Roadmap Florentino Perez Jadi Punca Dia Kekal Di Leverkusen

Xabi Alonso lebih berminat untuk menyertai Real Madrid berbanding Bayern Munich atau Liverpool.

Menurut laporan Relevo, keputusan Xabi Alonso untuk kekal di Bayer Leverkusen musim hadapan ada kaitan dengan hala tuju atau roadmap Real Madrid di bawah Florentino Perez.

Di mana Perez memang sudah merancang mahu membawa masuk Xabi Alonso sebagai pengganti Carlon Ancelotti pada masa akan datang.

Perancangan itu dibuat Perez sebelum Xabi Alonso menunjukkan prestasi luar biasa musim ini lagi. Boleh dikatakan, ketika Xabi Alonso bersama dengan skuad pembangunan Real Sociedad B lagi, Florentino Perez banyak mendapat laporan tentang kehebatan Alonso sebagai pengurus. Alonso kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pengurus Real Sociedad yang utama.

Namun Real Madrid bukan merancang untuk membawa masuk Alonso musim hadapan. Kerana buat masa ini mereka masih percayakan Carlo Ancelotti.

Keputusan Xabi Alonso, 42, terus kekal di Bayer Leverkusen sangat menyenangkan hati Florentino Perez dan Real Madrid. Kerana percaya pengurus itu berada di tempat yang tepat untuk membangunkan potensi dirinya.

Dia berjaya mengubah Bayer Leverkusen menjadi pasukan digeruni sejak mengambil alih jawatan di kelab Jerman itu pada Oktober 2022. Menukar mereka daripada pasukan bergelut zon penyingkiran kepada pasukan pesaing kejuaraan liga musim ini.

Ketika artikel ini ditulis, Bayer Leverkusen 13 mata di atas Bayern Munich dan hanya memerlukan 3 kemenangan sahaja lagi untuk bergelar juara Jerman.

Xabi Alonso menjadi sasaran Bayern Munich dan Liverpool yang akan kehilangan pengurus semasa mereka pada akhir musim ini. Namun Alonso lebih berminat untuk menyertai Real Madrid yang mahu membawanya masuk semula ke kelab itu menggantikan Carlo Ancelotti yang kontraknya akan berakhir pada Jun 2026.

Florentino Perez menjadi faktor terkuat untuk menarik minat Alonso ke kelab itu. Dengan Alonso dikenalpasti sebagai pengurus yang mampu membangunkan bakat bakat muda yang ditandatangani Real Madrid dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Alonso pernah bermain untuk Real Madrid selama enam musim dengan 236 penampilan. Mourinho pernah melabel Alonso bakal menjadi pengurus yang hebat kerana dia adalah adunan pengurus yang memahami kehendak taktikal klasik dan moden.

Menurut Relevo, Perez benar benar suka gaya taktikal moden diterapkan Xabi Alonso dalam skuad Real Madrid.

Alonso beberapa hari lalu menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di Bayer Leverkusen dan meneruskan projek yang sedia ada di bawah kendaliannya.

Laporan Fabrizio Romano menyebut bahawa, klausa pelepasan Xabi Alonso akan teraktif pada akhir musim hadapan dengan nilai sekitar £15 juta.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi