Risau Dengan Keselamatan Pemain Punca FIFA Tambah Kuota Pasukan Dan 5 Pertukaran

Sebelum pandemik melanda dunia, bola sepak dimainkan dengan beberapa peraturan yang berbeza. Antara ialah pemain gantian. Di mana hanya 3 pertukaran sahaja dibenarkan.

Namun selepas pandemik melanda, FIFA memutuskan untuk melaksanakan peraturan 5 penggantian dibenarkan untuk satu pasukan dalam setiap perlawanan.

Walaupun dibenarkan memasukkan 5 pemain gantian, namun penggantian itu harus dilakukan hanya 3 kali sahaja.

Faham ke tak?

Macam ni, sesebuah pasukan itu tidak boleh meminta pengadil menghentikan permainan sebanyak 5 kali kerana nak masukkan seorang seorang pemain dalam satu masa.

Kalau ini berlaku, maka akan ada pasukan menggunakan peraturan yang dianggap membantu ini menjadi peraturan untuk diambil kesempatan bagi melengahkan perlawanan.

Jadi, 5 pemain itu hanya dibenarkan dimasukkan dalam 3 sesi pertukaran paling maksimum untuk satu pasukan.

IFAB dalam kenyataannya berkata: “Untuk kesemun kompetisi yang sudah dimulakan atau baru akan dimulakan, tetapi dijadualkan selesai 31 Disember 2020, IFAB bersetuju dengan proposal FIFA untuk membuat pindaan sementara di aturan nombor 3 – pemain, yang mengizinkan pergantian maksium lima pemain untuk setiap pasukan.”

“Meski demikian, agar tidak mengganggu kelancaran perlawanan, setiap pasukan hanya memiliki tiga kali kesempatan untuk pergantian pemain.”

Kenapa 5 pertukaran?

FIFA mendengar luahan daripada jurulatih di seluruh dunia. Dengan jadual latihan yang sudah berubah. Di mana ramai pemain yang ketika itu kurang aksi bola sepak, ianya akan mempengaruhi kecergasan pemain.

Seterusnya, para pemain juga akan bermain dalam jadual yang padat dan tidak menentu.

Pemain profesional memang memerlukan minit perlawanan dan latihan yang banyak tetapi bukanlah sampai melampau.

Oleh sebab itu, dengan perubahan pada beberapa rutin latihan termasuk menjangkakan ada pemain yang terpaksa dikuarantin, maka peraturan 5 sub ini diharap boleh membantu.

Ini juga ditambah dengan jadual yang sangat ketat dan padat selepas liga disambung semula untuk memastikan musim ditamatkan dengan sebaiknya.

Jadi, jadual yang terlalu padat ini akan memberikan impak kepada pemain. Dan mendedahkan mereak kepada risiko kecederaan fizikal.

Peraturan pertukaran 5 pemain ini kemudiannya dilanjutkan oleh FIFA lagi untuk musim ini. Hal ini kerana ada banyak negara yang masih bergelut dengan pandemik pada hari ini.

Ramai pengurus setuju dengan peraturan ini. Kerana mereka tidak mahu meletakkan nyawa pemain mereka sebagai taruhan hanya kerana bola sepak.

Latihan yang tidak menentu, rehat yang tidak menentu seperti sebelum ini, ada kalanya terlalu pendek dan ada kalanya rehat terlalu panjang membuatkan kondisi pemain sangat sukar untuk diuruskan pada musim pandemik ini.

Jadi, mereka akan terdedah kepada bahaya yang lebih besar jika tidak diuruskan dengan sebaiknya.

Bukan itu sahaja, water break pada setiap babak juga diperkenalkan. Ini untuk membantu pemain dari segi kecergasan.

Dalam beberapa kejohanan antarabangsa, penganjur menambah had maksimum pemain yang dibawa ke kejohanan.

Euro 2020, UEFA membenarkan pasukan mendaftarkan 26 pemain berbanding 23 pemain seperti sebelum ini.

Ini kerana UEFA mengambil kira soal kebenaran 5 pemain gantian yang boleh digunakan. Bermakna, mereka boleh menambah lagi saiz pasukan.

Selain itu, terdapat maksimum 18 pemain dibenarkan berada di bangku simpanan untuk digunakan apabila diperlukan.

Daripada 24 negara bertanding di Euro tempoh hari, hanya Sepanyol sahaja memutuskan menggunakan 24 pemain sahaja. Cuma tambah seorang daripada kuota sebelum ini. Dan negara negara lain memaksimumkan 26 pemain.

Alasan Enrique adalah kerana beliau sudah mempunyai pasukan yang cukup bagus untuk beraksi dalam Euro.

Dalam pertandingan Piala AFF 2020, AFF memutuskan untuk membenarkan pendaftaran 30 pemain kerana mengambil kira situasi pandemik.

Agar ianya membantu pasukan dari segi pengurusan kecergasan pemain dan pada masa yang sama, membantu menangani impak kalau ada pemain yang terkena wabak dan dikuarantin.

 

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan