Roma Lwn Lazio: Kesilapan Aneh Penjaga Gol & Penalti Yang Ditarik Semula Mewarnai Derby Della Capitale

Pada pertemuan Derby Della Capitale Lazio turun dengan kekuatan sebenar dengan Luis Alberto sebagai hub kreatif dan Joaquin Correa kembali dari kecederaan menyertai Ciro Immobile, sementara itu Roma menghadapi krisis kecederaan pemain.

Derby Della Capitale diantara 2 pasukan 4 teratas Serie A

Derby Della Capitale kali ini agak menarik kerana Lazio dan Roma berada di kedudukan 4 teratas Serie A, masing-masing ditangga ke-3 dan ke-4.

Derby Della Capitale (Lazio & Roma) merupakan salah satu derby terbesar di Serie A bersama Derby Della Mandoninna (AC Milan & Inter Milan)

Lazio mempunyai baki 1 perlawanan yang belum dimainkan dan berpeluang memintas Inter Milan yang berada ditangga ke-2.

Simone Inzaghi telah memacu Lazio mencatat 11 kemenangan berturut-turut dan menjuarai Coppa Italiana pada 23 Disember lepas apabila menewaskan Juventus 3-1 di Riyadh, Arab Saudi.

Bagaimanapun Lazio terkeluar dari Coppa Italia selepas tewas 0-1 kepada Napoli pada pertengahan minggu lepas-peringkat suku akhir.

Alberto dan Correa terlepas perlawanan itu akibat kecederaan dan kali ini, perlawanan derby menentang Roma mereka kembali berada dalam kesebelasan utama.

Sebelum perlawanan peluang Lazio untuk memintas Inter yang berada di tangga ke-2 terbuka luas selepas pasukan tersebut hanya mampu seri 1-1 ketika menentang Cagliari.

Pemain Lazio menyokong Immobile, Capocannoniere -gelaran bagi penjaring terbanyak- ini sedang mendahului carta penjaring dengan 23 gol dari 19 penampilannya. Juga sebagai penjaring terbanyak di liga utama eropah.

Bagi Roma pula, senarai kecederaannya agak panjang. Nicolo Zaniolo, Henrikh Mkhitaryan, Amadou Diawara, Davide Zappacosta dan Mirco Antonucci tidak dapat diturunkan oleh Daniel Fonseca.

Seperti Lazio, Roma juga terkeluar dari saingan Coppa Italia apabila tewas 1-3 kepada Juventus.

Pada perlawanan pusingan pertama Serie A Lazio seri dengan Roma tetapi Lazio tidak pernah tewas dalam pertemuan Derby Della Capitale sejak musim 2012-13.

Pertemuan derby terbesar ini telah menyaksikan 24 kad merah terhasil sejak tahun 2000.

Roma 1 Lazio 1, kesilapan aneh dari penjaga gol masing-masing

Lazio turun sebagai pasukan pilihan. Sebagai juara Coppa Italia pada Mei, juara Coppa Italiana pada Disember dan rekod 11 kemenangan berturut-turut di Serie A.

Inzaghi juga tidak mempunyai sebarang senarai kecederaan pemain.

Roma bermula dengan agresif sehingga memaksa Francesco Acerbi melakukan pintasan akrobatik bagi menghalang bola hantaran lintang Davide Santon ketika Edin Dzeko bersedia hanya untuk menolak bola ke dalam gawang Lazio.

Kegagalan Thomas Strakosha menumbuk keluar bola hantaran dari Bryan Cristante, berlanggar dengan pemain sendiri menyaksikan Dzeko berjaya menanduk masuk untuk memberi pendahuluan kepada Roma pada minit ke-26.

Tidak lama selepas itu Roma hampir menjadikan kedudukan 2-0 selepas percubaan Cengiz Under dan Dzeko berjaya dihalang oleh pertahanan Lazio yang agak kelam kabut.

