Pemenang Ballon d’Or 2024, Rodri akhirnya mendedahkan 2 nama pemain yang paling sukar untuk ditentang.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu sebelum ini diiktiraf oleh pemain terbaik di dunia oleh Ballon d’Or.
Dia menewaskan calon pilihan, Vinicius Jr untuk merangkul anugerah individu tersebut.
Dalam satu wawancara, Rodri ditanya, siapakah pemain yang paling sukar untuk ditentang. Rodri menjawab: “Jika pada kemuncak karierya [prime], orang itu ialah Lionel Messi.
“Dan di Liga Perdana Inggeris orang yang paling sukar dilawan ialah Mohamed Salah.”
Lionel Messi seringkali digelar GOAT oleh ramai pihak kerana kejayaannya yang luar biasa bersama Barcelona dan kemudian bersama dengan Argentina.
Kejayaan memenangi Piala Dunia 2022 dianggap pelengkap kepada status Messi sebagai GOAT.
Seterusnya Mo Salah pula meneruskan rentak cemerlangnya sekali lagi musim ini. Konsistensi Mo Salah setiap musim di Liverpool menjadikan dia legenda hidup kelab itu.
Dia membantu Liverpool memenangi EPL dan UCL dalam kariernya. Dan turut memenangi beberapa lagi piala lain.
Bersama Mesir, Mo Salah membantu negara itu menamatkan penantian untuk kembali semula ke Piala Dunia sebelum ini.
Messi kini bermain untuk Inter Miami. Menikmati fasa akhir kariernya di bandar Miami yang menjadi bandar kegemaran keluarganya. Mereka malah memang sudah membeli rumah di sana sebelum Messi menyertai kelab milik Beckham itu.
Mo Salah masih bermain untuk Liverpool namun isu kontraknya masih tidak diselesaikan setakat ini.