Riise Dan Smith Imbas Kembali Insiden Patah Kaki Di Anfield 2006

Kecederaan akan sentiasa menjadi perkara yang menakutkan bagi pemain bola sepak. Namun begitu, setiap pemain bola sepak juga sedar bahawa mereka akan terdedah kepada risiko kecederaan setiap masa.

Kecederaan ringan seperti kekejangan mungkin biasa, tetapi terdapat juga kecederaan serius yang boleh membunuh kerjaya pemain.

Salah seorang pemain yang mengalami kecederaan ngeri dalam bola sepak ialah Alan Smith. Dia mengimbas kembali detik di patah kaki Alan Smith 16 tahun lalu. Dan ianya kecederaan yang dianggap Sir Alex Ferguson sebagai antara yang paling teruk pernah disaksikannya.

Smith merupakan bintang utama Leeds yang sangat menarik perhatian kelab besar di Eropah. Namun ketika Leeds tersingkir pada 2004, kelab itu berdepan masalah kewangan. Smith memutuskan untuk menyertai Manchester United. Perpindahan yang agak kontroversi dengan mengambil kira Leeds dan United juga berseteru sama seperti Man United dan Liverpool.

Smith mengalami kecederaan dalam perlawanan Piala Liga Inggeris 2006 antara Manchester United vs Liverpool. Ketika itu, Man United datang ke Anfield dengan kekuatan terbaik. Bagaimanapun, perlawanan itu bertukar menjadi mimpi ngeri buat Red Devils, bukan hanya kerana kekalahan 0-1 kepada Liverpool.

Sebaliknya salah seorang pemain terbaik Red Devils pada masa itu, Alan Smith, mengalami patah kaki yang terpaksa menghalangnya daripada bermain bola sepak selama tujuh bulan.

Detik itu berlaku pada minit ke-88, Liverpool mendapat sepakan percuma dengan jarak kira-kira 30 meter dari gawang Man United. Sepakan percuma itu dilakukan oleh bek kiri Liverpool, John Arne Riise, yang terkenal dengan sepakan percuma yang sangat deras.

Alan Smith yang berada berhampiran bola menghalang sepakan keras dengan kaki kirinya. Tendangan misil yang sangat kuat betul betul terkena buku lalinya. Riise boleh dikatakan Roberto Carlos versi EPL dari segi kekuatan sepakan pada ketika itu.

Sir Alex Ferguson menyifatkan kecederaan itu sebagai salah satu ‘terburuk yang pernah dilihatnya’ dan beberapa rakan sepasukan Smith terganggu secara psikologi, dengan Ruud van Nistelrooy sangguo  melihat rakan sepasukannya itu. Manakala Cristiano Ronaldo pula kelihatan beremosi.

Dia dikeluarkan dengan penyokong kedua dua pasukan memberikan tepukan sebagai sokongan moral kepada Alan Smith. Walaupun ianya perlawanan antara 2 musuh tradisi, namun kecederaan seperti itu sentiasa berkaitan kemanusiaan.

Bekas pemain antarabangsa England itu terpaksa diletakkan 10 skru pada buku lalinya untuk kembali bermain selepas berehat tujuh bulan. Dia terus bermain hingga 2018 dan dalam temu bual dengan Daily Mirror, Smith mengakui bahawa dia masih merasakan kesannya beberapa tahun kemudian.

Dia berkata, sehingga ke hari ini dia masih tidak boleh berjalan seperti dulu. Dia masih merasai kesakitan itu.

Riise: Ianya hari paling teruk

Riise pula berkata: “Secara peribadi itulah penglaman paling buruk saya dalam perlawanan itu. Selepas tamat perlawanan saya pergi mendapatkannya, dan saya melihat kakinya tergantung. Kamu rasa sakit melihatnya dan rasa teruk sekali.”

“Dia diusung keluar padang manakala saya pula terpaksa meneruskan perlawanan. Itu perlawanan penting untuk kami. Namun sebaik sahaja perlawanan tamat saya terus bergegas ke bilik persalinan, mandi dan menghubunginya yang berada di hospital. Kami bercakap tentang apa yang telah berlaku.”

