Legenda Man United, Rio Ferdinand menyatakan bahawa beliau sudah lama tidak melihat Mesut Ozil tersenyum seperti semalam.
Ketika wisel penamat ditiupkan, Mikel Arteta meluru ke arah pada pemain dan meraikan kemenangan.
Ketika memeluk Mesut Ozil, jelas sekali pemain itu sangat gembira dan tersenyum.
Ferdinand memberikan kredit kepada Mikel Arteta kerana mengembalikan semula senyuman pada wajah Mesut Ozil yang menurut Ferdinand, susah lama beliau tak nampak.
Lantas Ferdinand menyatakan: “Ketika tamat perlawanan, Mikel Arteta meraikan bersama para pemain.”
“Pada gambar yang kita sedang lihat ini adalah ketika Arteta masuk ke padang.”
“Saya sudah sekian lama tidak melihat Ozil senyum seperti itu dalam masa 18 bulan lalu.”
Ferdinand menyatakan itu adalah isyarat jelas bahawa pemain itu kembali menikmati atmosfera di Arsenal.
“Itu memberitahu kamu bahawa beliau gembira, menikmati sesi latihan. Dan menikmati detik dia bermain.”
Mesut Ozil antara pemain yang cemerlang ketika Arsenal menang 2-0 ke atas Manchester United.
Beliau menjadi nadi yang menggerakkan bahagian tengah pasukan Arsenal. Melakukan beberapa hantaran penting di zon serangan.
That winnin' feeling 🙌🏼😀 #letskeepthisgoing #YaGunnersYa #M1Ö @arsenal pic.twitter.com/spMq7dx0BR
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) January 1, 2020
Pemain yang seringkali dikaitkan dengan malas itu, semalam telah menjadi pemain paling jauh jarak jelajahan di atas padang. Mengatasi Lucas Torreira, Pierre-Emerick Aubameyang dan juga Granit Xhaka.
Ozil berlari sejauh 11.53 km di atas padang. Lebih 100 meter mengatasi Lucas Torreira.
Selain itu Mesut Ozil paling banyak melakukan recovery dalam perlawanan ini.
Mesut Özil made the most ball recoveries (10) of any player on the pitch tonight.
“Lazy” 🤪 pic.twitter.com/h0EQndj2pq
— MÖS (@MesutOzilStats) January 1, 2020
Jelas sekali Mesut Ozil mampu untuk menjadi pemain yang bagus ketika bertahan.
Sebelum ini Mikel Arteta sudah menyatakan pendirian beliau tentang Mesut Ozil. Di mana Arteta menganggap bekas pemain kebangsaan Jerman itu sebagai pemain penting dalam projek beliau.
Ozil turut dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Arsenal. Namun jelas pemain itu sedang dalam proses untuk menikmati semula bola sepak di Arsenal.
Arsenal menang 2-0 semalam hasil jaringan Nicolas Pepe dan juga Sokratis. Kedua dua jaringan dilakukan pada separuh masa pertama.
Manchester United gagal mempamerkan aksi terbaik mereka. Kesannya mereka mempersia siakan peluang untuk merapati tempat 4 teratas. Ini selepas Chelsea dan Spurs masing masing keciciran mata dalam sepak mula lebih awal.
Arsenal berjaya naik ke top half / 10 teratas dalam carta liga. Ini merupakan kemenangan pertama Mikel Arteta sebagai pengurus The Gunners.
Kemenangan ini pastinya lebih bermakna kerana menang ke atas Man United. Sebelum ini Arsenal tumpas di tangan Chelsea salam aksi derbi London.
Lantas kemenangan ini sangat penting dalam menaikkan semula motivasi para pemain dalam pasukan Arsenal. Ini juga diharap membantu untuk memperbaiki momentum mereka dalam carta liga.
Ole Gunnar Solskjaer jelas kecewa dengan prestasi pasukannya pada hari ini yang gagal menunjukkan aksi lebih tajam di hadapan gol.