Penulis terkenal JK Rowling semalam trending, kali ini bukan sebab Harry Potter tetapi sebab hashtag #RIPJKRowling.
Adakah dia dah mati?
Sebenarnya kempen RIP JK Rowling dilancarkan oleh pendukung ekualiti gender yang kecewa dengan isi novel terbaruk Rowling berjudul
“Troubled Blood” yang baru dikeluarkan.
Jalan ceritanya adalah tentang seorang pembunuh lelaki yang berpakaian seperti wanita untuk membunuh kesemua mangsanya. Lalu mereka mempertikaikan kenapa jalan cerita mesti tentang lelaki memakai pakaian wanita? Dan berimej wanita? Mereka mengaitkan ia seolah olah penghinaan kepada mereka yang transgender.
Ada juga yang mempertahankan JK Rowling menyatakan, dah jalan cerita dia macam tu, nak buat macamana? Seorang pembunuh yang melakukan apa saja nak menutup identitinya.
JK Rowling's latest book is about a murderous cis man who dresses as a woman to kill his victims https://t.co/LfryjntLzk
— PinkNews (@PinkNews) September 14, 2020
Sehari sebelum buku tersebut dikeluarkan, para peminat dan warganet yang menyokong kebebasan gender sudah mengecam Rowling yang membuat komen menyinggung perasaan mereka yang transgender.
Maka berpusu pusu netizen di barat melancarkan kempen ‘mengebumikan’ JK Rowling dengan hashtag #RIPJKRowling.
Ianya telah menjadi trending. dan turut membuatkan ramai yang terkeliru tentang apa sebenarnya sudah berlaku. Adakah JK Rowling sudah meninggal dunia?
Seorang pejuang LGBTQ berkata: “Dalam ingatan kami semua – JK Rowling, dia tidak meninggal dunia, tetapi dia membunuh kariernya sendiri dengan angkuhnya membenci golongan trans, dan tidak ada orang yang akan merinduinya lagi.”
in memory of jk rowling. she ain’t dead, but she killed her own career by proudly hating trans people & no one would really miss her that much anyway #ripjkrowling pic.twitter.com/H6akxK0cVv
— patback (@memeforhire) September 14, 2020
Ramai mulai menulis: #RIPJKRowling she [ain’t] dead but her career is (bersemadi dengan tenang JK Rowling, dia tak mati, tetapi kariernya yang mati).”
Best part of this hashtag is how at the top twitter lets you know from the rip “no, JK Rowling is not dead” lmfao she might not be dead but after seeing the top line I am.
Real life people finally caught on that twitter be killing people murderin online daily pic.twitter.com/Kts23OQgbW
— FRESH_the_CHEF (@FRESHtheCHEF1) September 14, 2020
Seorang lagi menulis: “Kau bayangkan kena kensel teruk, sampaikan kami berpura pura bahawa kamu sudah mati.”
“Troubled Blood” mengisahkan seorang penyiasat Cormoran Strike, telah menyiasat satu kes yang melibatkan seorang pembunuh berjantina lelaki ketika lahir.
Dia telah menjadi pembunuh bersiri yang membunuh mangsa perempuan.
Pada Jun lalu, JK Rowling membuatkan ramai transgender kepanasan. Ini selepas dia mengecam mereka yang sanggup mengubah fizikal mereka demi menjadi orang dengan jantina yang baru.
JK Rowling trending after an early review of her new book by @Telegraph reveals it follows a male “serial killer” who disguises himself as a woman to kill victims.
This follows a long series of tweets from Rowling speaking out against the transgender community. pic.twitter.com/DPMbJSEdPw
— Pop Crave (@PopCrave) September 14, 2020
“Saya agak risau tentang ledakan budaya di mana semakin ramai wanita muda berharap dapat bertukar jantina menjadi lelaki. Dan pada masa yang sama, ramai juga mereka yang mahu kembali semula menjadi wanita, kerana mereka menyesal dengan langkah yang mereka ambil.”
“Dalam beberapa kes, ada yang mengubah badan mereka yang tidak boleh disembunyikan daripada orang lain, dan membuang rahim mereka.”
JK Rowling dituduh h*m*fobik
Di Kanada, papan tanda Saya Sayang JK Rowling terpaksa diturunkan selepas dirosakkan dengan dibaling cat.
Walaupun begitu, JK Rowling tetap menguasai carta dalam jualan buku seperti biasa.
Di mana buku kontroversinya itu berada di tangga teratas untuk buku paling laris di Amazon.
I love how RIP JK Rowling is trending, and yet her newest book is a #1 bestseller on Amazon while everyone on Twitter celebrates the death of her career.
Just goes to show a lot of the world doesn't GAF about Twitter drama. pic.twitter.com/X0tR8RPgP2
— practicing spectralist (@coaxialcreature) September 14, 2020
Jadi korang macamana?