Romario Anggap Brazil Tanpa Neymar Adalah Pasukan Tak Guna

Juara Dunia 1994 bersama Brazil, Romario menganggap Brazil tanpa Neymar adalah pasukan yang tiada hala tuju dan tak berguna. Oleh itu legenda itu berharap Brazil tidak sesekali menyisihkan Neymar daripada pasukan yang ada ini.

Sebelum ini Neymar disisihkan daripada Copa America kerana belum cergas sepenuhnya setelah mengalami kecederaan beberapa bulan lalu.

Legenda Brazil. Romario menganggap Brazil pada hari ini adalah ‘one man team’ iaitu pasukan Neymar.

Berbeza sekali dengan Brazil yang sebelum ini sarat dengan bintang. Jadi mereka tidak terlalu bergantung kepada seorang bintang sahaja.

Hakikat yang perit untuk ditelan namun Romario tetap memuji peranan Neymar di dalam Selecao.

Neymar kini menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Brazil dengan 79 gol dalam karier antarabangsanya.

Selepas Piala Dunia 2022, Neymar hampir membuat persaraan. Namun menangguhkannya dahulu.

Romario kecewa dengan prestasi Brazil di Copa America namun berharap pasukan itu akan berjaya melakukan lebih baik dalam Piala Dunia 2026. Dia memberikan amaran kepada pengurus Brazil agar tidak menyisihkan Neymar daripada pasukan.

Romario berkata: “Pasukan Brazil ini, jika mereka tidak menurunkan Neymar, Brazil tak akan mampu menjuarai apa apa. Sehinggalah mereka faham hakikat bahawa Neymar adalah pemain yang memberikan perbezaan dalam pasukan ini.

“Tanpa Neymar mereka akan berterusan menjadi pasukan yang dinodai lawan mereka.”

Piala Dunia 2026 akan menjadi edisi terakhir Neymar bersama skuad kebangsaan berdasarkan usia pemain itu. Ia peluang terakhir untuk Brazil cuba menamatkan kemarau kejuaraan mereka sejak 2002.