Riyad Mahrez Tak Sertai Liverpool Kerana Salah

Riyad Mahrez akhirnya mendedahkan tentang rumors yang mengaitkan beliau dengan beberapa kelab pada satu ketika dahulu.

Tidak disangka sangka pemain antarabangsa Algeria itu sebenarnya hampir menyertai Liverpool walaupun hangat dikaitkan dengan Arsenal.

Selepas Mahrez mengumumkan beliau tidak akan melanjutkan kontrak bersama dengan Leicester, banyak sekali kelab yang berminat mendapatkan khidmat beliau.

Ini termasuk Liverpool yang ketika itu sudah mengorak langkah mendapatkan Mahrez.

Mahrez menyatakan beliau hampir sahaja menjadi pemain yang bermain di sayap kiri Liverpool, berbanding dengan Mo Salah.

Namun Mahrez menyatakan beliau terpaksa melupakan Anfield selepas Liverpool mendapatkan Mohamed Salah. Lalu menyertai Man City.

Bercakap kepada BeIN, Mahrez berkata: “Sebelum saya menandatangani kontrak dengan Manchester City, Liverpool berminat mendapatkan saya.”

“Namun sejurus selepas mereka mengesahkan bahawa mereka sudah mendapatkan Mohamed Salah, maka semuanya berakhir.”

Salah satu sebab Liverpool mendapatkan Salah adalah kerana faktor harga. Di mana Mo Salah dibeli dengan harga hanya £35 juta. Sedangkan Leicester meminta £65 juta, hampir dua kali ganda daripada harga Salah.

Harga Mahrez melonjak naik kerana beliau pernah memenangi Pemain Terbaik PFA pada 2016, selepas membantu Leicester melakukan kejutan terbesar dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Liverpool pada awalnya dianggap agak gamble dalam mendapatkan Mohamed Salah yang sebelum itu gagal teruk di EPL berbanding dengan Riyad Mahrez.

Mahrez tetap menikmati detik di Man City walaupun statusnya tidak segah di Leicester selaku pemain bintang utama pasukan.

Seterusnya, Riyad Mahrez mencadangkan agar kejohana Negara Afrika dianjurkan 4 tahun sekali berbanding dengan 2 tahun sekali.

Dan beliau menyatakan dia sangat suka dengan Mesir, di mana negaranya tidak terlalu panas.

Mohamed Salah menikmati musim musim yang cemerlang sejak hari pertama beliau menyertai pasukan Liverpool.

Salah juga menjadi salah seorang penggempur yang cemerlang di EPL.