Roberto Martinez melepaskan jawatannya di Belgium beberapa bulan lalu, selepas negara itu gagal untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022.
Martinez menganggap Piala Dunia 2022 sebagai tugasan terakhirnya bersama Belgium dan kedua dua pihak tidak akan mengadakan perbincangan kontrak baharu.
Dan tidak lama selepas itu, Roberto Martinez berjaya mendapatkan satu lagi jawatan berprofil tinggi di peringkat antarabangsa.
FA Portugal mengumumkan secara rasmi bahawa Martinez adalah pengurus baharu A Selecao Das Quinas.
Um novo 𝗟𝗶́𝗱𝗲𝗿 ao serviço de Portugal 🇵🇹: bem-vindo, Mister Roberto Martínez! 🤝 #VesteABandeira
A new 𝗟𝗲𝗮𝗱𝗲𝗿 at 🇵🇹 service: welcome, Coach Roberto Martínez! 🤝 #WearTheFlag pic.twitter.com/TCDe3yzJr9
— Portugal (@selecaoportugal) January 9, 2023
Pengurus terdahulu Portugal, Fernando Santos sebelum ini mengesahkan dia tidak lagi menjadi pengurus Portugal selepas pasukan itu tersingkir daripada suku akhir Piala Dunia di tangan Maghribi.
Kekalahan itu dianggap memalukan dan sangat tidak boleh diterima. Fernando Santos juga dikritik dan dianggap tidak cukup bagus dari segi taktikal.
Roberto Martinez pula tidak disambung kontraknya bersama Belgium sebaik sahaja pasukan itu tersingkir awal dari peringkat kumpulan dalam Piala Dunia 2022.
Ianya dikatakan pengakhiran kepada generasi emas Belgium era Eden Hazard, De Bruyne dan rakan rakan lain.
Di mana generasi emas tersebut kerap berada di ranking no.1 FIFA tetapi tiada langsung trofi yang mereka menangi.
David Ornstein secara ekslusif melaporkan bahawa rundingan antara FA Portugal dan Roberto Martinez dah berlangsung dan akhirnya dimeterai dengan lancar.
Martinez sempat memberikan persetujuan secara verbal untuk menjadi pengurus Portugal. Ini kerana FA Portugal risau Martinez dikebas pasukan lain.
Mensagem do Mister para ti! 🇵🇹💬 #VesteABandeira
Message from Roberto Martínez! 🇵🇹💬 #WearTheFlag pic.twitter.com/rvrcPgtgMH
— Portugal (@selecaoportugal) January 9, 2023
Sebelum ini Martinez turut dikaitkan dengan jawatan pengurus Sepanyol, menggantikan Luis Enrique. Beberapa kelab juga berminat dengan Martinez termasuk pasukan di Liga Inggeris.
Roberto Martinez dianggap calon terbaik untuk menjadi pengurus baharu Portugal. Kerana pengalamannya dalam mengendalikan generasi emas Belgium.
Dan kini dia mengendalikan satu lagi generasi emas iaitu generasi emas baharu Portugal.
Roberto Martinez has gone managing the Belgium golden generation to managing the Portuguese golden generation. A month after quitting as manager of Belgium. pic.twitter.com/Oi4ps5ovrg
— #TouchlineFracas (@touchlinefracas) January 9, 2023
Martinez membidas pihak yang melabel dia gagal dalam tugasannya bersama generasi emas Belgium kerana gagal membantu negara itu memenangi sebarang trofi.
Martinez tidak gembira dituduh gagal bersama generasi emas Belgium kerana menurutnya dia sudah berjaya membantu Belgium berada di kedudukan no.1 dunia selama 4 tahun lamanya.
“Saya akan biarkan orang lain menilai sendiri. Belgium berada di kedudukan no.1 dunia selama 4 tahun di bawah kendalian saya,” kata Martinez.
Roberto Martinez on if he failed with Belgium's 'golden generation' 🗣#BBCFootball pic.twitter.com/r4G5KniGaP
— BBC Sport (@BBCSport) January 9, 2023
Martinez kemudian berkata dia akan mengembalikan identiti bola sepak Portugal. Di mana mereka harus menang dengan cara bermain cantik dan taktikal yang fleksibel.
Martinez memiliki skuad yang sarat dengan bakat di tangannya.
Ini adalah 4 susunan kesebelasan utama yang boleh dibentuk oleh squad depth Portugal yang ada sekarang menurut BR.