Ron Mallett: Saintis Yang Berjanji Akan Bawa Korang Merentasi Masa

Korang pernah dengar naa Ron Mallett? Seorang ahli astrofizik yang cuba merentasi masa menggunakan mesin masa ciptaannya.

Idea mesin masa ni kita banyak tengok dalam filem sci-fi kan. Banyak naskah yang kita suka sebab konsep dia yang sangat unik. Macam aku, filem macam Predestination tu layan betul.

Filem lain yang popular pastinya Back To The Future dan Avengers Endgame.

Itu kisah filem. Di alam nyata sebenarya ramai yang percaya benda itu boleh berlaku termasuk saintis.

Ini termasuk seorang pakar astrofizik iaitu Ron Mallet. Dia mendakwa dia sudah menemui cara untuk menerokai ruang masa dan korang nak ke mana sahaja dengan mesin masa.

Ron Mallet mendedikasikan sebahagian besar daripada hidupnya untuk mencari formula merentasi masa. Dan beliau menyimpulkan, mesin masa itu boleh dicipta.

Mallett, pensyarah fizik di University of Connecticut, baru-baru ini mendedahkan ada rumus saintifik yang membolehkan mesin masa dicipta.

CNN melaporkan bahawa saintis tersebut telah membina satu mesin prototaip yang memaparkan beberapa aspek utama yang penting dalam menyokong teori beliau.

Namun masih ramai yang merasakan Ron Mallet hanyalah membuat benda sia sia.

Berdasrkan teori relativiti oleh Albert Einstein mengatakan bahawa masa itu akan menjadi perlahan atau lebih cepat bergantung pada kelajuan di mana objek bergerak.

Maksudnya, jika seseorang sedang dalam perjalanan dalam kapal angkasa, dekat dengan kelajuan cahaya, masa akan berlalu lebih perlahan daripada yang berlaku untuk seseorang di bumi.

Teori ini juga menjelaskan bahawa angkasawan yang berada dalam kapal angkasa boleh bergerak di dalam ruang selama kurang dari seminggu.

Dan apabila mereka kembali ke bumi, mereka akan menjadi 10 tahun di belakang manusia lain di bumi.

Ini menjadikannya angkasawan, seperti mereka sebenarnya pernah mengembara ke masa depan ketika di angkasa.

Walaupun secara teorinya, masa perjalanan ke masa depan adalah kelihatan tidak mustahil, namun begitu, masa untuk perjalanan ke masa lalu sangat berbeza.

Tetapi, Ron Mallett mendakwa beliau boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan laser.

Berckap kepada CNN, Ron Mallett menyatakan bahawa bahawa graviti berdasarkan teori relaviti Einstein boleh mempengaruhi masa

Mallett berkata, “Jika anda dapat membengkokkan ruang, ada kemungkinan anda boleh memutarkan ruang.”

“Dalam teori Einstein, apa yang kita sebut ruang juga melibatkan waktu – itulah sebabnya disebut space-time.”

Mallett yakin bahawa mesin masa boleh membantu manusia kembali ke masa silam mereka dalam masa yang singkat.

Mallett menambah: “Dengan mengkaji jenis medan graviti yang dihasilkan oleh laser cincin, ia boleh membawa kepada cara baharu melihat kemungkinan untuk kita membuat mesin masa berdasarkan pancaran cahaya yang beredar.”

Mallett menyatakan kesemua ini hanyalah teori semata-mata.

Seorang lagi ahli astrofizik iaitu Paul Sutter memberitahu CNN bahawa rancangan Mallett tidak akan menjadi kenyataan.

Hal ini kerana Sutter percaya terdapat banyak kekurangan mendalam dalam matematik dan teori oleh Mallett.

Dari sudut praktikal, teori itu sangat jauh daripada kebarangkalian boleh terhasil.

https://twitter.com/MeshHeadlines/status/1213116341776871424

Mallett kemudian mengingatkan sekali lagi. Ini hanyalah teori. Beliau yakin manusia akan dapat kembali ke masa lalu namun tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi pada masa itu.