Dari sepakan penjuru, Santon cuba menanduk keluar bola tetapi ‘berjaya’ ditampan masuk kembali oleh penjaga golnya sendiri. Entah apa dia cuba buat dan Acerbi berjaya menjaringkan gol penyamaan Lazio.

Tidak pasti kenapa Paul Lopez iaitu penjaga gol Roma mahu buat apa ketika bola tersebut hampir keluar dan boleh dikeluarkan sendiri olehnya tetapi memilih untuk menghidupkan kembali bola tersebut.

Pada babak kedua Lorenzo Pellegrini hampir berjaya meletakan Roma kembali di depan dengan percubaan lencong pada jarak 20 meter sudah menewaskan Strakosha, namun hanya singgah di tiang gol.

Seterusnya berpunca dari gerakan Leornardo Spinazzola, tolakan Under tersasar beberapa inci di sebelah kanan gawang Lazio.

Tuah tidak menyebelahi Roma apabila sepakan penalti diberikan oleh pengadil yang iras-iras muka Buffon ditarik balik selepas Justin Kluivert dijatuhkan dalam kotak penalti.

Jelas Kluivert menjatuhkan dirinya sendiri ketika tanyangan VAR dimainkan.

Strakosha sekali lagi hampir melakukan aksi buruk penjaga gol dalam perlawanan ini apabila menumbuk bola dan tanggung, Dzeko mendapat keemasan dari situasi tersebut namun berjaya ditampan oleh Strakosha.

Roma lebih baik – Simone Inzaghi

Jelas pada perlawanan ini Roma adalah pasukan lebih baik. Pasukan ini boleh menjaringkan 2-3 gol melalui Dzeko namun kesemuanya tepat kepada Strakosha.

Simone Inzaghi mengakui derby kali ini, Roma adalah adalah pasukan yang lebih baik

“Adil untuk katakan mereka lebih baik daripada kami.”

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 namun percubaan Pellegrini terkena tiang.

“Saya perlu melihat kembali perlawanan ini bagi memahaminya. Saya mengucapkan tahniah kepada Fonseca, mereka bermain hebat.”

“Kami mendapat 1 mata, dan hakikatnya jarak mata kami dengan Roma kekal.”

Inzaghi ditanya adakah dia terkejut dengan aksi Roma tetapi mengatakan beberapa pemain mereka tidak berada di tahap terbaik.

Roma kecewa seri selepas mendominasi permainan -Davide Santon

Pertahanan kanan Roma, Santon meluahkan rasa kecewa apabila pasukannya gagal meraih mata penuh ketika menentang Lazio walaupun menyaksikan dominasi sepenuhnya.

Ada sedikit penyesalan dari Davide Santon ketika benda boleh menang tapi buat apa nak seri

Santon percaya Roma berhak menang perlawanan itu.

“Saya fikir permainan didominasikan oleh Roma, kami melakukan persediaan rapi untuk perlawanan ini.”

“Ada kekecewaan selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Kami berhak menang. Tapi itulah keputusannya.”

Bekas pertahanan Inter Milan ini percaya Roma masih berpeluang mengekalkan kedudukan ke-4 Serie A dan mara ke Liga Juara Eropah. Ketika ini Roma bekelebihan 1 mata dengan Atalanta yang berada di tangga ke-5.

“Ya, keyakinan agak tinggi selepas menampilkan aksi seperti ini. Kami bermain baik dan mempunyai sikap yang bagus.”

“Kami berada di tangga ke-4, kami akan main semua baki perlawanan untuk menang. Liga Juara adalah sasaran paling utama bagi kami.”

Ketika ditanya kenapa aksi Roma menetang Lazio jauh lebih baik ketika tewas kepada Juventus pada pertengahan minggu lepas, Santon menjawab ia berkaitan sikap pemain kerana dalam pertemuan derby pemain tidak bolah melakukan kesilapan.

Baca yang lain