Rodrygo Sendiri Tak Mahu Bermain Dalam El Clasico Sebab Kecil Hati Dengan Layanan Ancelotti

Marca melaporkan bahawa, Rodrygo Goes memberitahu Carlo Ancelotti bahawa dia tidak mahu terlibat dalam aksi el clasico minggu lalu berdepan dengan Barcelona.

Namun pemain itu akur jika Ancelotti memaksanya beraksi dalam perlawanan tersebut. Ancelotti kemudian memutuskan untuk tidak menggunakan Rodrygo langsung. Dan memberikan peluang kepada Arda Guler.

Rodrygo dikatakan tidak mahu bermain lagi untuk Real Madrid terutama sekali di bawah kendalian Ancelotti.

Perkembangan terbaru ini mengejutkan ramai pihak. Kerana hubungan Rodrygo dengan Ancelotti sangat baik.

Ini kerana Rodrygo sebelum ini pernah diberikan peluang untuk mencari kelab lain kerana dia tidak akan ada jaminan minit permainan di Real Madrid, selepas kelab itu mendapatkan Kylian Mbappe.

Rodrygo memberitahu kelab bahawa dia mahu terus kekal di Madrid dan sedia untuk menjadi pemain simpanan serta berusaha bersaing merebut tempat.

Kini situasinya berubah. Rodrygo merasakan bahawa Ancelotti melayannya tidak adil sebagaimana dia melayan Kylian Mbappe dan Jude Bellingham.

Rodrygo menjadi antara pemain penting Ancelotti selepas pengurus itu kembali semula ke Real Madrid dari Everton dan memenangi beberapa piala.

Rodrygo memainkan peranan besar dalam beberapa siri aksi penting Real Madrid. Terutama sekali dalam aksi final, di mana Rodrygo digelar big game player. Dia sentiasa mempamerkan aksi cemerlang dalam final.

Teetapi prestasinya dalam final Cope Del Rey yang lalu membuatkan dia menerima kritikan daripada peminat. Kini Rodrygo dikatakan sedia untuk mencari cabaran baharu.

Pemain itu mulai tidak gembira dengan layanan Ancelotti dan merasakan dirinya sentiasa dibayangi Mbappe dan Bellingham.

Dia juga merasakan dirinya tidak dihargai oleh Carlo Ancelotti. Ini juga bermakna, Rodrygo sudah sedia untuk meninggalkan Real Madrid.

Hubungan Rodrygo dengan Ancelotti pastinya perlu untuk mereka perbaiki selepas ini. Kerana Ancelotti baru sahaja diumumkan sebagai pengurus baharu pasukan kebangsaan Brazil.

Carlo Ancelotti bagaimanapun enggan mengulas tentang perkara itu. Dia menegaskan bahawa Rodrygo masih bergelut dengan kecergasan optimum. Dan menegaskaan bahawa dia sentiasa percayakan kesebelasannya, walaupun sesiapa sahaja bermain.

Perkembangan ini menarik perhatian kelab kelab EPL yang dikatakan sedia untuk mendapatkan pemain tersebut.