Roket Hatrik Ronaldo Berikan 3 Mata Penting Buat United Untuk Kekal Dalam Persaingan Top 4

Katalah apa sahaja tentang Cristiano Ronaldo. Pemain yang seringkali menjadi sasaran pengkritik musim ini setiap kali Man United gagal mencatatkan keputusan yang baik.

Ada yang menggelarnya beban dan menyusahkan pemain lain pun ada. Walaupun Ronaldo tidak sepantas dan selincah dulu. Namun hakikatnya, tanpa Ronaldo, Man United akan berada di kedudukan lebih buruk daripada yang mereka ada sekarang.

Ronaldo kini masih bergelar penjaring utama United sejak awal musim sehingga sekarang. 21 gol dicatatkannya setakat ini sejak kepulangan semulanya.

Bertempat di Old Trafford, Man United sedar bahawa hanya 3 mata yang akan terus menghidupkan impian top 4 mereka.

Segalanya bermula dengan baik. Di mana Cristiano Ronaldo meletakkan pasukannya di hadapan menerusi gol hasil umpanan Elanga. Gol itu terhasil minit ke-7.

Ronaldo malah mengajak Elanga melakukan keraian Siuuuu!

Tidak terhenti di situ, Abang Do meneruskan sentuhan prolifiknya dengan gol kedua. Kali ini dia menyempurnakan hantaran oleh Alex Telles.

Sebelum rehat, pada masa kecederaan separuh masa pertama, Kieran Doyle merapatkan jurang gol selepas menerima hantaran Teemu Pukki.

Pukki terus menjadi masalah utama Man United dengan gol penyamaan pada awal separuh masa kedua. Hanya selepas 7 minit wisel separuh masa kedua bermula.

VAR digunakan untuk menentukan keabsahan gol itu. Dan VAR mengesahkannya bersih!

Tersentak dengan gol itu, United mencari gol ketiga dengan lebih agresif.

Cristiano Ronaldo kemudian mengambil tugas untuk sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Itu adalah peluang untuknya mencipta sesuatu. Walaupun ratio sepakan percumanya sejak musim lalu, agak mengecewakan. Namun kepercayaan daripada rakan rakannya terbalas.

Ini apabila Abang Do melakukan roket impian yang terus menusuk gawang gol. Tim Krul tidak mampu melakukan apa apa.

Ianya adalah hatrik yang bergaya dan hatrik yang sangat penting.

Ianya juga hatrik ke-50 untuk Ronaldo di peringkat kelab. Ketiga untuk Man United.

Ia juga gol sepakan percuma Ronaldo sejak September 2020. Lama tu. Apa yang lebih penting adalah nilai gol tersebut.

Tamat perlawanan Man United 3, Norwich 2.

Kemenangan ini membolehkan United naik ke tempat kelima selepas tamat perlawanan. Norwich pula terus berada di dasar liga.

United kini hanya 3 mata di belakang Spurs yang berada di tangga keempat.

Baca yang lain