Rodri: Maghribi Tak Buat Apa Pun, Bertahan Dan Counter Attack, Kami Berhak Mara

Rodri nampaknya agak terkilan dengan penyingkiran Sepanyol daripada Piala Dunia 2022.

Di mana La Roja kalah menerusi penentuan sepakan penalti. Maghribi menang 3-0 dalam penentuan penalti. Di mana penalti kemenangan mereka sangat luar biasa, apabila Achraf Hakimi melakukan panenka.

Sepanyol melakukan lebih 1,000 hantaran dalam perlawanan ini, menguasai 77% bola.

Namun masih tidak dapat memenangi perlawanan.

Rodri tampil mengkritik corak permainan Maghribi yang menurutnya tidak berbuat apa apa di atas padang.

Mereka hanya bertahan dengan 11 pemain dan menunggu kesempatan untuk menyerang balas.

Rodri berkata: “Mereka langsung tak buat apa apa dalam perlawanan ini. Ni bukan nak memperkecilkan diorang. Dalam perlawanan ini, mereka tak buat apa apa pun.”

“Mereka hanya menunggu kat bawah untuk serangan balas. Mereka berjaga di bawah dan cuba menyerang balas kami.”

Sebelum perlawanan, Rodri sudah berjanji bahawa pasukannya tak akan mengubah falfsafah permainan mereka. Dan mengingatkan rakan rakannya bahawa mereka tidak boleh kalah seperti mana ketika menentang Jepun.

Malangnya, kali ini mereka tewas dalam penentuan sepakan penalti.

Menurut Rodri, penalti adalah ibarat loteri. Dan Maghribi bernasib baik untuk memenaginya.

“Perlawanan ditentukan oleh penentuan penalti. Mereka sangat jelas tentang apa yang mereka nak buat. Kami tak boleh cakap banyak.”

“Kami tak berjaya dalam penalti dan pulang ke rumah. Kami agak kecewa dan ini salah satu hari paling teruk dalam hidup saya.”

“Maghribi bermain dengan cara yang kami sudah jangka. 11 pemain bertahan, macam yang mereka buat dalam setiap perlawanan. Saya tak tahu nak cakap macamana. Saya kalau boleh nak mintak seseorang tolong kami masa penalti ni. Bola sepak itu kejam dan tidak mengenal keadilan.”

“Penalti adalah loteri. Bergantung kepada hari [tuah] kamu, Kami tak masukkan sebarang penalti kami. Saya cuma tumpang sedih dengan rakyat Sepanyol yang menyokong kami. Pasukan ini telah melakukan segalanya dan kami berhak untuk mara.”

Luis Enrique turut sependapat dengan Rodri bahawa Maghribi tidak sepatutnya mara berdasarkan persembahan di atas padang.

Dan Enrique mahu melihat bagaimana pula nasib Argentina selepas ini. Adakah mereka akan mendapat keputusan yang mereka berhak dapat?

Baca yang lain