Rodri telah menyindir Real Madrid sebagai pasukan yang tidak mahu bermain bola, sebaliknya hanya turun untuk bertahan dan menderita sahaja.
Istilah yang digelar oleh Jose Mourinho sebagai park the bus. Merujuk kepada pasukan yang bertahan dan cuba melakukan serangan balas.
Manchester City mendominasi penguasaan bola dan melakukan 33 percubaan ke arah gol sepanjang 120 minit. City bagaimanapun hanya menjaringkan 1 gol daripada 9 percubaan tepat.
Dan tersungkur ketika penentuan penalti di mana Kovacic dan Bernardo Silva gagal dalam tugasan mereka.
Dalam wawancara dengan wartawan selepas perlawanan, Rodri memperlekehkan Real Madrid. Dia berkata: “Ianya susah nak jelaskan. Saya tahu kami harus hadam kekalahan ini, bangun esok dan bangkit sebab kami ada dua lagi pertandingan untuk kami cuba menangi.”
Rodri kemudian menyatakan dia tidak gembira dengan corak taktikal Real Madrid.
“Secara jujur hari ini saya cuma lihat satu je pasukan bermain bola. Ya dari sudut bertahan, mereka bertahan dan tahu cara untuk menderita.
“Ya sudah tentu kami tahu betapa sukarnya Madrid, dan kami patut mencipta segala peluang.”
Rodri has taken a bitter swipe at Real Madrid after they beat Man City on penalties ❌
🗣 "I saw only one team today, to be honest"https://t.co/6O4BMSNmnO pic.twitter.com/XncbIv4VpH
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 18, 2024
Ini bukan kali pertama Rodri mengecam taktikal pasukan lawan yang bertahan. Sebelum ini bersama Sepanyol dia mengecam Scotland yang menurutnya bermain untuk bertahan depan gol.
Rodri melabel taktikal Scotland sebagai sampah. Ketika itu Scotland menang 2-0 dalam aksi kelayakan Euro ke atas Sepanyol yang memiliki 75% penguasaan bola.
Rodri menjadi kapten Sepanyol dalam aksi tersebut. Dia mewakili pemain pemain Sepanyol lain menyatakan bahawa Scotland bermain taktikal sampah.
🚨 BREAKING! Bitter Rodri accuses Scotland of 'rubbish' football as Spain star spits out dummy during sensational post-match interview 😂
📎 https://t.co/6xmYbrYyrY pic.twitter.com/saRSgKJAWT
— Football Scotland ⚽️🏴 (@Football_Scot) March 28, 2023
Rodri dengan nada sinis berkata: “Itu dah cara mereka bermain, jadi kita kena hormat sahaja dengan cara mereka. Tetapi bagi saya, ianya agak sampah [untuk bermain dengan cara begitu].”
“Mereka sentiasa melengahkan perlawanan, mereka sentiasa memprovokasi kamu dan sentiasa terjatuh.”
“Bagi saya, ini bukan bola sepak. Pengadil pula tidak berkata apa apa, dan ianya sangat mengecewakan kerana kami mahukan kemenangan.”
“Ianya sukar kerana mereka sentiasa membuang masa. Mereka ada senjata mereka tersendiri, dan kami akan belajar selepas ini.”
“Kami mahu masuk ke padang dan bersedia memenangi pertarungan fizikal. Kami sentiasa berjuang. Kekalahan ini tiada kaitan dengan isu perjuangan. Ini semua kerana pemain melengahkan perlawanan. Dengan 4 atau 5 pemain tiba tiba terjatuh di atas padang. Situasi seperti ini yang berlaku.”
“Pasukan pasukan seperti ini sentiasa kuat secara fizikal. Namun kita harus menggunakan senjata kita tersendiri.”
“Kami bagus dengan bola di kaki dan menggerakkan bola dengan pantas. Hari ini kami melakukan banyak perkara positif. Cuma gagal menjaringkan gol sahaja.”
🇪🇸 Spain's Rodri gives his verdict on his side's loss to Scotland
"It's the way they play…for me it's a bit rubbish. Because it's always wasting time. They provoke you. They always fall. For me, this is not football." 🗣️👀#EURO2024 | #SCOESP pic.twitter.com/MIgxOOA2Cl
— Premier Sports (@PremSportsTV) March 28, 2023
Peminat Scotland pada masa itu mengingatkan Rodri bahawa dia pernah bermain di bawah Diego Simeone yang terkenal dengan gaya taktikal bertahan dan cuba mengecewakan lawannya dengan sistem ultra defensive.
Mereka menegaskan, Rodri hanya gah mengutuk taktikal bertahan kerana dia bermain dengan pasukan yang lebih baik seperti Sepanyol dan Man City.
Komen yang sama ditujukan kepada Rodri selepas komennya ke atas Real Madrid.
Rodri is acting like he didn't park the bus in his Atletico days.
— Woko The Great (@mrlawoko) April 18, 2024