Ada berita baik buat peminat Manchester City. Ini apabila maestro mereka, Rodri sudah kembali berlatih.
Rodri sebelum ini rehat panjang selepas mengalami kecederaan ACL. Dia mengalami kecederaan itu hanya beberapa minggu selepas dia membangkitkan isu jadual terlalu padat dan terlalu banyak perlawanan boleh memudaratkan keselamatan pemain.
Ketiadaan Rodri dianggap antara punca utama Manchester City bergelut dengan prestasi mereka. Pemain itu kerap menjadi penyelamat mereka termasuk dengan gol pentingnya.
Rodri sempat memenangi Ballon d’Or ketika dalam pemulihannya. Dan kini dia sudah kembali berlatih.
Namun latihan itu adalah latihan individu dan latihan ringan. Perkembangan ini sangat positif kerana dia semakin hampir untuk kembali ke pasukan utama.
Walaupun Man City mungkin tidak terdesak dan terburu buru dalam menyertakan Rodri dalam pasukan utama. Keutamaan mereka adalah mahu memastikan pemain terbaik dunia Ballon d’Or itu kembali cergas sepenuhnya.
Manchester City memuat naik video Rodri melakukan latihan individu sebagai proses awal untuk kembali ke dalam skuad utama.
RODRI. ON. THE. BALL. 🤯‼️pic.twitter.com/9xjF2fkfKb
— City Xtra (@City_Xtra) February 28, 2025
Peminat City mengucapkan selamat kembali kepada Rodri. Ada yang berkata: “Nampak sharp, dan selamat kembali Rodri.”
Semalam Rodri turut berada di Etihad menyaksikan rakan rakannya berdepan Plymouth Argyle pada aksi Piala FA di mana Man City menang.
Rodri malah sempat melihat rakan rakannya melakukan sesi pemanasan dengan turun sekali ke padang.
Rodri has been watching the warm ups on the pitch with a ball and chatting to coaches. Now pitchside. #mcfc pic.twitter.com/bgtVs0LkdM
— Joe Bray (@_joebray) March 1, 2025