Pengurus Brighton Roberto De Zerbi ada mesej jelas kepada FA Jepun / JFA di mana ayam tambatan mereka Kaoru Mitoma tidak boleh bermain Piala Asia 2023 yang akan datang.
Hal ini kerana pemain itu masih perlu berehat dan menjalani pemulihan daripada kecederaan. Ianya bakal menjadi tamparan hebat buat skuad Samurai Biru yang mahu mempertaruhkan nama nama seperti Mitoma dan Takefusa Kubo di serangan,
Bercakap kepada wartawan dalam sidang media baru baru ini menjelang aksi menentang Tottenham Hotspur, De Zerbi berkata: “Esok kami ada lebih kurang 10 pemain yang cedera. Mungkin 8 namun ada 2 pemain lagi masih tak boleh memulakan perlawanan.”
“Kaoru Mitoma adalah salah seorang daripada pemain pemain yang cedera ini. Kami akan kehilangan Kaoru sekiat enam minggu – empat, lima atau enam minggu.”
Kaoru Mitoma is expected to be out of action for four-to-six weeks 🩹
Brighton boss Roberto De Zerbi says he doesn't think the Japanese international will be fit to play any part in the Asian Cup 🇯🇵 pic.twitter.com/lHyPJnZ5Dw
— Sky Sports News (@SkySportsNews) December 27, 2023
“Adingra, saya rasa dia perlukan 4 atau 5 minggu untuk berehat. Esok, tiada Mitoma, tiada Adingra.”
Mitoma dan Adingra yang kedua duanya bersiap sedia untuk menyertai pertandingan antarabangsa pada Januari, namun kelab kelihatan tidak yakin dua pemain itu boleh terlibat.
Mitoma merupakan pemain yang mewakili Jepun dalam Piala Asia. Dan Adingra adalah pemain Ivory Coast yang akan bertanding dalam Piala AFCON.
Piala Asia akan bermula 12 Januari. Sementara Piala Afrika akan bermula pada 13 Januar 2024.
Tentang Adingra, De Zerbi turut tidak yakin sama ada pemain itu boleh bermain di Piala AFCON kerana kecederaan.
“Dia perlu berehat 4 atau 5 minggu. Kecederaan dia alami adalah di bahagian otot, hamstring.”