Risau Disailang Chelsea, Bayern Segerakan Urusan Penanatanganan Kompany

Bayern Munich dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Vincent Kompany untuk menjadi pengurus baharu kelab itu.

Kini kelab Jerman itu perlu berunding harga pampasan kontrak dengan Burnley.

Bayern sebelum ini beberapa kali kecewa dalam usaha mereka mendapatkan pengganti Thomas Tuchel. Di mana calon seperti Xabi Alonso dan Ralf Rangnick enggan meninggalkan jawatan semasa mereka.

Sementara itu, Julian Nagelsmann juga tidak mahu kembali ke Bayern. Tuchel sendiri menjadi salah satu opsyen Bayern yang cuba memujuk dia kekal sehingga 2025 – tempoh tamat kontrak semasa beliau.

Namun Tuchel enggan kerana Bayern tidak mahu menuruti syaratnya yang meminta lanjutan kontrak sekurang kurangnya sehingga 2026.

Bayern mulai mengecilkan skop mereka kepada beberapa nama pengurus di EPL. Ini termasuk Kompany, De Zerbi dan Thomas Frank.

Nama Erik Ten Hag turut dibincangkan oleh Bayern. Kerana dia pernah menjadi pembantu Guardiola di Bayern pada satu masa dahulu. Namun tiada sebarang kontak dibuat antara mereka.

Bayern menghubungi 2 calon utama mereka selepas itu iaitu Kompany dan Thomas Frank. Kompany menyatakan dia berminat untuk menyertai Bayern Munich.

Rundingan rasmi pertama dibuat pada Isnin lalu menurut sumber Fabrizio Romano.

Rundingan dengan Kompany lancar. Bayern dan Kompany mencapai kesepakatan verbal untuk bekerjasama. Bayern akan menghantar delegasi mereka ke Burnley untuk berunding dengan Alan Pace – pemilik Burnley – pada Rabu ini.

Menurut The Guardian, kesepakatan bakal dicapai minggu ini juga. Kerana Bayern tidak mahu melengahkan perkara itu. Lebih lebih lagi selepas mereka menamatkan musim tanpa sebarang piala.

Kompany menjadi antara pengurus yang dipuji media Inggeris ketika membantu Burnley layak ke EPL dari Liga Kejuaraan beberapa tahun lalu. Dia menerapkan falsafah ala Guardiola ketika itu.

Namun di EPL dia tidak memiliki skuad yang benar benar berkualiti untuk bersaing. Dia membelanjakan hampir €100 juta pada musim kepulangan ke EPL namun gagal untuk terus kekal di EPL.

Kompany sebelum ini dikatakan kecewa kerana scouting Burnley yang tidak cukup bagus untuk membantunya. Dia mahu membentuk pasukan yang berasaskan permainan menyerang.

Di Anderlecht dia berjaya membentuk skuad yang bermain dengan intensiti dan gaya permainan progresif. Gaya kepimpinannya dikatakan mirip kepada Pep Guardiola. Dia sendiri mengakui dia terpengaruh dengan cara Guardiola.

Bayern juga percaya Kompany turut menjadi antara sasaran Chelsea itulah sebabnya mereka mahu memuktamadkan perjanjian dengan segera.

Menariknya Vincent Kompany kini sedang menuju Bayern daripada kedudukan ke-19 EPL musim ini.