Rio Ferdinand Akui Dilanda Sindrom Goyang Melampau Melihat Kejayaan Liverpool

Rio Ferdinand mengalami fobia dan ketakutan yang melampau berikutan fenomena Liverpool akan menguasai bola sepak dunia untuk masa yang lama.

Perkara itu biasalah. Sebab dia berjiwa United sejati.

Rio Ferdinand takut dengan tempoh dominasi dari pasukan Liverpool yang menurut beliau satu ‘fenomenal’.

Tidak ada perkara lain yang lebih menyakitkan berbanding melihat dan mengagumi kejayaan yang sedang dicapai oleh pasukan yang pernah menjadi rivalnya satu ketika dahulu.

Itu adalah luahan sendiri dari lagenda Manchester United itu. Beliau mengakui sangat menyakitkan hatinya apabila beliau tidak boleh berbuat apa-apa selain duduk dan mengagumi apa yang dicapai oleh saingannya yang hebat.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp berada di puncak untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang pertama sejak 30 tahun lalu. Bermaharajalela di puncak liga dengan 22 mata mendahului Manchester City.

Hanya enam lagi kemenangan yang diperlukan untuk Liverpool untuk merangkul lebih banyak trofi, selepas mendominasi bola sepak dunia dengan kejayaan Liga Juara-Juara musim lalu, Super Cup dan kemenangan Piala Dunia pada Disember lalu.

Tetapi menurut Ferdinand, ini mungkin permulaan.

“Anda perlu menghormatinya, saya fikir Liverpool telah melakukan pekerjaan yang luar biasa,” katanya, menurut sumber Mirror.

“Dalam dua tahun yang lalu, jumlah mata yang mereka telah kumpul sangat fenomenal. Mereka telah melakukannya, anda perlu mengagumi dan menghormatinya”.

“Anda tidak beruntung untuk memenangi liga, saya tahu menurut dari pengalaman, anda tidak perlu bernasib baik kerana anda cukup baik untuk memenangi liga dan Liverpool lebih baik daripada yang cukup terbaik”.

“Saya fikir bahagian Yang paling menakutkan untuk semua orang adalah Liverpool, tetapi bukan sekadar untuk hari ini, mereka akan berada di puncak untuk jangka masa panjang.”

Ferdinand juga mencadangkan bahawa kelab lain perlu melihat apa yang Reds lakukan dan belajar dari mereka tentang bagaimana mereka melakukan hingga berjaya ke tahap ini.

“Mereka kelihatan seperti sebuah pasukan yang sedang dibina untuk jangka panjang. Saya fikir pasukan lain, pemilik lain, boleh menjadikan apa yang dilakukan Liverpool sebagai panduan untuk mereka.” kata pundit Sukan BT.

“Mereka telah melabur dalam pengurusan mereka, mereka telah melabur dalam idea-ideanya. Semua pelaburan mereka membuah kan hasil dan mereka sentiasa peroleh kejayaan dari masa ke semasa.

“Mereka tidak berjaya dengan segera, tetapi kita perlu lihat usaha dan kerja keras mereka lakukan sejak empat atau lima tahun dahulu.

Kerana apa mereka capai sekarang bukan lah usaha baru tetapi ia adalah kerja keras yang memakan masa untuk peroleh kejayaan segemilang sekarang.

“Klopp diberi masa dan sumber yang sangat membantu dan sekarang trofi bakal memenuhi kabinet mereka.”

Sekiranya legenda Man United seperti Ferdinand dapat mengagumi apa yang dilakukan Liverpool, maka sudah pasti waktunya bagi yang lain untuk mengikuti dan fikir apa yang dikatakan oleh Ferdinand.

Anda mungkin tidak menyukainya, tetapi nampaknya Klopp sedang membina sebuah dinasti di Anfield dan benar-benar sukar untuk melihat sesiapa yang boleh menghentikan Reds daripada mendominasi untuk jangka masa yang lama.

Baca yang lain