Rodri: Sang Maestro Serba Boleh Diiktiraf Terbaik Dunia Oleh Guardiola

Rodri menjadi pemain yang sangat penting untuk City. Malah peminat City sendiri pernah akur bahawa kadangkala mereka harus terima label Rodri FC.

Rodri banyak kali menjadi penyelamat kepada Man City apabila diperlukan. Pemain yang kerap menjaringkan gol dalam perlawanan penting.

Dia menjadi nadi penting Man City di tengah ketika kelab menamatkan musim lalu dengan treble.

Musim ini kepentingan Rodri terus terserlah. Terutama sekali persaingan EPL kini dalam persaingan antara 3 pasukan.

Guardiola mengakui dengan adanya Rodri, Man City menjadi lebih baik.

“Ya dengan adanya dia kami pasukan lebih baik, tidak ada keraguan tentang itu,” tegas Guardiola.

Guardiola menjelaskan dia suka keran Rodri tidak mendapat banyak pujian seperti mana penyerang dan no.10.

Kerana dasarnya, memang posisi no.6 adalah posisi yang dianggap unsung hero di atas padang.

Guardiola menyatakan itu bukti bahawa Rodri bermain posisi itu dengan sebaiknya tanpa memikirkan untuk mengejar assist dan gol.

Dia bermain peranan tidak popular yang lebih kepada dirty worker dan pivot yang memastikan pasukannya bermain dengan betul di tengah.

“Saya nak cakap, jika seorang holding midfielder itu tidak mendapat pujian sama seperti penyerang dan no.10, maka itu bagus.

“Apabila mereka mendapat banyak pujian maka itu tidak bagus.

“Ini kerana holding midfielder harus bermain dengan positif untuk dia dan pasukan dan membuatkan pasukan ini bermain.

“Inilah fungsi dan peranan seorang holding midfielder. Jadi biarkan segala pujian dan tumpuan terarah kepada mereka yang di barisan serangan yang menjaringkan gol dan mencetak assist.”

Guardiola kemudian menegaskan bahawa Rodri semakin meningkatkan kualiti permainannya. Dia berubah daripada seorang DM yang tradisional kepada DM yang boleh menjadi penyerang tambahan yang boleh menjaringkan gol.

“Rodri sentiasa ada kemampuan dalam detik detik penting, untuk menjaringkan gol. Jadi ini membuatkan dia pemain yang sukar dipercayai. Dia adalah defensive midfielder terbaik di dunia ketika ini, jauh di atas yang lain. Kerana dia boleh melakukan segala galanya di atas padang.

“Satu penandatanganan yang hebat. Sangat sukar untuk memahami apa yang kami boleh lakukan tanpa dia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Rodri yang merupakan maestro City telah melengkapkan 1,275 hantaran di kawasan lawan setakat ini. Ianya 400 lebih banyak berbanding dengan mana mana pemai  lain.

Selain itu kadar ketepatan hantarannya luar biasa sekali dengan 93.2%.

Rodri kekal wira tak didendan di Man City. Namun jika dia kekal cergas untuk baki musim ini, City berpeluang menggapai treble sekali lagi.