Rojo Ter-mencarut Dengar Alasan Pelik Ole Sentiasa Turunkan Maguire

Bekas bek tengah Manchester United, Marcos Rojo, mendakwa Ole Gunnar Solskjaer terpaksa menurunkan Harry Maguire setiap minggu kerana harga dan gaji tinggi pemain Inggeris itu.

Ianya pendekatan yang dianggap Rojo sebagai pelik kerana biasanya pengurus akan menurunkan pemain berdasarkan prestasi.

Manchester United mendapat persaingan serius dari Manchester City untuk menandatangani Maguire dari Leicester pada 2019. United memecahkan rekod Liga Inggeris untuk pertahanan dengan lebih £80m untuk menyelesaikan perjanjian.

Sejak itu, Maguire telah menghadapi kritikan ketara daripada peminat kerana gagal menepati harapan peminat ke atasnya. Dan selepas tiga musim sebagai pemain regular dalam kesebelasan utama, kapten United telah diturunkan pangkat oleh pengurus baharu Erik ten Hag. Di mana dia menjadi pemain simpanan.

Bercakap kepada TyC Sports, Rojo mengimbas kembali insiden dalam musim sulung Maguire di mana dia bertelagah dengan pengurus ketika itu Solskjser berhubung dengan prestasi buruk pemain Inggeris itu.

Manchester United manager Ole Gunnar Solskjaer during the Premier League match at Old Trafford, Manchester. PA Photo. Picture date: Wednesday January 22, 2020. See PA story SOCCER Man Utd. Photo credit should read: Martin Rickett/PA Wire. RESTRICTIONS: EDITORIAL USE ONLY No use with unauthorised audio, video, data, fixture lists, club/league logos or “live” services. Online in-match use limited to 120 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications.

Dan dia akhirnya mendengar alasan pelik itu. Menegaskan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan mengenainya.

Solskjaer sangat percayakan Maguire malah melantiknya menjadi kapten pasukan yang baharu.

Rojo jelas tidak gemar dengan pendekatan Ole yang sentiasa mengutamakan Maguire walaupun pemain itu melakukan kesilapan demi kesilapan minggu demi minggu.

“Tahun itu [musim 2019/20] saya sangat bagus di England, saya bermain di Liga Europa,” Rojo memulakan bicara.

“Tetapi saya benar-benar marah dengan jurulatih kerana dia memainkan Maguire dan bukannya saya. Syukur kepada tuhan kerana mereka akhirnya mengeluarkannya daripada kesebelasan utama untuk Licha [Lisandro] Martinez.”

“Suatu hari saya pergi ke pejabat Solskjaer untuk memberitahunya supaya membenarkan saya pergi ke kelab lain atau meletakkan [saya] dalam kesebelasan utama.”

“Dia sendiri tahu dia membuat benda tak betul, kerana dia tidak memberikan saya peluang saya bermain. Dia memberitahu saya: ‘Mereka membayar begitu banyak untuknya dan dia perlu bermain tidak kira apa pun’.”

Rojo sedar bahawa hari itu hari terakhirnya di bawah pengurusan Solskjaer, selepas dia mencarut depan depan pengurus itu kerana terlalu marah.

“Dia [Maguire] sudah melakukan kesilapan besar dan saya memberitahu Solskjaer: ‘S*n of b***h, izinkan saya bermain, kerana pemain ini melakukan kesilapan besar setiap minggu’.”

Rojo akhirnya meninggalkan United hanya enam bulan dalam musim pertama Maguire, menyertai kelab Argentina, Estudiantes secara pinjaman pada Januari selepas tiga penampilan Liga Perdana dalam separuh musim yang dibelenggu kecederaan.

Bagi Maguire, dia bermain setiap minit dalam musim liga pertamanya di United dan berada di landasan yang betul untuk mengulangi pencapaian itu sebelum kecederaan menyebabkannya kehilangan empat perlawanan terakhir 2020/21.

Solskjaer dipecat pada November musim berikutnya tetapi Maguire kekal sebagai pemain tetap di bawah penggantinya, Ralf Rangnick, dan Ten Hag malah memulakan pemain Inggeris itu untuk dua perlawanan pertamanya.

Kekalahan besar di tangan Brighton dan Brentford pada awal musim debut Ten Hag, bagaimanapun, menyaksikan Maguire diturunkan ke bangku simpanan ketika Ten Hag mencipta gandingan pilihannya bersama Martinez dan Raphael Varane.

Mendengar penjelasan Rojo itu ramai peminat Man United menegaskan bahawa adakah Ole sebenarnya sudah gila? Semata mata nak ambil hati pemilik kelab?

Ada juga menyatakan: “Kalau aku pun mencarut pada coach aku sendiri dengar alasan seperti itu. Tidak profesional.”

Ini bukan pertama kali bekas pemain United mengkritik Ole kerana mengutamakan Maguire dan pemain Inggeris. Sebelum ini Eric Bailly pernah menyatakan perkara yang sama.