Roger Federer : Saya Tidak Layak Mungkin Tidak Layak Untuk Kemenangan Ini

Roger Federer telah mengesahkan tempatnya ke separuh akhir Australia Open 2020, selepas menewaskan pemain dari USA iaitu Tennys Sandgren dengan keputusan 6-3,2-6,2-6,7-6 dan 6-3.

Tennys Sandgren turun sebagai pemain bukan pilihan telah mempamerkan aksi yang sangat memukau sehingga berjaya membawa Roger untuk bertarung di set ke-5. Untuk pengetahuan anda, Sandgren merupakan pemain yang berada di ranking ke-100 dan perlawanan ini merupakan perlawanan suku akhir keduanya dalam kejohanan Grand Slam sepanjang kariernya.

Perlawanan ini sangat mendebarkan bagi peminat Roger, kerana sekali lagi beliau berjaya selamat di pusingan Tie Break. Sebelum ini Roger melakukannya ketika menentang John Millman. Dia berjaya menyelamatkan perjuangan dengan jarak 4 match point yang memihak Millman di set terakhir.

Kali ini Roger sekali lagi berjaya melakukannya di set ke-4, dimana beliau berjaya mengejar jarak mata yang ditinggalkan Sandgren untuk memenangi set tersebut dan sekaligus membawa perlawanan tersebut ke set penentuan.

Ketika menentang John Millman

Walaubagaimanapun, perlawanan ini adalah satu yang sangat baik bagi pemain seperti Sandgren. Beliau menunjukkan satu karakter dimana, tiada yang mustahil bagi beliau. Walaupun diatas kertas Roger Federer lebih baik dari segi rekod dan pengalaman.

Aksi Sandgren jelas memberi masalah kepada Roger, beliau menekan Roger dengan servis yang padu malah menyerang dibahagian sideline dan juga baseline court. Mengikut statistik, Sandgren berjaya melakukan 27 servis ace dan memaksa Roger melakukan ‘unforce error’ sebanyak 56 kali. Ia murupakan satu number yang sangat besar.

Dalam pada itu, Roger dengan rendah dirinya mengatakan dia sangat bertuah untuk memenangi perlawanan tersebut kerana dia sedar, dia tidak layak untuk menang dalam perlawanan tersebut.

Dari temuramah Roger Federer beliau mengakui perlawanan ini bukan perlawanan terbaiknya. Namun untuk memenanginya dan masih kekal dalam kejohanan tersebut beliau sangat gembira.

“Kadang kala anda sangat memerlukan tuah, serious bakhang!” Jelas Federer.

Roger terkejut terpaksa lawan Tennys

Roger Federer menyatakan menyelamatkan 7 ‘match point’  tersebut bukanlah dibawah kawalannya. “Saya hanya bermain seperti biasa. Jika dia (Sandgren) hilang satu atau dua mata, tiada siapa tahu apa yang dia tengah pikiaq. Dia bermain dengan baik dan saya sangat bertuah. Selepas itu saya menemui rentak saya dan tekanan pon reda.” Jelas Federer.

Selepas itu Roger Federer dengan merendah dirinya mengatakan.

“Saya tak layak untuk ini(memenangi perlawanan tersebut), Tetapi saya berdiri disini dan masih kekal dalam kejohanan ini saya sangat gembira.”

Federer mara ke separuh akhir, lawannya selepas ini adalah diantara Raonic atau Novak Djokovic yang sedang berlansung.

Baca yang lain