FIFA risau dengan jualan tiket Piala Dunia Kelab 2025 tak laku. Lalu FIFA mahu melaksanakan sistem ganjaran kepada pembeli tiket Piala Dunia Kelab.
FIFA benar benar berharap Piala Dunia Kelab 2025 stadium sentiasa penuh. Tetapi buat masa ini FIFA masih bimbang tidak dapat melakukannya.
Lantas FIFA mahu menyediakan ganjaran khas buat peminat yang membeli tiket perlawanan Piala Dunia Kelab nanti.
Di mana peminat yang membeli 20 tiket untuk Piala Dunia Kelab, mereka akan diberikan jaminan untuk mendapatkan tiket dalam perlawanan Piala Dunia 2026.
Langkah ini diharap akan dapat membantu menaikkan lagi sambutan peminat ke atas Piala Dunia Kelab 2025.
FIFA menganjurkan Piala Dunia Kelab 2025 dengan format baharu. Dan menawakan hadiah wang tunai yang sangat besar.
Apa yang membimbangkan FIFA adalah sambutan hambar peminat ke atas kejohanan itu nanti. Di mana FIFA mengumumkan hadiah terkumpul adalah sebanyak U$D1 billion sahaja.
FIFA memberikan jaminan $525 juta adalah bonus sah akan dapat dibahagikan kepada semua pasukan betanding. Namun pembahagiannya adalah berbeza mengikut pasukan.
Pasukan besar seperti Real Madrid dan beberapa pasukan besar eropah lain akan menerima $38.19 juta bonus penyertaan. Sementara kelab Auckland City akan menerima USD3.56 juta.
$475 juta lagi akan diperoleh oleh pasukan menerusi perlawanan yang mereka mainkan. $2 juta bonus untuk juara kumpulan. $7.5 juta untuk bermain di pusingan 16 akhir. $40 juta adalah untuk pasukan yang bermain di final di MetLife Stadium, New York.
FIFA sudah mempersembahkan trofi Piala Dunia Kelab di pejabat Presiden Trump.
FIFA sudah memberikan amaran kepada semua pasukan agar menghantar pasukan utama mereka untuk pertandingan itu. Atau mereka akan berdepan tindakan tatatertib.
Ini selepas beberapa kelab besar eropah membayangkan mungkin terpaksa menghantar pasukan yang tidak penuh dan dicampur dengan pasukan remaja. Memandangkann jadual bola sepak eropah yang sangat padat dengan format baharu kejohanan eropah peringkat kelab, serta jadual minggu antarabangsa yang memenatkan.
Beberapa pemain seperti Rodri, sebelum ini sudah mengkritik jadual bola sepak FIFA dan UEFA yang dianggap sangat memudaratkan pemain.
FIFA juga disindir ramai pihak kerana sebelum ini menentang format Liga Super Eropah. Dan kemudian mewujudkan pertandingan Piala Dunia Kelab yang mirip format liga tersebut dengan menawarkan pembahagian wang yang besar.