Risau Ancaman TikTok, Zuckerberg Bertekad Mahu Kurangkan Golongan Boomers Di Facebook

CEO Facebook Mark Zuckerberg kini sedang resah memikirkan platform media sosial miliknya yang semakin dimamah penuaan.

Lantas beliau telah mengumumkan langkah untuk merevolusi semula Facebook dari segi beberapa ciri baharu agar ianya lebih digemari golongan muda dan mengurangkan pengguna daripada golongan tua ataupun boomers.

Korang mesti selalu mendengar generasi hari ini berkata: “OK Boomer“. Ianya adalah satu kata kata sinis kepada generasi Baby Boomers yang dianggap menyebalkan.

Apa itu baby boomers?

Baby Boomers merupakan generasi yang lahir pada tahun 1946-1960 ataupun selepas perang dunia kedua. Mereka lahir di era sebelum era moden. Mereka banyak melalukan pekerjaan sukar tanpa bantuan teknologi seperti hari ini.

Itu yang membuatkan mereka merasakan bahawa mereka adalah generasi mereka memiliki sifat kompetitif berbanding dengan generasi lain.

Mereka juga selalu menggunakan ayat keramat, ‘kami makan garam dulu’ untuk memancung sebarang perdebatan.

Generasi baby boomers ini adalah generasi yang mementingkan pencapaian, sangat dedikasi dan sangat mementingkan karier. Mereka juga disebut sebagai golongan workaholic.

Namun sifat yang selalu ada pada mereka adalah sukar menerima kritikan, tetapi suka mengkritik generasi muda dengan membandingkan dengan mereka pada masa muda.

Mereka inilah yang sedang menguasai Facebook pada ketika ini. Itu Mark yang cakap la, bukan aku.

Retooling untuk generasi muda dan pinggirkan boomers

Facebook ini memfokuskan untuk menjadikan platform itu lebih mesra kepada pengguna berusia 18-29 tahun berbanding dengan golongan pertengahan dan warga emas.

Dan mereka risau Facebook akan dipalau oleh golongan remaja seleaps ini.

Ini kerana sebelum ini media sosial seperti MySpace pernah mati kerana pengguna muda beralih ke Facebook pada satu ketika dahulu dan tinggal hanya golongan berusia kekal di sana.

Salah satu daripada langkah yang mahu diambil Facebook adalah mewujudkan platform ala TikTok yang kini sedang menuai pengguna muda yang baharu saban hari.

Facebook sangat sedar akan pesaing mereka seperti TikTok yang semakin digilai golongan muda. TikTok merupakan platform media sosial berbentuk perkongsian video pendek yang menarik.

Selain itu, TikTok menawarkan banyak fungsi lain seperti filter dan tools yang membolehkan pengguna mereka mudah untuk menyunting video mereka.

Oleh sebab itu, Mark Zuckerberg memanggil langkah baharu ini sebagai retooling. Ataupun memperkakas semula aplikasi Facebook yang sedia ada.

Dalam bahasa kasarnya, selepas ini Zuck mahu mengubah Facebook supaya pak cik dan mak cik susah nak pakai dah. Jahat betul si Zuck ni.

Risau ancaman TikTok

Menurut Insider, Facebook merasakan bahawa TikTok kini merupakan hotspot untuk Gen-Z berbanding dengan Facebook yang berdepan dengan isu penggunanya yang semakin lama semakin tuan. Dan kurangnya pengguna baharu daripada golongan muda.

Facebook masih berusaha untuk menjaga golongan dewasa di platform mereka dan pada masa mencari cara untuk menarik lebih ramai golongan remaja agar menjadi pengguna aktif perkhidmatan mereka.

Mark Zuckerberg malah menggelar remaja merupakan golongan ‘north star’ di mata Facebook pada ketika ini.

Satu bancian yang dibuat oleh Piper Sandler baru baru ini menyatakan bahawa, pengguna Instagram dari kalangan remaja rata rata memiliki Facebook.

Namun tinjauan yang sama mendapati, 81% daripada remaja ini menggunakan Instagram, angka tertinggi berbanding dengan 6 platform yang dibanci oleh mereka.

77% pula menggunakan Snapchat, manakala 73% lagi menggunakan TikTok. Hanya 27% sahaja remaja kini aktif menggunakan Facebook walaupun ramai antara mereka ada Facebook.

Facebook kini dianggap menjadi sarang kepada boomers. Di mana ianya mencatatkan 71% pengguna Boomers pada 2020.

Semakin tinggi golongan boomers ini di Facebook semakin sukar untuk mereka menarik syarikat yang mahu mengiklankan produk di platform mereka.

Selain itu, kajian yang sama menyebut, sikap boomers ini di Facebook juga antara golongan yang membuatkan semakin ramai remaja dan golongan muda menjauhi Facebook dan beralih ke platform lain.

Ada pro dan kontranya juga. Di mata Zuckerberg dia melihat golongan muda sebagai sumber duit dia menerusi transaksi digital dan juga menarik pelabur serta iklan.

Namun, sebagai pengguna, ramai kita ok je dengan boomers ni di Facebook. Seronok kot tengok emak, ayah, pak cik, mak cik kita di Facebook, kongsi gambar buat kenangan, terutama sekali apabila mereka sudah tiada kelak.

Tapi itu kita yang fikir macam tu. Zuck ni mentaliti dia fikir duit dan kelestarian hayat Facebook. Dia tak mahu Facebook ni mati macam MySpace dan platform media sosial lain kerana ramai sangat generasi muda beralih ke platform lain.

Dia tahulah, sebab dia yang tarik orang muda dulu ke Facebook dulu kan.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan