Roma Sekali Lagi Kalah Dengan Pasukan Bodo

Roma melalui semula mimpi ngeri berdepan Bodo/Glimt mereka dengan satu lagi kekalahan di tangan pasukan Norway itu.

Kali ini AS Roma bimbingan The Special Oneย  kalah 2-1.

Nampaknya Bodo Glimt terus menjadi badi kepada AS Roma di peringkat Eropah,

Sebelum perlawanan, media Football Italia memberikan amaran kepada Bodo bahawa ini bukan Roma yang sama dengan yang mereka belasah 6-1 dahulu.

Tandukan bebas Lorenzo Pellegrini sempat meletakkan Roma di hadapan dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Persidangan Eropah ini.

Namun selepas itu pasukan tuan rumah bangkit dengan 2 gol dan menang.

AS Roma kini perlu memenangi perlawanan kedua di Olimpico untuk mara ke separuh akhir.

Ini adalah perlawanan pertama suku akhir Liga Persidangan Eropah melibatkan Bodo dan Rom.

Tetapi kedua-dua pasukan ini bertemu di tempat yang sama pada bulan Oktober tahun lalu semasa peringkat kumpulan. Di mana dunia terkejut dengan kemenangan Bodo/Glimt dengan skor 6-1 ke atas Roma.

Dalam aksi berikutnya, kedua dua pasukan seri 2-2 di Olimpico.

Tuan rumah mendapat peluang pertama apabila Ulrik Saltnes melihat rembatannya melencong sedikit dari Gianluca Mancini.

Manakala Henrikh Mkhitaryan merembat terus ke arah penjaga gol dan Nicola Zalewski merembat bola tinggi.

Tammy Abraham kemudian gagal menyempurnakan peluang keemasan miliknya.

Roma memecah kebuntuan di Norway sejurus sebelum separuh masa, apabila Pellegrini merembat masuk ke gawang dari sudut yang sangat sukar.

Ini adalah gol ke-12 beliau musim ini dalam semua pertandingan. Mengatasi pencapaian terbaiknya dengan 11 gol semusim sebelum ini.

Namunย  Bodo menyamakan kedudukan dengan hanya menerusi rembatan kedua mereka yang mengenai sasaran. Brice Wembangomo berjaya menewaskan Rui Patricio.

Tuan rumah melihat keyakinan mereka meningkat dan mula menghantar lebih banyak bola ke dalam kotak serangan.

Bodo akhirnya di hadapan apabila sepakan percuma Pellegrino menemui Hugo Vetlesen untuk tandukan bebas dari jarak dekat dalam keadaan dia benar benar tidak dikawal.

Tamat perlawanan, Bodo 2 Roma 1.

Secara statistik, ternyata Bodo sangat bagus. Mereka mencipta percubaan gol 15 kali berbanding 14 oleh Roma.

Roma pada satu ketika boleh menarik nafas lega kerana tak kalah lebih banyak. Kerana Bodo mencipta lebih banyak percubaan tepat berbanding dengan kelab dari Rom itu.

Statistik tersebut sudah cukup menunjukkan betapa yakinnya mereka berdepan dengan AS Roma.

Ini adalah kali ketiga AS Roma gagal menewaskan pasukan tidak ternama dari Norway itu. Mereka dikendalikan pengurus legenda yang bukan calang calang iaitu Jose Mourinho.

Zalewski menyatakan bahawa mereka sangat kesal dengan keputusan hari ini keran mereka sudah melakukan yang terbaik.

โ€œAda kekesalan di ruang persalinan kerana kami dan melakukan sebaiknya, namun masih gagal untuk memenangi perlawanan ini. Tetapi, kami masih yakin akan menyempurnakan tugasa kami pada aksi kedua minggu depan,โ€ kata Zalewski.

Mourinho turut melaungkan amaran kepada Bodo bahawa minggu depan di hadpaan peminat AS Roma sendiri, mereka akan menyempurnakan tugasan mereka. AS Roma adalah pasukan pilihan, kata Mourinho.

โ€œMinggu depan, kami akan bermain di Olimpico di hadapan penyokong kami sendiri. Saya tiada masalah untuk menyatakannya, bahawa saya merasakan bahawa kami masih pasukan pilihan. Saya sepenuhnya yakin dengan pemain pemain saya.โ€

Roma tiada pilihan lain dalam aksi kedua nanti selalin mencipta kemenangan sulung ke atas Bodo selepas 4 perlawanan bertemu.

Pasukan

Bodรธ/Glimt: Haikin; Sampsted, Moe (Kvile 91), Hรธibrรฅten, Wembangomo; Vetlesen, Saltnes, Hagen; Koomson (Mugisha 82), Espejord (Boniface 77), Pellegrino

Rom: Rui Patricio; Mancini (Smalling 68), Kumbulla, Ibanez; Karsdorp, Cristante, Sergio Oliveira, Zalewski (Vina 65); Pellegrini; Mkhitaryan (Shomurodov 65), Abraham

Pengadil: Gozubuyuk (NED)

Baca yang lain