga dan membantu melakukan tiga assist dalam 27 perlawanan musim ini, dan dia adalah salah satu ancaman yang akan dihadapi Van Dijk pada hari Ahad.

Dominic Calvert-Lewin adalah seorang lagi pemain yang berada dalam prestasi terbaik sejak diambil alih Ancelotti.

Calvert Lewin merupakan pemain yang kini sudah mencetak 13 gol akan sangat teruja untuk memimpin pasukannya untuk kemenangan pertama mereka di derbyi Merseyside sejak 2010.

Sudah 21 kali percubaan untuk menang oleh Everton gagal dalam pertembungan ini.

Everton turut tersingkir dari Piala FA oleh pasukan muda Liverpool ketika mereka dalam prestasi terbaik.

Tidak ramai peminat Everton akan yakin dengan peluang mereka untuk menang ke atas pasukan Jurgen Klopp, tetapi Richarlison percaya mereka akan menang.

Baca yang lain