Roma Mahukan Zakaria Selepas Wijnaldum Patah Kaki Pada Sesi Latihan

Roma dilaporkan telah membuka rundingan dengan Juventus untuk meneroka perpindahan pemain tengah Denis Zakaria selepas Wijnaldum patah kaki.

Roma terpaksa mencari seorang lagi pemain tengah selepas Georginio Wijnaldum mengalami patah tulang kaki. Di mana pemain dari Belanda itu akan terlepas sehingga 2023.

Jika benar dia hanya akan kembali pada tahun hadapan, bermakna Wijnaldum akan turut terlepas kempen Piala Dunia 2022.

Roma sedang mempertimbangkan beberapa pilihan tetapi perlu membuat keputusan sebaik sahaja jendela perpindahan ditutup.

Wijnaldum sebelum ini baru menyertai Roma kira kira 2 minggu yang lalu.

Mourinho telah meminta Pengarah Sukan Roma menghubungi Juventus untuk bertanya tentang kemungkinan perpindahan untuk Zakaria. Dan Roma dikatakan sudah berbincang dengan Juventus tentang pakej tersebut.

Zakaria dianggap pilihan yang realistik memandangkan pemain itu masih tercari cari renkat di bawah kendalian Massimiliano Allegri.

Namun perpindahan tersebut hanyalah berbentuk pinjaman semusim. Juventus dikatakan sedang berunding dengan Roma untuk pemain 25 tahun itu.

Zakaria telah membuat 14 penampilan dalam semua pertandingan untuk Juventus selepas ketibaannya dari Borussia Monchengladbach pada Januari.

Wijnaldum sebepum ini meminta untuk menyertai AS Roma daripada PSG untuk mendapatkan minit perlawanan. Kerana dia mahu bermain di Piala Dunia 2022 dalam kondisi terbaik.

Sejak meninggalkan Liverpool, Wijnaldum tidak mendapat minit perlawanan yang bagus ketika di PSG.

Jose Mourinho merupakan peminat kepada etika kerja Wijnaldum di atas padang. Malangnya, Mourinho harus menerima berita perit tentang kecederaan pemain itu.

Mourinho menyatakan sokongannya kepada Wijnaldum.

Pemain itu mengalami kecederaan patah tulang kaki ketika latihan. Mourinho menyatakan sokongannya kepada Wijnaldum dan pada masa yang sama mengecam segelintir peminat Roma dan Belanda yang menyalahkan Felix Afena Gyan sebagai punca kepada Wijnaldum patah kaki.

Menurut Mourinho, sesiapa sahaja yang menyerang ‘budak baik’ Felix Afena Gyan yang berusia 19 tahun, kerana menganggap dia punca Wijnaldum patah kaki adalah mereka yang ‘sampah’.

Roma kini berdepan dengan 2 kecederaan pemain. Terbaru, Zaniolo mengalami kecederaan bahunya terkehel. Namun pemain itu dijangka tidak akan berehat panjang selepas doktor mengesahkan tulangnya tak patah.

Baca yang lain