Rodri merupakan nadi penting Manchester City dalam mencapai kejayaan treble musim lalu.
Namun namanya tidak berada dalam 3 teratas untuk Ballon d’Or. Rodri mengkritik cara pemilihan Ballon d’Or walaupun dia tidak terkejut langsung dengan bagaimana ianya berlaku.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu mengakui tidak terkejut dengan perkara itu. Kerana menurutnya elemen wang dan populariti menjadi faktor utama dalam perkara tersebut.
Lionel Messi menewaskan Erling Haaland dan Kylian Mbappe dalam anugerah Ballon d’Or yang lalu.
Dengan Messi sudah meraih bola emas kelapan dalam kariernya yang cemerlang.
Untuk pemain tengah Man City, Rodri pula berpendapat bahawa dia sudah tahu bagaimana anugerah individu ini diadakan.
Kerana penganjur akan cuba meraih pendapatan menerusinya dengan memberikan kelebihan kepada pemain pemain yang popular.
Pemasaran juga memainkan peranan yang penting. Untuk mempengaruhi pengundi mengundi bintang utama.
Rodri berkata: “Benda ni dah biasa kot. Saya faham sangat sangat macamana benda ni berlaku, dalam anugerah individu.
“Saya faham tentang urusan semua ini. Bola sepak adalah produk pemasaran.
“Jadi ianya berasaskan, wang, publisiti dan pemasaran.”
Rodri sempat mengimbas kembali pemain tengah dari Sepanyol sebelum ini gagal memenangi Ballon d’Or walaupun pemain tersebut menurutnya sangat berhak mendapat anugerah itu pada masa itu.
Rodri menambah: “Ada juga pemain tengah sebelum ini, yang juga berasal dari Sepanyol tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Kamu faham kan maksud saya?
“Apa yang paling penting bagi saya adalah bola sepak yang saya capai secara kolektif.”
Rodri on not Being NOMINATED in the Top 3 in Ballon d'or & FIFA #TheBest Men's POTY.
🗣️ Rodri: "I am not surprised.. This is normal. I understand very well how things work in these individual awards. They are based on MARKETING, MONEY and ADVERTISING." 😳
"There have been… pic.twitter.com/RKxc9LHuPk
— Football Factly (@FootballFactly) February 13, 2024