“Dia tahu, itu berlaku tanpa disengajakan. Namun pada masa yang sama saya nak pastikan dia tahu bahawa saya benar benar rasa bersalah. Jadi saya cuba mendapatkan nombornya dan terus menelefonnya,” kata Riise.

Smith menafikan bahawa ada peminat Liverpool membaling botol ke arahnya ketika dia diusung masuk ke ambulans.

Smith: Penyokong dan staf Liverpool sangat baik

Smith menganggap tuduhan bahawa peminat Liverpool membaling botol ketika dia diusung untuk masuk ke ambulans pada masa itu. Dan ianya adalah cerita rekaan. Smith malah menyatakan dia tak akan lupa dengan tepukan tangan dari Anfield dan staf kedua dua pasukan yang cuba sedaya upaya membantunya.”

“Ianya tak berlaku, penyokong masih ada di dalam stadium.”

“Saya kembali semula ke Liverpool beberapa tahun kemudian bersama Newcastle dan saya diberikan sambutan yang hebat.”

“Banyak sekali surat daripada peminat yang saya terima selepas kecederaan itu termasuk penyokong Liverpool. Dan staf perubatan Liverpool, mereka sangat sangat baik.”

Riise pula menegaskan bahawa, selepas insiden itu, dia mengambil masa yang lama untuk memujuk hatinya. Mental dan emosinya benar benar terganggu. Dan ianya mempengaruhi aksinya di atas padang.

“Itu hari yang malang buat saya, malam yang teruk, dan saya tak pernah berharap perkara seperti itu berlaku kepada mana mana individu,” kata Riise.

“Sangat sukar untuk menghadapi detik itu dengan fikiran saya bercelaru sepanjang hari dan sepanjang malam di rumah. Jelas sekali, esok pula kamu akan berdepan dengan cerita itu sekali lagi, kerana akhbar akan menulis tentangnya.”

“Tetapi akhirnya kamu terpaksa meneruskan sahaja tugasan kamu dengan bebanan di kepala, fokus sahaja kepada perlawanan seterunsnya,” tuntas Riise.

“Saya sentiasa mesej Alan dari masa ke masa untuk mengetahui keadaanya, dan mahu memastikan dia ok. Paling penting saya nak dia kembali sembuh.”

Alan Smith menambah: “Saya tahu kecederaan itu akan disentuh, sama ada saya dapat bermain atau tidak, itu kata pakar bedah.”

“Mudah sahaja untuk meninggalkan lapangan bola sepak dan orang akan mengingati kamu sebagai salah seorang pemain handalan EPL. Tetapi saya tak nak berhenti begitu sahaja, kerana saya sangat suka bermain bola sepak.”

“Cintalah yang membuatkan kamu sanggup menempuhi segala kesakitan. Mungkin selepas hari di Liverpool itu, orang tak akan tengok aksi terbaik kamu lagi. Adreanalin menyelubungi kamu dalam beberapa ketika. Ada perkara yang saya biasa buat kini saya tak mampu lakukan.”

Smith menyambung kariernya di United untuk bermain 18 perlawanan lagi pada musim berikutnya. Namun jelas sekali dia sudah tidak seperti dahulu.

Dia kemudian berdepan dengan beberapa siri masalah kecederaan lain. Dan Sir Alex Ferguson mulai menggunakannya sebagai pemain tengah.

Dia terpaksa meninggalkan Manchester United pada 2007 dan menyertai Newcastle. Dia bermain 94 perlawanan dan tidak dapat menjaringkan sebarang gol di sana.

Smith turut menderita satu lagi kecederaan buku lali. Namun mujur bukan daripada besi yang dipasang dalam kakinya kerana kecederaan di Anfield dahulu.

Smith kemudian menyertai kelab divisyen lebih rendah iaitu MK Dons dan Notts sebelum bersara pada 2018. Smith tak pernah kesal atau merungut dengan kariernya. Kerana dia sudah menikmati karier yang indah secara keseluruhannya.