Riyad Mahrez Bukan Kahwin Baru Tetapi Kahwin Kali Kedua, Tahun Depan Kahwin Lagi

Riyad Mahrez telah membuatkan ramai tertanya tanya, adakah dia bercerai sekali lagi? Sebelum ini Mahrez sudah dua kali berkahwin.

Isteri terdahulunya ialah Rita Johal. Namun pasangan itu hanya bertahan 6 tahun dan bercerai.

Riyad kemudian berkahwin dengan Taylor Ward anak kepada Dawn Ward, bintang The Real Housewives of Cheshire.

Taylor Ward sebelum ini dilaporkan pernah menjadi pasangan kekasih Sergio Aguero selepas dia putus dengan seorang lagi pemain bola sepak iaitu Mason Holgate.

Taylor Ward memang sukakan pemain bola sepak. Sama macam ibunya yang turut berkahwin dengan bekas pemain bola sepak iaitu Ashley Ward.

Taylor Ward dan Riyad Mahrez melangsungkan upacara nikah pada tahun lalu selepas bertunang pada 2021 selepas bercinta selama hampir dua tahun.

Dan pada semalam, kedua dua pasangan itu mengadakan satu lagi upacara perkahwinan untuk menyatakan sumpah setia mereka sekali lagi.

Jadi, isteri yang dia kahwini semalam itu masih lagi Taylor Ward. Upacara perkahwinan mereka dilangsung di London. Mereka menjemput kenalan dan keluarga mereka.

Menurut laporan, kedua dua pasangan itu sudah merancang untuk duduk di atas pelamin sebanyak 3 kali. Dan tahun depan mereka akan mengadakan majlis perkahwinan mereka buat kali ketiga.

Riyad Mahrez musim ini menyertai Al Ahli selepas meninggalkan Manchester City. Dia menjadi tonggak penting City sejak menyertai kelab itu dari Leicester.

Dia turut membantu City menjuarai treble pada musim lalu.