Rivaldo: Messi Perlukan Neymar Bukannya Lautaro Martinez

Legenda Brazil dan Barcelona, Rivaldo kecewa apabila mendengar Barca dikaitkan dengan Lautaro Martinez.

Ini kerana menurut Rivaldo, keutamaan Barcelona sepatutnya membawa pulang Neymar dan bukannya membeli Lautaro Martinez.

Bagi Rivaldo, Barcelona seharusnya leih serius dalam usaha menggabungkan semula Lionel Messi dan Neymar di dalam satu pasukan.

Ini kerana ketika ini, Messi lebih memerlukan pemain seperti Neymar berbanding dengan pemain yang masih dalam pembangunan karier – Lautaro Martinez.

Neymar nak pulang

Barcelona sebelum ini cuba untuk membawa masuk semula Neymar dari PSG. Namun kelab Perancis itu tidak mahu bayaran ansuran. Mereka mahukan sekurang kurangnya €180 juta untuk bayaran pertama dan tambahan bonus sehingga €42 juta lagi.

Ini kerana PSG membayar €222 juta kepada Barcelona pada 2017 untuk membeli Neymar.

Barcelona berhadapan dengan kekangan untuk membeli Neymar kerana sudah berjanji dengan Griezmann akan membawa masuk pemain itu.

Barcelona membayar sekitar €120 juta untuk membawa Griezmann.

Jika mereka mendapatkan Neymar dengan bayaran yang tinggi, maka mereka akan melanggar financiaal fairplay.

Tetapi Barcelona masih cuba berusaha untuk membawa Neymar selepas bintang samba itu merengek mahu pulang semula ke Barcelona.

Neymar mengangggap Barcelona sebagai rumahnya. Pada pra musim lalu Neymar tidak sehaluan dengan pemilik PSG, Nasser Al Khelaifi.

Ini selepas Nasser dengan terang terangan menyatakan PSG tak akan melayan pemain bersikap diva lagi selepas itu, dipercayai ditujukan kepada Neymar.

Nasser turut meminta pemain diva tersebut mengikut Mbappe yang tidak banyak songeh.

Tetapi usaha membawa Neymar itu gagal dan pemain itu akhirnya menyatakan beliau fokus kepada PSG sepenuhnya. Neymar diboo peminat PSG dalam beberapa perlawanan awal musim.

Rivaldo mahu Neymar jadi keutamaan

Selain daripada Neymar, Barcelona mulai dikaitkan dengan Lautaro Martinez dari Inter Milan.

Di mana mereka mahu mencari pengganti Luis Suarez yang sudah semakin berusia.

Rivaldo menyatakan: “Khabar angin semakin bertiup kencang menyatakan Barcelona semakin giat memburu Lautaro Martinez pada jendela perpindahan yang akan datang.”

“Walaupun penyerang muda Argentina itu pemain yang bagus, namun saya hanya hanya melihat Neymar, antara nama yang mampu untuk terus berada dalam kesebelasan utama di samping Messi.”

“Imbas kembali beberapa musim kebelakangan ini, ada ramai pemain yang mahal gagal untuk bermain bergandingan dengan Lionel Messi – dan gagal untuk menepati ekspektasi.”

“Namun berbeza dengan Neymar – seperti Luis Suarez – antara beberapa pemain di dunia ini yang tidak merasai tekanan ketika di atas padang, sentiasa bermain dengan personaliti yang pelbagai.”

“Beliau tak pernah takut dan ianya akan menjadi opsyen yang paling selamat. Sementara Martinez masih muda, pemain yng berbakat dan mungki dalam dua atau tiga tahun lagi baru dia boleh menjadi pembelian yang berbaloi.”

“Jadi, buat masa ini, saya berpendapat kelab harus mengutamakan pembelian Neymar. Saya peminat Neymar dari segi kualiti dan personaliti.”

Neymar sudah berubah dan semakin matang

“Dan saya sedar, kritikan ke atas Neymar daripada penyokong Barcelona kerana cara dia keluar dari kelab sebelum ini.”

“Tetapi hakitanya adalah sebaliknya. Kerana Neymar sekarang sudah menjadi pemain yang berbeza. Beliau akan menjadi pemain yang bagus untuk membantu Messi dan rakan rakan dalam usaha untuk memenangi semula Champions League.”

Baca yang lain